Pupuk diri untuk miliki sifat sopan

Monday, November 13, 2017

Assalamualaikum wbt..
Awak masih ingat tak dengan prinsip rukun negara kita..? Tak ingat.. Mari kita ingatkan bersama-sama...

Image result for rukun negara

Jadi, salah satu daripada prinsip rukun negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, betul tak..? Jadi, bila kita berdepan dengan seseorang tak kira tua atau muda, kecik atau besar, semuanya perlu dihormati.. Pepatah ada menyebut, 

Jika kita mahu dihormati seseorang, maka kita yang seharusnya menghormati seseorang itu juga.


Jadi pepatah ini memang tepat dan benar dalam kehidupan seharian. Sifat hormat dan bersopan perlu dilahirkan dan diterbitkan melalui perlakuan dan pertuturan supaya hubungan baik sesama manusia dapat dikekalkan. 


Saya nak berkongsi dengan awak tips camne nak memupuk dan menjadikan sifat sopan, saling menghormati dan saling berkasih sayang sebagai sebahagian daripada kehidupan kita...Antaranya adalah :

 Jangan sesekali menghina orang atau memperbodohkan mereka biarpun ianya  mungkin sekadar gurauan.
 Belajar untuk memberi perhatian dan mendengar dengan teliti apabila seseorang bercakap dengan awak.
 Hargai setiap pendapat orang lain biarpun awak mungkin tak setuju dengan pendapatnya itu.
 Bertimbang rasa terhadap apa yang tidak disukai oleh seseorang.
 Jangan mementingkan diri sendiri, sebaliknya ambik berat mengenai keadaan orang di sekeliling kita.
 Jangan mengejek atau meniru gaya percakapan seseorang dengan niat untuk memalukannya.
 Jangan sesekali berkata buruk mengenai seseorang biarpun berkemungkinan besar dia tidak akan mengetahuinya.
 Bersikap sensitif pada perasaan orang lain.
 Jangan memaksa seseorang melakukan apa yang tak disukainya, sebaliknya kita perlu beri nasihat dengan baik sekiranya perkara itu tidak patut dilakukan.
 Sentiasa bercakap dengan nada lembut dan rendah, bukan menjerit kerana nada percakapan boleh menyebabkan tercetusnya salah faham antara kita.
 Cuba belajar sesuatu yang positif daripada orang sekeliling dan menghormati keupayaannya, bukan memperlekehkannya kerana setiap manusia ada keistimewaannya tersendiri.
 Tunjukkan penghargaan dan minat terhadap latar belakang budaya yang berbeza.
 Bersangka baik dan jangan terikut-ikut dengan sikap prejudis ataupun perkauman.
 Sentiasa menggunakan perkataan yang baik dan menghargai usaha orang lain biar sekecil manapun dengan perkataan seperti 'tolong' ataupun 'terima kasih'. 
 Bersikap jujur dan ikhlas.
 Kotakan janji yang dah dibuat dan jangan ambik mudah pertemuan yang dah diatur dengan membatalkannya di saaat akhir dan tanpa sebarang kata.
 Tawarkan bantuan sekiranya diperlukan.
 Apabila seseorang meluahkan masalah, tanyalah pelbagai soalan, kerana ianya akan menunjukkan awak benar-benar ikhlas untuk mendengar permasalahannya itu.
 Jangan terlalu mudah untuk membuat kesimpulan mengenai seseorang hanya melalui pertemuan pertama saja, tapi cubalah belajar untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
 Buat keputusan untuk menyukai semua orang di sekeliling kita.


Jom.. Bermula daripada sekarang, tanamkanlah sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan dalam diri anak-anak dan diri kita sendiri agar kita menjadi insan yang lebih bersopan santun, sesuai dengan budaya ketimuran kita...

#teambloggerpantaitimur

6 comments

  1. Anak-anak pun seeloknya di ajar bersikap sopan ni, sedari mereka masih kecil lagi. Kan ke Pendidikan itu bermula dari rumah...

    ReplyDelete
  2. tips yang sangat-sangat berguna! lagi2 buat masa sekarang

    ReplyDelete
  3. kena mula dari anak tu kecil.. Kalau dah besar panjang memang tak lah..

    ReplyDelete
  4. terima kasih SR tips yang bagus ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧