Assalamualaikum wbt..
Bila fikirkan pasal kewangan, memang memeningkan kepala kita.. Mana nak bayar sewa rumah, kereta, belanjawan anak-anak, rumahtangga dan sebagainya.. Saya nak kongsikan dengan awak beberapa panduan kewangan yang boleh kita praktikkan bersama.. Jom kita selidik..
Menggunakan wang gaji dengan sepatutnya
Peraturan asas ini nampak mudah tapi sebenarnya susah nak buat. Tak kiralah berapa gaji kita, janganlah kita sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimatlah walaupun sedikit boleh memberi kesan besar pada tabungan kita.
Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan
Rancang perbelanjaan kita kerana kita takkan mampu untuk berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
Lunaskan hutang kad kredit
Mempunyai hutang kad kredit secara berterusan adalah satu kesilapan yang paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tapi amat payah melunaskan hutang kad kredit dan akhirnya kita akan terus dibebani hutang. Jadi kita perlu lunaskan hutang kad kredit secepat yang mungkin.
Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat awak ada menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika takde, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Ini amat penting untuk kehidupan kia pada masa akan datang.
Menabung
Pastikan awak menyimpan sekurang-kurangnya 5 ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara yang paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
Melabur
Buat pelaburan jika masih ada wang lebihan selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman awak pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu awak untuk mengurangkan pembayaran cukai dan membatasi perbelanjaan yang tak diperlukan.
Semak insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik keperluannya. Pastikan awak mempunyai insurans secukupnya tapi pada masa yang sama tak membebankan kedudukan kewangan kita.
Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi dengan memastikan kita membuat wasiat walaupun kita tak mempunyai harta yang banyak.
Simpan rekod kewangan
Jika kita tak menyimpan semua rekod perbelanjaan, kita mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan tertentu. Jadi simpanlah rekod kewangan sebaik mungkin untuk kemudahan diri kita sendiri.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
Nanti abe kie amalkan tips yg berguna ni.
ReplyDeleteTips yang berguna ni !! Nak kena amalkan ni nak-nak rekod kewangan tu selalu sangat buat endah tak endah je
ReplyDeletejangan ada online banking! hahahah sha kalau ada duit dalam bank yg ada online bankng mmg hmmm shopping online je kerja
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg dah di amal :)
ReplyDeleterabia sekarang dah start menabung
ReplyDeletetips yang berguna ni tq sharing
ReplyDeleteKonsep aida, menabung dulu. Apa yg tinggal, tu la utk belanja.
ReplyDelete