Teknik yang mudah untuk memilih ikan

Wednesday, September 27, 2017

Image result for ikan segar png

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi awak...! Pagi nie saya nak berkongsi sikit tips camne nak pilih ikan segar yang berada di pasar basah mahupun pasaraya, sebab mungkin ada di kalangan kita yang kadangkala tak perasan yang ikan tue mungkin dah lembik dan rosak.. Bak kata orang, selagi ada ilmu, selagi itulah kita perlu pelajari ilmu itu, asalnya ianya tak melanggar etika kemanusiaan... 

Kita seharusnya bijak dalam membuat pemilihan ikan yang segar sebab jarang sangat peniaga akan membantu kita memilih ikan yang baik dan segar... Cuba kita bayangkan, dek kerana harga yang murah, kita terbeli ikan yang mungkin dah lembik, bila digoreng isinya akan melekat dan hancur di dalam kuali.. Jadi, camne nak pilih ikan yang segar nie..? Jawapannya ada di bawah...

🐟Pilih isi ikan yang pejal - Jika dilihat dengan mata kasar, awak akan dapat mengagak isinya pejal dan segar dengan menekan isi tue dengan jari dan cuba lihat isinya jika ianya melantun semula.. Kalu dah melantun tue, maknanya segarlah ikan tue..

🐟Mata ikan bersinar - Nak pilih ikan, kena tengok mata ikan.. Kalu matanya kelihatan jernih, memiliki mata yang penuh (maksudnya takde lompong ataupun lubang), agak menonjol dan bersinar, jadi ikan yang dipilih tue adalah ikan segar.. Jika matanya nampak kusam dan berwarna merah, tak payahlah ambik untuk santapan makanan (kecuali kalu awak nak rebus ikan untuk diberikan pada kucing peliharaan).. 

🐟Guna deria hidung - Kalu nak tahu ikan segar ke tak, cuba awak bau ikan tue.. Jika ikan tue masih ada bau-bauan laut, itu tandanya ikan itu masih baru dan segar. Tapi kenalah pandai bezakan antara bau laut dengan bau hanyir ikan.. 

🐟Insang yang tidak kecut - Yang nie awak perlukan sikit masa untuk membelek insang di bahagian dalam ikan. Jika insang tue berwarna merah ataupun pink, basah dan tak kecut, ianya menandakan ikan itu masih segar. Ikan yang segar amat mudah untuk dibuang di bahagian insang.

🐟Kulit ikan tak kecut - Walaupun ikan tue dah disimpan dalam peti sejuk, ikan yang segar akan masih mempunyai kulit yang bersinar dan warna kulit adalah terang dan cerah serta masih melekat dengan daging. Jika kulitnya dah kendur, jangan pilih ikan tue walaupun harganya sangat murah. Jika jenis yang bersisik pulak, sekiranya sisiknya masih melekat pada kulit, bermakna ikan tue segar.

🐟Sirip masih kuat -  Sirip nie masih kuat melekat pada kulit dan ianya tak layu ataupun tercabut.Selain tue, awak kena pastikan yang isi ikan tak terkoyak terutama di bahagia perut, tak cepat pecah dan mengeluarkan darah. Jika ada ciri-ciri nie, ikan tue sememangnya dah tak segar.. 

http://starlavenderluna.blogspot.my

Jadi, sekarang, awak dah tau kan camne nak pilih ikan yang segar, baru sedap dimakan, betul tak..?

10 comments

  1. akak dah seminggu tak beli ikan.... hehehe.... kena cari ikan gak hari ni yg ptg segarkan....

    ReplyDelete
  2. Kalau beli ikan yang baru naik laut dah confirm segar hehe

    ReplyDelete
  3. Ena biasa tgk mata ikan la..nmpak je lain mmg xbeli..

    ReplyDelete
  4. Aah kena bijak pilih ikan ni agar bpatutan dengan harga yang kita beli. Kadang2 ju tgk dekat pasar, ada peniaga yg cmpur aduk kan ikan baru dengan lama sb tu penting juga kita kena pilih sdiri sblm timbang.

    ReplyDelete
  5. nice sharing..biasa kalau beli ikan tgk perut dia ngan mata dia jerk.. rupanya byk lagik kene tgk ye..

    ReplyDelete
  6. Baru taw leh tgok tanda2 lain slain dr mata ikan. Hee

    ReplyDelete
  7. nice sharing. makcik sha pun selalu pesan mcm ni kalau nak beli ikan

    ReplyDelete
  8. aida memang gi beli brg basah sendiri.
    alhamdulillah makin hari aida makin pandai la kot memilih ha ha ha :)
    and aida suka sgt tgk program masakan.
    byk tips yg aida boleh dpt tau shikin. sgt bagus.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧