Kaitan muzik dan cinta

Sunday, November 19, 2017

Image result for music and love

Assalamualaikum wbt..
Selalunya kan, bila kita dilamun cinta, hati ini akan terkesan dengan muzik ataupun lirik lagu.. Malah bila kita putus cinta pun, ada bait-bait lagu yang memberikan makna tertentu dan terasa macam sama apa kita alami. Jadi tak mustahil lah jika kita mengalir airmata bila mendengar lirik lagu yang menggambarkan kesedihan dengan melodi yang begitu sayu saja... 

Jangan terlalu taasub - Walau apapun yang kita rasakan, jangan terlalu taasub apabila mendengar lagu. Jangan menangis terlalu teresak-esak dan terlalu mengikut perasaan bila cinta kita mengalami kegagalan sebab ianya membawa banyak kesan negatif dalam kehidupan kita. 

Mempositifkan diri - Jangan biarkan aura negatif terus menerus berlegar dalam diri kita, sebaliknya sentiasa mempositifkan diri. Bak kata orang, bunga bukannya sekuntum dan kumbang bukan hanya seekor. Dengarlah bait-bait lagu yang menggembirakan agar hati kita sentiasa positif dalam kehidupan kita.

Kuatkan aura - Awak tau tak, muzik sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri. Muzik boleh menjadikan diri kita lebih positif dan membawa banyak kebaikan ke dalam diri. Contohnya, muzik boleh memudahkan seseorang tue menghafal sifir jika dibuat secara melagukannya. Jadi dengarlah muzik yang meningkatkan aura positif kala sedang di alam percintaan. Ianya akan meningkatkan hormon yang bagus di dalam tubuh dan sekaligus membuatkan personaliti kita bertambah menarik.

Lirik tambah keyakinan - Selain muzik, lirik lagu itu sendiri memainkan peranan tersendiri. Ada lirik lagu yang mengundang elemen bahaya seperti yang terselit mesej negatif ataupun propaganda tapi tak mustahil ada juga lirik lagu yang diperkuatkan dengan gaya bahasa yang dijadikan positif. Kala bercinta, dengarlah lagu yang mempunyai lirik bagus, kerana ianya boleh menambah keyakinan dan menerajui diri ke arah lebih membahagiakan.. 



5 comments

  1. Kadang sesebuah lagu boleh ingatkan kita pada seseorang .. kadang lirik lagu tue pun buat kita akan ingat perangai seseorang

    ReplyDelete
  2. setuju setuju.

    hai jemput la join giveaway pertama Ray

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. Betul kak, setengah lagu boleh buat perasaan macam tengah ada konflik besar , padahal duk happy je,hahaha. Psycho betul :P

    ReplyDelete
  4. Mama setuju lagu ni kadang2 boleh membuatkan jiwa Dan membawa Kita sehinggalah Terasa emosinya

    ReplyDelete
  5. saya suka dengar lagu..sebab ia boleh menghilangkan stress

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧