Berhari raya di Sungkai, Perak

Monday, August 27, 2018

Assalamualaikum wbt..
Rasa belum terlambat kot saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.. Cerita nie patutnya semalam lagi saya dah publish tapi biasalah, kalu dah duduk di rumah, memang payah nak update apa-apa.. Jadi saya buat auto publish ke hari nie..

Hari raya Aidiladha pada tahun nie adalah giliran kampung hubby di Sungkai, Perak.. Kami memang buat sistem giliran kerana jauh di perantauan.. Sorang berasal Terengganu dan sorang lagi berasal Perak.. Jadi sebelum kami kawin lagi memang kami dah bersetuju nak buat sistem giliran beraya.. Contohnya tahun nie Aidilfitri kami beraya di negeri Terengganu dan Aidiladha pulak di negeri Perak, tahun depan pulak akan diterbalikkan, Aidilfitri akan beraya di Perak manakala Aidiladha pulak giliran negeri Terengganu akan menyusul dan begitulah seterusnya.. Mujur jugak keluarga kami memahami konsep ini jadi takdelah persengketaan antara kami.. hihi

Inilah hari raya kami walau tak banyak yang saya nak kongsikan kerana masa tue mak mertua baru beli telefon baru, jadi saya kena setup telefon lama dengan telefon baru dan pindahkan data-data yang diperlukan..

Hari raya pertama, di pagi raya kami ke Trolak Utara untuk ke rumah atok hubby dan selepas tue kami ziarah ke pusara arwah opah hubby.. Kami kemudian bergerak ke Teluk Intan untuk menziarahi atok dan nenek sedara hubby yang sakit.. Selepas ke Teluk Intan, kami terus ke Ipoh untuk menziarahi saudara mara di sana.. Lepas tue, kami singgah sekejap ke Giant Ipoh untuk membeli barang keperluan, dan secara kebetulan ada ekspo yang menjual pelbagai barangan yang murah-murah harganya.. Sambil jalan-jalan dapatlah dua helai seluar yang sangat comel.. Nanti saya share.. 
www.shikinrazali.com
www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

Hari raya kedua kami tak ke mana-mana kerana kami suami isteri sibuk untuk menguruskan hal telefon.. Hari raya ketiga pulak kami tak dapat ke mana-mana kerana mak sedara hubby datang menziarahi, dia datang bersama dengan mak mertuanya, abang ipar dan kakak birasnya yang baru balik daripada Malaysia setelah 10 tahun berada di Sweden.. Secara kebetulan masa tue kami masak tomyam untuk hidangan tetamu yang hadir dan hidangan tue kami berikan sikit pada atok.. Oleh kerana hari Sabtu lepas kami nak balik ke Sepang, jadi kami singgahlah ke rumah atok dan kebetulan atok meminta saya untuk mengurut kakinya yang kebas.. Alhamdulillah, setelah diurut kaki selama 1 jam, atok memberitahu yang kakinya dah kuat sikit untuk berjalan.. Haa inilah seluar yang saya maksudkan tadi, hanya RM9 sehelai.. 

www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

Hari raya keempat, sebelum kami pulang ke rumah di Sepang, kami singgah ke Kota Kemuning, Shah Alam untuk menghadiri kenduri aqiqah dua pupu hubby.. Kami berkonvoi dengan mak dan ayah mertua serta mak sedara hubby.. Masa nie memang havoc la sebab hubby mengajar mereka untuk buat video call secara beramai-ramai.. Dan selepas selesai majlis aqiqah kami akan berehat untuk minum teh tarik di kedai mamak, ianya menjadi satu tradisi keluarga hubby, bila dah selesai menziarahi dan kunjung mengunjung, kalu dah bersalaman selalunya takkan berakhir dengan perpisahan camtu aje, mesti mereka akan singgah di kedai mamak untuk minum dan sambung bersembang sehinggalah mereka akan betul-betul berpisah di pertengahan jalan.. Itupun mereka akan sambung sembang dengan cara buat video call.. hihihi memang keluarga hubby rapat antara satu sama lain.. 


www.shikinrazali.com
www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

Bila dah selamat sampai di rumah kami syurga kami, terdengarlah suara Black yang begitu nyaring berbunyi di dalam rumah, seakan-akan tahu tuan dia balik.. Bila bukak aje pintu, Black melompat-lompat sekitar kami berdua dan lepas tue Black taknak berjauhan daripada saya, hinggakan tak benarkan saya untuk pergi mandi.. Bila bangun aje, dia menjerit kuat.. hihihi tengoklah budak manja nie.. 

www.shikinrazali.com

www.shikinrazali.com

Itulah kisah hari raya kami.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

7 comments

  1. Meriah nya hari raya shikin .. laa shikin kurung black dalam rumah ke ,, tertanya2 plak shikin letak kat mana kucing hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi yea kak.. Black tue sy mmg kurung dlm rmh tapi bukan dlm sangkar.. sy mmg sediakan pasir dlm bilir air, nasib baik dia x berak atau kencing merata tempat..

      Delete
  2. bestnya buat sistem giliran! sha tengok banyak cousin sha raya mesti rumah mak dorang hhaha tapi rasanya suami dorang ok kot hehehe selamat hari raya kak!

    ReplyDelete
  3. meriah raya shikin... black sedih tuannya tinggal lama la tu

    ReplyDelete
  4. Sungkai? Dekat ekk dgn nasi buluh?
    Alahai sian black. Rinduuuu...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧