Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, dah 15 tahun dah saya menjadi seorang penjawat awam dan pada 1hb Oktober 2002 menjadi detik sejarah dalam hidup saya..
Hari Jumaat, 28hb September 2002.. Itulah kali terakhir saya berada di bumi Kuala Terengganu, merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki yang halal dan dapat menampung kewangan keluarga.. Dengan berbekalkan semangat untuk membantu, saya langkahi perjalanan ini dengan penuh liku dan sendu.. Sedih jugakla bila melihat wajah adik-adik yang masih kecik lagi, dengan wajah ummie yang akan menjaga dan melindungi mereka.. Pada hari itulah saya ditemani ummie dengan menaiki bas ekspress Transnasional untuk ke Kuala Lumpur, kerana pada hari Selasa saya akan melaporkan diri di Perpustakaan Negara Malaysia... Kehadiran kami di sana disambut dengan gembira oleh arwah bapa sedara ketika itu yang tinggal di Taman Melawati dan dialah yang menjadi penunjuk arah untuk ke Perpustakaan Negara Malaysia..
Masa inilah saya tahu tentang jalan-jalan di KL dan Alhamdulillah hingga kini masih ingat lagi laluan ke sana, walaupun ada banyak perubahan yang berlaku di sana.. Masa inilah saya belajar berdikari untuk hidup sendirian di kota yang penuh dengan warna warni kehidupan, jika tersalah langkah, hidup kita akan tersasar dari landasan sepatutnya..
Inilah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga tersayang tapi demi mencari sesuap nasi, saya cekalkan hati.. 1hb Oktober 2002, itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke perpustakaan yang begitu gah di dalam Malaysia dan saya digelar pembantu perpustakaan S7 pada masa tue.. Pelbagai onak dan duri saya lalui sepanjang berada di sana dan di situ jugaklah saya benar-benar mengenali warna kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai lapisan.. Kemudian, pada bulan Februari 2004, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman kerana dek tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga yang perlu menjaga mereka hingga dewasa.. Saya mendapat tempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu, di mana saya adalah merupakan perjawatan yang baru di dalam kolej berkenaan... Jika di Perpustakaan Negara Malaysia, kerja-kerja bidang pustakawan nie adalah agak senang dilakukan kerana di sana, kekuatan sesebuah unit ataupun bahagian diketuai oleh pegawai-pegawai yang ditauliahkan dalam bidang pustakawan... Tapi semasa berada di Kolej Komuniti Kuala Terengganu, saya bermula daripada kosong.. Takde pegawai yang khusus dalam bidang pustakawan.. Hanya saya sorang saja yang mengendalikan perjalanan sebuah perpustakaan kolej yang dibantu oleh seorang penyelia iaitu pensyarah gred DG41.. Masa nielah saya mendapat ilmu yang sangat berharga kerana kita mengetahui cara pergerakan sesebuah perpustakaan, daripada cara pembelian buku, katalog buku, penyusunan perabot perpustakaan hinggalah kepada cara kerja membuat promosi tentang perpustakaan.. Masa nie awak tau tak, saya nak pegi kerja pun agak senang jugaklah, sebab opis ummie saya berdekatan dengan kolej.. Ummie saya jugak merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Wisma Darul Iman, sebuah bangunan kerajaan rasmi Kuala Terengganu yang menempatkan menteri besar dan menteri-menteri yang lain.. Sekiranya ummie saya ada banyak kerja rasmi yang perlu diselesaikan, saya akan pergi ke sana ataupun hanya duduk di dalam library aje sambil membuat kerja-kerja yang patut.. Yang paling best kalu saya pergi ke tempat opis ummie, saya, tak payah pakai kad pelawat, cukup hanya sebut nama ummie saya dan pengawal akan lepaskan saya masuk.. Hihihihi... Maklumlah ummie saya nie orang lama dalam wisma jadi tak mustahil suma orang kenal, even cleaner pun kenal pada nama ummie saya tue..
Biasalah, kalu dah nama penjawat awam, awak kena pergi kursus 7 hari setahun dan selalunya saya akan pergi kursus di KL dalam bidang pustakawan.. Hati mula tak sedap takala terserempak dengan ex-bos yang sering bertanya, bilakah saya akan kembali semula ke KL..? Saya memang ada tercakap, tunggu saya kawin dulu baru saya akan bertukar semula ke KL.. Dan ianya menjadi kenyataan pada bulan Mei 2007 saya diarahkan bertukar ke KL.. Masa tue, saya baru 2 bulan melangsungkan ikatan pertunangan.. Saya buat surat pilihan untuk kekosongan tempat samada di Putrajaya ataupun KL dan pada bulan Mei saya mendapat arahan untuk melapor diri di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya.. Saya membuat penangguhan untuk bertugas selama sebulan bagi memberi tunjuk ajar kepada pegawai baru yang mendapat tempat saya di kolej dan pada 2 Julai 2007, saya menjadi salah sorang ahli baru dalam JBPM hingga kini..
Untuk makluman pada yang belum tahu tentang hal nie, jika sorang penjawat awam telah berkhidmat selama 10 tahun ataupun lebih, dia akan ditawarkan untuk menyandang pemangkuan gred 22 secara hakiki dan jika dia menolak pemangkuan ini, dia akan ditawarkan secara automatik gred 22 secara KUP.. Sebelum saya menyandang jawatan S22 KUP nie, saya telah ditawarkan untuk menyandang pemangkuan S22 secara hakiki tapi masa tue tempat kekosongan hanyalah ada di Sabah saja.. Dan saya terpaksa menolak pemangkuan hakiki memandangkan saya dah mempunyai komitmen kukuh di sini, walaupun sedih tapi ianya terubat sebab selepas pada 3 bulan saya mendapat tawaran S22 KUP.. Alhamdulillah..
Kalu awak nak tau, sebenarnya dulu saya tak terfikir pun nak jadi ahli library.. Minat saya yang sebenar adalah untuk jadi pembantu muzium kerana minat pada artifak lama, tapi bila rezeki saya untuk berada di bidang ilmu nie, saya terima dengan redha.. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta..
So, nasihat saya pada adik-adik, di zaman sekarang nie, kita jangan terlalu memilih pekerjaan yang kita minat, sebaliknya jika ada peluang untuk bekerja di bidang lain, cuba dulu sebelum menyerah kalah.. Sebab mungkin disitulah sebenarnya lubuk rezeki kita tanpa kita sedari...Allah dah aturkan untuk kita sebaik-baiknya, walaupun kita dah rancang dengan begitu teliti sekali.. Terokalah bidang yang kita ceburi tue, walaupun ianya bukan kegemaran kita sekalipun..
Itulah citer saya sebagai Pembantu Pustakawan..
alhamdullilah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Macam Sha pula memang minat membaca.. Tapi minat dan kerja jauh sangat perbezaannya.. Yang penting kesungguhan untuk belajar dan menyukai bidang kerja kita..
ReplyDeletebetul, zaman sekarang kena keluar dari comfort zone. walaupun bukan bidang kita, apa salahnya cuba dulu :)
ReplyDeleteSeronok apa jadi librarian. btw tahniah ya sis and all the best selalu
ReplyDeleteLama dah tu SR.. Alhamdulilah semoga dipermudahkan perkerjaan SR
ReplyDeletealhamdulillah..lama jugak kak bekerja tu..
ReplyDelete