Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, di minggu ini saya dapat siapkan lagi task mingguan, jadi siapakah pulak yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi..
Blog Adianiez AIDA... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Aida Binti Md Hanafiah, seorang pegawai kastam yang berpangkalan di Melaka, merupakan ibu kepada 3 orang anak yang comel dan merupakan anak jati Melaka. Kak Aida mula memasuki dunia blog sejak tahun 2009 lagi, kiranya kak Aida otai lah dalam dunia blog.. hihihi
Saya mula mengenali kak Aida dalam segmen / giveaway, dan kak Aida salah sorang yang aktif dalam memberikan nota semangat dalam jurnal saya.. Kak Aida nie seorang yang ramah walaupun kami tak pernah lagi bersua muka tapi memang dia peramah sangat.. Wajah kak Aida nie mengingatkan saya kepada sahabat saya, akak bomba yang berpangkalan di FRAM Tronoh kerana wajah kak Aida nie nampak seiras.. hihi sebab tue agaknya saya selesa berkawan dengan kak Aida walaupun hanya di alam maya.. Kak Aida banyak bercerita dalam blog beliau seperti resipi viral, pelbagai tips dan isu-isu semasa termasuklah hal-hal berkaitan dengan kastam.. Ooo, napa nama blog dia nampak macam susah nak sebut..? Sebenarnya nama blog kak Aida adalah gabungan nama kak Aida dengan suami dia Niezam.. Adia tue sebenarnya nama kak Aida sendiri, terbalikkan jadi Adia.. hihihi..
Antara entri yang dimuatkan dalam blog kak Aida adalah Bicara GST : Harga Dah Murah, Mari Shopping Tak Hengat, Cara Membantu Anak Sehingga Dapat Berbakti Kepada Ibu Ayah, Roti Bun Sosej Gebu Montok!, HFMD : Boleh Membawa Maut dan pelbagai lagi kisah yang menarik.
Kepada Kak Aida, terima kasih saya ucapkan kerana akak sudi menerima saya sebagai kawan maya akak.. Dan terima kasih jugak saya ucapkan kerana akak selalu singgah dan tinggalkan nota dalam jurnal saya walaupun saya tenggelam timbul untuk memberi komen dalam blog akak.. Saya berharap satu hari nanti kita akan berjumpa dan semoga akak sekeluarga dikurniakan kerahmatan daripada Allah.. Harap-harap akak takkan jemu dan bosan untuk singgah lagi ke jurnal saya, walaupun saya hanya mampu menjadi silent reader dalam blog akak.. hihihi.. Semoga blog akak menjadi rujukan dan inspirasi kepada semua pembaca akak..
Jom kita singgah serta jengah ke blog Kak Adianiez Aida dan salam perkenalan semua.. |
#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #therapistmasseur #assistantlibrarian #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna
Follow juga blog nie
ReplyDeletesalam perkenalan sis aida :D
ReplyDeleteselalu nampak kak aida ni hehehe
ReplyDeletesalam perkenalan :D
ReplyDeleteKak Aida memang rajin blogwalking dan komen
ReplyDeletetahniah!
ReplyDeleteSha pun follow blog Aida nie..
ReplyDeleteramah sangat kak aida ni, suka melawat blog dia :D
ReplyDeleteKak aida ni memang rajin blogwalking blog rabia tau.
ReplyDeleteTq shikin.
ReplyDeleteLove u so much!
Nanti kita jumpa ye.