Assalamualaikum wbt..
Sebagai pembuka kata, izinkan saya untuk memberi ucap 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada semua umat Islam yang akan dirayakan pada hari esok.. Jadi berhati-hati di jalanraya pada sesiapa yang nak balik kampung tue dan buat check up pada kediaman masing-masing, pastikan semua suis ditutup dan plug dicabut, kunci semua tingkap dan sebagainya..
Hihi lari pulak tajuk entri nie.. Okey, pada sesiapa yang mengalami masalah untuk fokus, saya nak bagi beberapa tips, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita... Jom kita selidik..
🔖 Sediakan waktu khusus untuk melamun
Antara perkara paling kritikal untuk fokus adalah kebiasaan melamun. Lamunan dengan mudah menganggu tumpuan, sekali gus merosakkan konsentrasi untuk belajar yang dah dirancang. Dengan menyediakan waktu khusus untuk melamun, contohnya setengah jam sebelum tidur, otak akan mendapat waktu khusus untuk beristirehat. Kesannya, ketika kita perlu memberikan sepenuh tumpuan dan fokus, kebarangkalian untuk mengelamun itu adalah rendah.
🔖 Istirehat setiap satu jam
Kita perlu berehat sebentar iaitu lima minit setiap 60 minit ketika melakukan aktiviti yang memerlukan konsentrasi tinggi. Jika otak perlu digunakan secara konsisten selama berjam-jam tanpa henti, daya konsentrasi dan fokus boleh menurun secara drastik. Jadi, jangan terlalu menekan diri dan memaksa otak untuk terus fokus sesuatu. Tak lama pun rehatnya, hanya ambik masa tiga hingga lima minit untuk setiap jam bagi menjaga kecerdasan otak.
🔖 Melakukan aktiviti yang boleh melancarkan aliran oksigen ke otak
Darah penting untuk pengaliran oksigen ke dalam tubuh. Justeru, cubalah lakukan aktiviti yang boleh melancarkan aliran darah kerana proses ini dapat membantu kita untuk menjadi lebih fokus.
🔖 Lakukan satu hal pada waktu lain hingga selesai dengan sempurna
Jika kita nak selesaikan sesuatu dengan hasil yang benar-benar baik, cuba untuk membiasakan diri dengan mengerjakan satu perkara hingga selesai dengan sempurna. Kemudian bila dah selesai, barulah kita boleh beralih kepada hal yang lain. Jangan membiasakan diri untuk mengerjakan pelbagai perkara dalam satu masa kerana ia akan menuntut kita untuk membahagikan konsentrasi kepada banyak perkara sekali gus.
🔖 Meditasi
Antara latihan ringan yan paling mudah untuk meningkatkan konsentrasi adalah bermeditasi. Konsep utama dalam meditasi bukanlah 'mengosongkan fikiran' tetapi 'memusatkan fikiran' terhadap satu hal tertentu. Jika awak boleh melakukan meditasi yang tepat dan menjadikannya kebiasaan, awak akan lebih mudah fokus. Untuk orang Islam, meditasi yang terbaik adalah membuat solat sunat di malam hari untuk menenangkan jiwa..
🔖 Lakukan sesuatu di meja belajar, bukan di tempat tidur
Ini terutama jika awak nak melakukan pelbagai aktiviti yang menuntut konsentrasi tinggi di rumah. Cubalah melakukannya di tempat yang sesuai. Jangan biasakan diri belajar di tempat tidur kerana ianya akan lebih banyak stimulus yang membuat konsentrasi terganggu.
🔖 Kembangkan pola hidup sihat
Pastikan waktu tidur mencukupi, senaman yang teratur dan makan makanan yang berzat kerana ini semua sangat berguna dalam jangka masa yang panjang.
🔖 Bercuti dan mencari suasana baru
Daya konsentrasi boleh menurun mendadak apabila kita melakukan pelbagai perkara secara berulang-ulang dalam waktu lama. Tanpa kita sedar sebenarnya perkara ini akan menyebabkan tekanan dalam diri dan hilang tumpuan dalam jangka masa panjang.
🔖 Lakukan aktiviti secara rutin dan menjadi kebiasaan
Jika kita terbiasa melakukan sesuatu secara berulang-ulang atau rutin, dalam jangka masa yang lama, ketahanan dalaman atau belajar akan menjadi lebih tinggi. Hasilnya, daya konsentrasi yang diperlukan untuk belajar atau melakukan apa juga pekerjaan akan meningkat dan amalan itu takkan membebankan otak.
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu
Tips yang menarik. Biasalah manusia, tidak boleh fokus dalam jangka masa yang panjang
ReplyDeleteSetuju dengan point dekat atas. Susah kalau nak fokus bila masa dan persekitaran tak sesuai.
ReplyDeletewaalaikumussalam kak.bagus tips ni.memandangkan rabia kdang2 tak fokus dalam kelas
ReplyDeleteNice tips..
ReplyDeletesha selalu hilang fokus huhu boleh guna tips akak ni, sebab rindu diri sendiri yang lama
ReplyDeletethnks for the tips singgah sini :D
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
done follow
betul tu..nak buat keje kene dekat meja baru jalan..kalau tak mmg susah la hehe
ReplyDeleteehehehe itula focus span ni penting lagi2 dewasa kena pandai control. kalo budak2 tu faham hehehe memang focus kemana hala =D
ReplyDeleteMengelamun? Jangan mengelamun time buat kerja nanti kurang produktif. :D
ReplyDeletetips yg sgt bagus. tq shikin for sharing
ReplyDeletewah! byknya petua. cuma kena istiqamah la bila buat...
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih. Tips yang menarik.
ReplyDeleteTerima kasih. terbaek tips ni :)
ReplyDeleteterima kasih sharing tips ni.. selalu hilang fokus gak ni
ReplyDeleteUtk aida, akan settle kan hal lain dulu. Then baru tenang. And time tenang aida utk kinsentrasi ialah tgh mlm. Masa tu hal rumah settle, anak da tido. Then is a me-time.
ReplyDelete