7 cara natural cerahkan kulit

Sunday, November 19, 2017

Image result for yoona

Assalamualaikum wbt...
Sapa taknak kulit yang cantik, mulus, gebu dan cerah macam artis K-Pop sekarang kan..? Pada masa kini, dah banyak produk kecantikan yang lebih menjurus kepada kecerahan kulit macam artis K-Pop.. Tapi hati-hati dalam pemilihan produk, mungkin ada antaranya tak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan akhirnya memudaratkan kita.. 

Jadi apa kata kita cuba cara alami malah menjimatkan wang kita di kala ekonomi yang tak menentu nie.. Antaranya :-


Image result for scrub tomato

Skrub tomato - Selepas mencuci wajah dengan pencuci, lap wajah kita sehingga kering. Kemudian belah tomato kepada dua bahagian, gosok tomato pada wajah secara perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas bersih dan kulit wajah akan tampak cerah dalam masa yang singkat. Jika nak hasil keputusan dengan cepat, lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur.

Image result for drink water

Minum air putih secukupnya - Tubuh kita memerlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Jadi kita kena minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari demi memastikan sistem dalaman kita berfungsi dengan baik. Apabila tubuh kita mendapat air secukupnya, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semula jadi. Amalan ini adalah cara yang efektif untuk turunkan berat badan kita..


Related image

Manfaat air beras - Masa cuci beras tue, jangan dibuang airnya. Awak tau tak, air beras mempunyai banyak khasiat tersendiri untuk kecantikan dan membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Caranya mudah aje, amalkan berendam dalam air beras selama 15 ke 20 minit setiap hari dan kulit akan menjadi cerah.

Image result for lime water

Air rendaman limau nipis - Caranya, potong limau nipis kepada dua bahagian, perahkan di dalam bekas air dan biarkan selama 40 minit. Selepas itu, awak mandilah rendaman air limau tue dan lakukan petua ini sekerap mungkin untuk hasil yang memuaskan.

Related image

Beras pulut sebagai masker - Goreng beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak. Lepas tue, kisar beras nie dengan pengisar sehingga lumat ataupun menjadi halus. Simpan serbuk beras pulut nie dalam bekas khas. Bila awak nak gunakannya, bancuh serbuk beras nie  dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air bersih.

Image result for yogurt

Gunakan yogurt asli - Lumur yogurt asli pada wajah, leher dan badan. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua nie tiga kali seminggu, mesti ada perubahan yang menakjubkan. 

Image result for papaya

Betik haluskan kulit - Kisar buah betik atau boleh jugak dilenyek hingga hancur kemudian sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Bagi mendapatkan kulit halus dan cerah dalam masa singkat, amalkan setiap hari dan pasti awak akan mendapat hasil yang ketara.

#teambloggerpantaitimur

3 comments

  1. Selalu guna tomato ..blend tomato .. simpan dalam peti ais biar jadi kiub tomato githu .lepas cuci muka, sapu kiub tomato pada kulit wajah ..rasa lembut

    ReplyDelete
  2. Air beras tu mmg jadi turun temurun keluarga klu baby lahir, mandikan.. mmg kulit ank makin cerah..

    ReplyDelete
  3. Bagusnya tips ni..siapa lah yg xnak kulit cerah Dan bersih

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧