Assalamualaikum wbt,
Setiap tahun semakin hari semakin banyak kes kecurian motosikal yang dilaporkan. Kebiasaannya jenis motosikal yang selalu kena curi adalah jenis Honda EX5, Yamaha LC, 125ZR dan yang terbaru Y15.. Jadi apakah tindakan kita untuk elak motor kita dicuri..?
Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu kita semua untuk mencegah kecurian motosikal..
Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu kita semua untuk mencegah kecurian motosikal..
Pilih kawasan parkir yang sesuai - Tak dinafikan untuk memilih kawasan parkir terutamanya di kawasan bandar seperti KL bukan perkara yang mudah. Silap parkir memang kena 'angkut' dengan DBKL tapi jika ada pilihan, pilihlah tempat parkir yang selalu ada orang lalu lalang dan terang. Contoh tempat yang boleh kita pilih adalah di depan restoran, ataupun di kawasan kaki lima lot kedai yang sibuk dan ramai orang. Kita kena ingat yang motosikal nie bukannya benda yang kecik yang boleh kita sembunyikan di tempat yang sukar dan sulit. Selain daripada itu, kita juga kena ingat yang pencuri biasanya sukakan privasi dan takkan bertindak di tempat-tempat awam.
Kunci brek hadapan (disk lock) - Amalkan kunci motosikal dengan sempurna, yang bermaksud kunci di sini adalah kunci dengan sempurna yang bukan hanya tertumpu pada handle lock saja. Kunci mestilah termasuk tempat-tempat lain seperti disc break yang boleh dikunci samada dengan menggunakan mangga kunci ataupun kunci keselamatan yang lain. Kunci pada disk break hadapan boleh dikatakan sangat efektif untuk menghalang motosikal kita digerakkan khususnya jika motosikal kita menggunakan brek cakera di hadapan. Ianya merupakan suatu langkah pencegahan visual kerana mampu dilihat sebaik saja sesiapa mendekati motosikal kita. Kebanyakan pengunci cakera brek kini didatangkan dengan warna-warna yang terang sebagai langkah amaran kepada pencuri. Ada juga pengunci yang dilengkapi dengan sensor pergerakan untuk menakutkan pencuri dan mengingatkan kita sendiri jika masih belum membuka pengunci sebelum mula bergerak.
Gunakan rantai atau kabel - Motosikal yang dikunci dengan menggunakan kunci brek hadapan masih boleh dilarikan jika jumlah pencuri adalah seramai tiga ke empat orang. Mereka masih boleh mengangkat motosikal kita ke dalam lori ataupun van dengan mudah tanpa ada perasaan serba salah. Kita boleh cuba merantai motosikal dengan menggunakan rantai dengan objek-objek kekal seperti tiang lampu jalan ataupun ikatkan sekali dengan motosikal kawan-kawan. Selain rantai besi, kabel aloi juga boleh digunakan kerana ia lebih ringan dan kukuh. Untuk memotongnya pula perlu menggunakan alat kimpalan logam yang semestinya bukan senang untuk dibawa ke hulu ke hilir.
Pasang sistem penggera - Kita selalu dengar sistem penggera yang dipasang pada kereta tapi sebenarnya motosikal juga boleh dapatkan penggera khas yang boleh dipasang di motosikal. Bila pencuri mahi mencuri motosikal, sekurang-kurangnya kita ada alat untuk memberitahu bahawa motosikal kita sedang diceroboh. Ada juga sistem penggera yang dilengkapi dengan pengesan pergerakan untuk memastikan takde sesiapa yang menganggu motosikal.Jika ada, siren akan dibunyikan untuk menakutkan pencuri dan menarik perhatian orang sekeliling. Tapi ianya ada kekurangan, pencuri yang mahir akan dengan sengaja mengusik motosikal hingga mengeluarkan siren. Mereka akan memerhatikan jika pemilik datang untuk melihat motosikal dan mematikan penggera yang sedang berbunyi. Proses ini akan diulang beberapa kali sehingga mereka pasti pemilik tak berada berdekatan. Akhir sekali pencuri akan bertindak atau terus mengangkut motosikal dan bawak lari.
Pasang 'GPS Tracker' - Pemasangan GPS tracker membolehkan kita untuk mengesan pergerakan motosikal secara live terus daripada telefon pintar kita. Alat ini boleh diaktifkan dengan memasukkan simkad yang sah dan seterusnya fungsi GSM itu tersebut akan menghantar sms untuk memaklumkan kedudukan sebenar motosikal kita selepas menyedari kehilangan motosikal. Alat ini sangat penting bagi setiap pemilik motosikal untuk meningkatkan lagi keselamatan motosikal dan mencegah daripada kecurian.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.
Baru2 ni ada seorang lelaki selalu lalu depan rumah rabia..mmg ada dengar dh org kg beritahu ada kes curi motor.ayah rabia letak motor dalam rumah.utk keselamatan.
ReplyDeletesha haritu g mall guna cara disk lock tu pstu sendiri takboleh bukak hahhaa sedih
ReplyDeleteTeringin jugak nak pasang penggera dan gps.. hehe
ReplyDeletebagus juga idea pasang gps tracker tu
ReplyDeletegps tracker tu firstime dengar! kalau skrg ni kn, kt rumah jaja skrg, motor kena letak dalam ruang rumah khas bahagian blkg, kalau tak senang kena curi.
ReplyDeletegps tracker tu kalau boleh nak ltk utk smua brg2 kita kan
ReplyDeletebila hilang sng nak cari
Good tip. Nanti boleh bgtau adik cikla. Dia syg benor dgn motor dia tu. Kalau tau ada tip ni mesti dia happy..
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteMotor asben aida da berbelas tahun. Tapi kalau2 la kena curi, hadoi, sedih. Nostalgia dari memula kami kawin. Sentiasa berjaga-jaga!
ReplyDelete