Mengenai tanda pangkat dan etika pakaian Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Tuesday, August 07, 2018

https://www.shikinrazali.com
*Ehsan gambar daripada Facebook Friends Of Bomba Malaysia


Assalamualaikum wbt..
Umumnya semua dah tau pakaian anggota bomba adalah penggunaan celoreng warna oren dan biru.. Tapi sebenarnya ada pelbagai jenis baju yang perlu dipakai oleh anggota bomba, mengikut keadaan semasa, dan mungkin ada di antara kita yang tak tahu mengenai pangkat-pangkat di kalangan anggota bomba.. Jom kita selidik.. 



PEMAKAIAN TANDA PANGKAT





Okey, awak dah tau kan mengenai pangkat anggota bomba..? Camne pulak dengan etika pakaian mereka..? Yang kita sedia maklum, baju celoreng oren dan baju warna biru saja kan.. Sebenarnya baju mereka nie ada jenis yang tertentu yang perlu dipakai oleh mereka dan ianya bergantung kepada situasi kerja mereka samada untuk pergi operasi mahupun pejabat ataupun majlis-majlis rasmi.. 

PAKAIAN PEGAWAI BOMBA


Keterangan pakaian :
Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh semua pegawai bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat yang dipakai. Pakaian ini perlu dipakai semasa majlis-majlis seperti menyambut DYMM Yang Di Pertuan Agong, DYMM Sultan dan TYT Yang Di Pertua Negeri di mana-mana institusi jabatan semasa lawatan rasmi yang dilakukan oleh Baginda.

Pakaian No.2 (Pakaian Kerja Busjaket) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat dan perlu dipakai semasa menjalankan tugas-tugas rasmi harian.

Pakaian No.3 (Pakaian Kerja Sisip Dalam) - Dipakai oleh semua Pegawai Lain-lain pangkat dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini boleh dipakai semasa menjalankan tugasan harian dan jugak pada Pegawai Bomba yang mengambil bahagian dalam apa-apa perbarisan kehormat yang diadakan oleh Jabatan.

Pakaian No.4 (Pakaian Celoreng Bomba) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini perlu dipakai dengan tanpa menggunakan apa-apa pingat kebesaran atau bintang. Pakaian nie dikhususkan kepada Pegawai Bomba semasa menjalankan tugas khas, operasi penyelamat dan lain-lain operasi yang tak melibatkan pemadaman kebakaran. Selain itu, pakaian ini boleh dipakai semasa melakukan kerja harian di balai ataupun dalam perbarisan rasmi Jabatan jika ada arahan pemakaian.

Pakaian No.5 (Pakaian Operasi Menentang Kebakaran) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Pakaian ini perlu dipakai tanpa menggunakan gorget, lencana kolar dan apa-apa pingat kebesaran atau bintang. Pegawai Bomba perlu pakai pakaian ini apabila menghadiri operasi menentang kebakaran ataupun semasa menjalani latihan mahi yang berkaitan dengan operasi menentang kebakaran. Pakaian ini juga boleh dipakai dalam perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan.

Pakaian No.6 (Pakaian Mes) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Dipakai semasa majlis rasmi jamuan makan malam Pegawai-Pegawai Kanan terutamanya jika ada tetamu kehormat yang diundang bersama atau mana-mana upacara keraian yang dikehendaki dipakai pakaian berkenaan oleh Ketua Pengarah.

Pakaian No.7 (Pakaian Kebangsaan) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan perlu dipakai semasa menghadiri majlis agama ataupun perkara yang berkaitan dengan kebudayaan yang memerlukan pemakaian baju kebangsaan. 

Pakaian No.8 (Pakaian Khidmat) - Dipakai oleh semua Pegawai Kanan dan dibezakan mengikut tanda pangkat. Dipakai semasa menghadiri majlis-majlis seperti majlis tamat latihan rekrut, lawatan rasmi oleh orang kenamaan, lawatan ke institusi bomba luar negara dan upacara yang dikehendaki untuk memakainya. Pakaian ini juga boleh dipakai untuk tujuan tugas harian.

Pakaian No.9 (Pakaian Terbang) - Dipakai oleh semua Pegawai Bomba yang bertugas di Unit Udara Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Dipakai semasa bertugas ataupun semasa menjalani latihan ketika menaiki helikopter Jabatantan dan boleh juga dipakai dalam perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan.

Jadi, dah tau kan tanda pangkat dan etika berpakaian dalam JBPM.. 



7 comments

  1. waalaikumussalam kak shikin...skrg bru thu pasal pangkat2 ni

    ReplyDelete
  2. wahhhh sekarang dah jelas tentang oangkat dan pakaian rasmi. TErbaik kak shikin!

    ReplyDelete
  3. yg tahu baju kerja je la rupanya ada lagi pakaian rasmi yg lain. good info!

    ReplyDelete
  4. nice info :) atleast tau sikit pasal pangkat apa smua ni

    ReplyDelete
  5. Pangkat aida ada juga situ, A-6.
    Lama dah x pakai uniform.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧