Cecair coklat tak semesti petanda keguguran

Sunday, August 19, 2018

Image result for pregnancy miscarriage


Assalamualaikum wbt..
Bila seorang ibu mengalami keguguran, secara tak langsung akan timbul rasa kecewa dalam hati, mula tertanya-tanya mengapa ini suma terjadi. Sebenarnya bila si ibu mengalami keguguran, kita perlu tahu faktor yang lain hingga menyebabkan kita keguguran. Ini amat penting untuk kita sendiri dan pihak suami bersedia secara mental dan fizikal..

Faktor keguguran
a) Masalah genetik janin - Janin tak sempurna dari segi genetik akan gugur secara spontan. Kejadian ini takde kaitan sebenarnya dengan genetik ibu dan bapanya.

b) Masalah kesihatan ibu - Contohnya tiroid, kencing manis dan penyakit auto-immune. Golongan ini sering mengalami keguguran dan perlukan bantuan pakar perubatan sebelum mengandung.

c) Masalah rahim dan serviks lemah - Biasanya boleh menyebabkan keguguran pada jani yang berumur lebih dari tiga bulan.

d) Kekurangan hormon - Contohnya hormon progesteron. Ia dipercayai boleh menyebabkan kandungan menjadi tak stabil dan senang berdarah seterusnya membawa kepada keguguran kandungan.


Penjagaan - Ibu hamil yang mengalami pendarahan sebelum usia kandungan 20 minggu, perlu berwaspada. Tak dinafikan pendarahan berlaku sewaktu mengandung tak normal. Jika ianya berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu, ia dikenali sebagai threatened miscarriage.

Elak keguguran 
☑ Menjalani ujian darah untuk HB, ujian kumpulan darah dan rhesus.
☑ Mengalakkan bed rest, walau bagaimanapun kelebihan bed rest masih belum benar-benar terbukti membantu mengelakkan keguguran.
☑ Elak daripada bersama (hubungan kelamin).
☑ Kadangkala doktor akan memberi pil hormon kepada pesakit kerana terdapat teori mengatakan salah satu sebab threatened miscarriage adalah kerana kekurangan hormon progesteron.
☑ Kebanyakan pesakit tertanya-tanya apakah anak yang dikandung ini akan dilahirkan normal jika pendarahan berlaku? Dianggarkan lebih kurang 99 peratus janin yang mengalami masalah ini dilahirkan sihat dan normal.

Apapun, jika kita mengalami keguguran, usahlah terlalu bersedih.. Anggaplah yang ianya bukan rezeki untuk kita menimang cahaya mata, kerana hanya Allah saja yang tahu makna tersirat di sebalik ujian ini... Yang penting, jangan terlalu stres dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

9 comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih perkongsian...

    ReplyDelete
  2. If ade coklat spot mase 1st trimester mmg agak scary...Tambah2 bile pregnant time umo 30++...Kalo jmp doktor, mesti doktor bg ubat utk kuatkan rahim & kena rest bagaikan puteri... =)

    ReplyDelete
  3. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg baik...bagus info Shikin ni

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang ohsem.. Lain orang lain pengalamannya.. Sebab tu masa awal mengandung memang kena jaga diri baik baik..

    ReplyDelete
  6. doakan wife ejulz dipermudahkan utk 1st baby kami k.. tq

    ReplyDelete
  7. pengkongsian yg bagus terima kasih

    ReplyDelete
  8. Aduhai...
    Terkenang kisah aida.
    Time tak tau yg pregnant kn syuhada, aida siap period 1 minggu! Pstu demam x kebah2. Gi klinik, tau pregnant. Terus doc bgi ubt kuatkan rahim. Doc kata tu petanda awal keguguran.
    Time pregnant izzat 2 bulan, ke bkt merah resort. Again pendarahan... Again kena makan ubat kuat rahim.
    Aduhai...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧