Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi memberi kehidupan pada diri ini.. Terima kasih saya ucapkan pada ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan saya di hari lahir saya yang lalu..
Kali nie saya sambut hari lahir secara serentak dengan adik dan anak-anak saudara..
Untuk bulan Julai, kami menyambut 3 kelahiran, iaitu adik saya dan dua anak saudara..
Mula-mula, anak sedara saya yang ketiga iaitu Salsabila, menyambut kelahirannya yang ke 2 tahun pada 15hb Julai yang lalu, diikuti dengan sepupunya Nashiruddin yang jugak menyambut hari kelahiran yang ke 2 tahun pada 22hb Julai. Adik saya yang cantik nie, menyambut hari kelahirannya pada 26hb Julai yang lalu.. Mulanya kami ingat nak sambut pada akhir bulan Julai yang lalu, tapi disebabkan kekangan kerja masing-masing, jadi kami ambik keputusan untuk menangguh majlis kecik ini..
Kemudian, bila tibanya bulan Ogos, giliran anak sedara yang sulung pulak menyambut hari kelahiran yang ke 5 tahun iaitu pada 10hb Ogos dan pada 12hb Ogos yang lalu, saya pulak dilahirkan dengan angka 36 tahun..
Jadi pada 13hb yang lalu, hubby pulak buat suprise, kalu tahun lepas, dia menghidangkan saya dengan memasak hidangan nasi Arab, tapi tahun nie, dia buat suprise dengan membeli kek hari lahir..
Oleh kerana kami sambut beramai-ramai dan jauh di perantauan, Salsabila menjadi wakil untuk potong kek.. Awak tau, bila saya bukak aje kotak kek tue, terus dia nak potong, padahal dia bukannya tau potong kek pun.. hihihi mungkin hiasan pada kek tue sendiri membuatkan Salsabila geram, bila suruh tiup lilin, tak terpadam sampai meleleh air liurnya hinggakan perlu bantuan daripada mamanya untuk padam lilin..
Oleh kerana saya dah bagi hadiah pada adik dan Salsabila yang lepas, BACA sini, giliran saya pulak dapat hadiah dan inilah hadiahnya..
Handbag tue dihadiahkan oleh adik kesayangan dan set minyak wangi tue pulak sahabat baik saya Kak Ayu yang bagi.. Bos pulak..? Insha Allah dia kata nak belanja makan Kenny Rogers dekat Alamanda, Putrajaya.. Alhamdulillah... Rasa seronok pulak sambut hari lahir pada tahun nie..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
Bestnya dapat handbag ngan minyak wangi..Selamat hari Lahir..semoga gembira selalu dan diberikan limpahan kasih sayang serta kebagaiaan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. murah rezeki Shikin..
ReplyDeletebestnya celebrate birthday ramai-ramai. Tak da la malu nak tiup lilin sorang-sorang. hehe HB sis :D
ReplyDeletehepy blated bday. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteHappy Birthday sis, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..
ReplyDeleteHpy belated 🎂🎂🎂, all da best
ReplyDeletehappy belated birtday! bestnya dapat hadiah
ReplyDeletecomel je salsabila ni, budak2 memang macam tu kan. Beria nak tiup tapi selalu gagal haha. Cantik sangat set minyak wangi tu
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki hari lahir. Di doakan semoga shikin dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.
ReplyDeleteHappy bday, shikin :-)
ReplyDeleteHappy birthday
ReplyDelete