Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini segmen khas nie dah masuk bulan yang baru dengan gambar yang baru dan signature yang baru, hihihi.. Diharapkan awak suma masih lagi ternanti-nanti dengan segmen nie yang memang saya buat khas untuk awak suma.. Jadi pada sesiapa yang belum terpilih tue diharapkan terus bersabar dan nantikan nama awak pulak untuk direview.. Bukan senang tau nak pilih nie disebabkan sahabat saya terlalu ramai, jadi terpaksa pakai Encik Random untuk buat pilihan.. Camne saya buat pilihan..? Ianya sama ada nama awak tercatat DI SINI ataupun sesiapa yang selalu tinggalkan nota dalam jurnal nie, so nama awak akan saya senaraikan dan Encik Random yang pilihkan..
Okey, minggu ini siapakah yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenali beliau..
Blog Unni Anje... Nama sebenar di sebalik nama pena Unni Anje adalah Fitriyani Binti Fendi yang berasal daripada Keningau, Sabah dan berumur dalam 20-an.. Unni merupakan seorang Muslimah Hikers, dah bekerja di sebuah syarikat swasta dan merupakan salah sorang admin Sabahan Blogger dan memakai tagline "Di Bawah Bayu Kami Bersatu". Unni mula berblog sejak tahun 2014, seorang yang amat obses dengan warna pink dan merupakan perintis kepada persatuan yang dia tubuhkan sendiri iaitu "Muslimah Hikers Tawau".. Wahh, bukan calang-calang tue nak tubuhkan persatuan sendiri..
Saya mengenali Unni nie sama seperti yang lain-lain dan apa yang saya suka baca tentang blog Unni nie adalah, dia selalu berkongsi resipi ciptaan dia.. Kadang-kadang resipi tue adalah resipi biasa tapi diolah dengan cara dia yang tersendiri.. Unni nie merupakan seorang Muslimah hikers yang terlalu aktif dalam memanjat bukit dan gunung.. Saya pun nak berjalan jauh dah semput inikan pulak nak naik bukit, huhuhu nanti abam bomba yang tolong turunkan saya daripada bukit tue.. Dan saya memang respect pada wanita yang bergiat aktif dalam hikers nie yang dikatakan dapat mencabar diri.. Selain dia berkongsi cerita pasal resipi dan jugak hiking, Unni jugak ada berkongsi review, pelbagai tips yang menarik, pelbagai entri berunsurkan Islamik dan tempat-tempat yang menarik di Sabah, maklumlah sorang yang aktif dalam aktiviti outdoor...
Antara entri yang diceritakan dalam blog Unni adalah Tips, Keperluan, Kelengkapan Dan Persediaan Mendaki Gunung Trus Madi, Resipi Telur Asam Limau Spicy Masakan Paling Mudah, Tips, Keperluan Dan Persediaan Mendaki, Aku Pendosa Tanpa Noktah dan pelbagai lagi entri yang menarik untuk dikongsikan bersama dengan pembacanya. Pada sesiapa yang nak mula mendaki bukit dan gunung tue, bolehlah refer pada Unni nie..
Kepada Unni Anje, akak nak ucapkan terima kasih pada awak kerana sudi menjadi rakan maya awak walaupun kita saling berjauhan. Tapi ikatan silaturahhim yang telah terjalin lama memberi seribu makna pada akak, lebih-lebih lagi bila awak kongsikan resipi yang awak olah sendiri.. hihihi akak memang adore dengan resipi awak tue, untung bakal suami awak nanti.. Akak doakan agar awak sentiasa di bawah lindungan-Nya dan semoga awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah. Akak jugak berdoa agar suatu hari nanti kita akan berjumpa dan terima kasih sekali lagi kerana selalu tinggalkan nota dalam jurnal akak, tapi akak nak mintak maaf kerana akak jarang tinggalkan jejak dalam blog awak, cuma jadi silent readers saja, tapi akak selalu komen dalam fesbuk kan.. hihihi..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Unni Anje serta salam perkenalan semua.. |
#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #therapistmasseur #assistantlibrarian #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna
saya pun follow blog dia. saya suka cara dia menulis seronok baca.
ReplyDeletemasyaAllah, MUSLIMAH HIKER! Tabik springgggggg :D
ReplyDeleteTabik spring kat Unni nie.. Rajin hiking..
ReplyDeletenanti rabia follow blog dia ye
ReplyDeletewowww hikers muslimah! Rare ni
ReplyDeleteMasya Allah besar sanagt pujian akak ni.. sekali lagi terima kasih sangat.. moga kak sentiasa di permudahkan urusan dunia akhirat dan sentiasa dalam jagaanNya
ReplyDeleteejulz dah terjah n follow .hehe
ReplyDeleteaktif betul unni dengan hiking :)
ReplyDeleteNanti aida terjah.
ReplyDeleteHobi nyer sama dgn hobi aaben Aida. Hiking.