5 tip mengapa kita perlu pasang 'cam dashboard'...

Monday, August 06, 2018


Assalamualaikum wbt..
Cam dashboard kini menjadi salah satu gajet yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna jalanraya dan boleh dikatakan gajet yang penting untuk pemanduan di masa sekarang nie... Yealah, gambar ataupun video yang diambik oleh cam dashboard mungkin boleh dijadikan satu bahan bukti sekiranya kita mengalami kemalangan.. Kini saya nak berkongsi sikit tips mengapa kita perlu beli cam dashboard ini..

Bukti pertama jika kita mengalami kemalangan - Sama macam saya cakap tadi, ianya boleh dijadikan bukti jika kita mengalami kemalangan. Pengguna di Rusia contohnya adalah negara yang paling ramai menggunakan cam dashboard. Secara ringkasnya, kamera akan mula dirakam sebaik saja kita memulakan enjin kereta dan ia akan memberikan bukti masa nyata dan tepat jika berlaku kemalangan.

Membantu kita di mahkamah - Jika kemalangan kereta berlaku melibatkan awak, maka awak boleh membuktikan bahawa ia bukan kesalahan kita, sekiranya ada pihak lain untuk membawa kes ini ke mahkamah. Dengan cara ini, pihak lain akan bertanggungjawab terhadap kemalangan itu dan sekaligus bertanggungjawab untuk membayar pembaikan kereta kita sendiri. Tanpa bukti video dari kamera, pemandu lain boleh mendakwa bahawa kesalahan itu adalah milik awak sepenuhnya, kerana ianya sering berlaku bahawa pemandu yang bersalah cenderung untuk menyalahkan mangsa. Cam dashboard adalah bukti terkuat dan paling berkesan yang kita miliki untuk mempertahankan diri dalam kes melibatkan kemalangan kereta. Pada akhirnya, adalah lebih baik untuk mempunyai satu dan kekal di sisi yang selamat, kerana ia dapat membantu kita menjimatkan masa, wang dan maslah dalam jangka masa yang panjang. 

Lapor pembuli jalan raya - Membantu kita melaporkan pemandu yang tak berdisiplin. Segelintir pemandu mempunyai sekurang-kurangnya satu tabiat buruk ketika memandu atau lebih tepat sebagai pembuli jalan raya. Bukan saja pemandu yang tak bertanggungjawab nie sangat menganggu dan menjengkelkan, tapi mereka sebenarnya boleh meletakkan kehidupan pemandu lain dan penumpang yang tak bersalah dalam bahaya. Walau bagaimanapun, melaporkan kelakuan buruk pembuli ini boleh menjadi satu tugas yang menakutkan kerana kejadian buli nie memerlukan bukti yang kukuh, Jika kita takde saksi mata untuk memberi keterangan bagi pihak kita, maka kes ini biasanya menjadi sejuk. Cam dashboard juga sebenarnya boleh digunakan untuk melaporkan pelbagai jenis pemandu yang tak bertindak mengikut undang-undang jalan raya seperti pemandu mabuk, pemandu yang memandu secara merbahaya dan sebagainya.

Mencegah penipuan - Penipuan insurans adalah salah satu masalah yang paling umum pada abad ini. Bukan saja penipuan itu menjejaskan syarikat insurans secara besar-besaran, tapi sebenarnya menjejaskan reputasi pada pemandu kereta yang jujur. Ringkasnya sesetengah pemandu sengaja menyebabkan kemalangan kereta hanya untuk menyalahkan pihak lain, untuk memeras wang daripada mangsa. Ini adalah amalan penipuan yang digunakan secara meluas pada masa ini, di mana mereka yang melakukan itu biasanya mencari pemandu kereta mewah untuk melakukan jenayah dan pemerasan ugut. 

Merakam fenomena alam yang tepat - Pernah tak awak terbayang fenomena yang tak dijangka? Jika kita mempunyai cam dashboard ini, ianya dapat membantu kita menangkap sesuatu fenomena yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. Selain fakta bahawa cam dashboard ini adalah satu pelaburan yang hebat dari aspek keselamatan dan undang-undang, kamera ini dapat membantu kita merakam sesuatu, contohnya dekat Rusia, kamera pada dashboard dapat merakam meteor yang terbang ke Rusia dan klip video tue menjadi viral dengan mempunyai puluhan juta tontonan di Youtube.. Hebat tak..?

Jadi, pertimbangkanlah untuk membeli cam dashboard nie, kerana fungsinya sangat penting di masa kini apatah lagi dengan cabaran sikap sesetengah pemandu yang mungkin menguji kesabaran kita.. Saya pun sekarang nie tengah cuba untuk miliki satu..Awak pula bagaimana..?




10 comments

  1. Bagus juga ye kalau ada Dash Cam ini..

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak beli tapi belum ada rezeki lagi

    ReplyDelete
  3. memang banyak kelebihan bila ada dashcam ni. Sepatutnya semua kereta kena ada dashcam, senang bila ada accident/kecurian or related cases

    ReplyDelete
  4. belum pasang lagi dash cam ni.. bleh consider after baca entry ni :)

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kalau ada rezeki lebih rasa nak pasang.

    ReplyDelete
  6. Boleh suggest dekat encik suami ni.. Mmg useful dash cam ni

    ReplyDelete
  7. belum pasang lagi kak..hehe.tq for sharing

    ReplyDelete
  8. kalau jadi kemalangan memang sangat berguna dash cam ni

    ReplyDelete
  9. kena beli ni,untuk keselamatan jgak kan hehe

    ReplyDelete
  10. Mahal jugak kalau yg elok, shikin. Fungsi nyer byk. Auto update. Pernah la survey.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧