Assalamualaikum wbt..
Masalah hilang fokus dalam kelas selalu berlaku di kalangan kita yang mungkin disebabkan faktor yang membabitkan fizikal, mental dan emosi. Selain daripada itu, kepenatan yang melampau ataupun rasa mengantuk juga menjadi penyebab pelajar hilang fokus di dalam kelas...
Saya nak kongsi beberapa tips cara untuk mengatasi hilang fokus di dalam kelas dan semoga dengan tips nie, kita dapat belajar dengan baik dan Insha Allah akan mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang.. Tips nie jugak berguna pada sesiapa saja yang hilang fokus pada kerjaya ataupun kehidupan seharian..
⏳ Tetapkan niat ke sekolah - Apabila awak mula berniat untuk fokus di dalam kelas, niat awak sebenarnya telah didengari oleh dua pihak. Pertama, ALLAH. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insha Allah.. Allah akan permudahkan segala urusan yang baik. Kedua, TUBUH BADAN AWAK. Tubuh awak sebenarnya mendengar segala percakapan awak dan ianya akan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi Neuron Peptide di mana jika awak berpesan pada tubuh untuk fokus di dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti akan membantu awak untuk mencapai apa yang dicakapkan.
⏳ Ulangkaji atau persediaan topik - Kelonggaran fokus lazimnya berlaku apabila kita tak faham pada tajuk yang dipelajari. Apabila kita mulai kabur, timbullah perasaan bosan dan seterusnya kita akan menjadi kehilangan fokus. Penyelesaiannya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelajari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila awak dapat memahaminya dengan lebih cepat, maka akan bertambahlah fokus awak di dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, semangat juga akan bertambah dan keseronokan awak untuk terus belajar akan meningkat. Situasi ini dapat memaksimumkan fokus awak di dalam kelas.
⏳ Mencatat nota - Mencatat nota ketika sesi pembelajaran di dalam kelas akan membantu awak mengekalkan tenaga dalaman dan aliran idea yang disampaikan oleh guru. Pelajar yang hilang punca aliran idea ketika pembelajaran sering kali berasa bosan dan tidak lagi fokus di dalam kelas. Pemahaman mereka diibaratkan berlubang-lubang, cuma faham sikit-sikit saja. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Awak kena belajar teknik dan kemahiran untuk menulis nota yang lebih berkesan.
⏳ Kawal pernafasan - Ada dua teknik pernafasan yang boleh awak praktiskan iaitu teknik pernafasan aktif dan teknik pernafasan tenang.
- Ketika di dalam kelas, awak perlu lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta) iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif.
- Selepas seketika, selangkan pernafasan awak dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha) iaitu menarik nafas dalam dan panjang di dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.
⏳ Postur atau kedudukan badan - Kalau awak nak tahu, sebenarnya postur badan awak mempengaruhi psikologi diri kita. Contohnya, jika kita berbaring, mesti kita akan rasa mengantuk. Jika awak berada di dalam postur bersedia, minda awak jugak akan dipengaruhi dalam keadaan bersedia tapi jika awak berada dalam keadaan postur orang yang mengantuk, pasti minda awak jugak akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasalah duduk dengan tegak dan memberi senyuman yang tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda kita mengantuk dan tidak fokus seperti contoh, postur menongkat dagu, menundukkan kepala, duduk menggelongsor dan membuat mata kuyu.
⏳ Merangsang daya visual - Antara punca ketegangan ketika belajar adalah ruang visual yang statik. Terlalu melihat sesuatu yang sama dengan tempoh yang agak lama membuatkan kita menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual awak dengan mengalihkan seketika panorama visual, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semula jadi terutama warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata kita. Selepas seketika, tumpukan untuk kembali fokus di arah papan hitam.
⏳ Menggerakkan badan - Selalunya, awak duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama satu sehingga satu setengah jam, betul tak..? Bila kita berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang agak panjang, otot-otot di badan kita akan menjadi tegang. Jadi, gerakkan sikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyangkan kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal yang awak boleh buat. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak, sekali gus menghilangkan rasa mengantuk.
⏳ Minum air - Sebanyak 90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron dan bahagian otak akan beroperasi dengan begitu aktif. Jadi kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus pada sesuatu perkara dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, awak perlu minum air sama ada air masak ataupun air bergula,tapi biarlah air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Minuman ini akan memberi bekalan air secukupnya pada tenaga untuk otak dan bekalan oksigen yang mencukupi.Oleh itu, otak akan kembali bertenaga dan awak akan menjadi lebih fokus.
⏳ Cukup tidur - Punca kurang tidur adalah penyebab utama pelajar mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tak cukup dengan waktunya, bermakna badan dan otak tak mendapat rehat yang secukupnya. Kesan daripada itu, badan kita akan menjadi tak bermaya, keletihan dan mengantuk dan hal inilah menyebabkan pelajar tersebut tak mampu nak fokus. Jadi, awak perlu dapatkan tidur yang secukupnya setiap hari. Petua yang boleh diamalkan adalah tidur awal, tidurlah dengan postur yang betul dan ruang tidur awak perlu selesa.
Bagus budak2 ni baca, ibu bapa boleh terapkan tips ni kat anak-anak... nice sis...
ReplyDeleteTips yg bagus untuk pelajar... Boleh tambah skit elakkan bercinta masa belajar, boleh hilang fokus...
ReplyDeleteBagus tips ni untuk student. Macam kinah dulu selalu lentok dalam kelas nasib result ok hehe
ReplyDeleteesok ada kursus, boleh lah guna tips2 ni.
ReplyDeletep/s : tag blog akak dalam contest ni http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-mini-giveaway.html
haa.. nanti kena baca untuk anak ni.. hee~ kemain nau dia suka pegi sekolah sebab ramai kawan.. pitam mak..
ReplyDeletetq for sharing..rabia dah tak lama lg sambung study :( sambung diploma pulak
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ni. Nisha mmg susah nk fokus kt dlm kelas kdg2 huhu. T3T
ReplyDeleteAnyway, Assalammualaikum dan haii! :D
Untuk pengetahuan awak, Nisha sudah tag awak untuk satu segmen ya <3
Segmen itu sangat simple dan ada hadiah yang merupakan hadiah misteri serta wang. B)
Jemputlah join yaa bila ada masa nanti ^^
Lagi ramai lagi meriah! hehe :*
http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/09/segmen-paling-mudah-menang-hadiah.html
Bagus tips ni . Tapi kalau subjek tue memang membosankan ..mgntuk pun ade
ReplyDeleteBagus tips ni . Tapi kalau subjek tue memang membosankan ..mgntuk pun ade
ReplyDeleteBagus tips yang shikin share ini..
ReplyDeletehahaha dulu time belajo dulu memang tak fokus sokmo.. hilang fokus.. nice tips..
ReplyDelete