Pentingnya penghargaan buat pasangan

Sunday, September 23, 2018

Image result for couple


Assalamualaikum wbt..
Dalam kehidupan berumah tangga, ada banyak perkara kecil yang sebenrnya perlu diberi perhatian.. Saban hari ada saja berita tentang perceraian berlaku di sana sini hanya disebabkan perkara yang kadangkala dianggap tak logik langsung dan remeh seperti tak beri penghargaan pada pasangan.. 

Nampak remeh kan perkara perhargaan tue, tapi sebenarnya ianya memberi impak yang besar pada pasangan kita.. Bukanlah wang ringgit dipandang tapi hanya sedikit penghargaan saja yang pasangan kita dambakan.. Saya nak kongsi pada awak dengan panduan untuk sama-sama kita menghargai pasangan kita supaya rumah tangga kita kekal bahagia, tak kira lelaki mahupun wanita.. Panduan nie jugak sesuai pada bakal-bakal pengantin kita.. 

Ucapkan terima kasih - Cara nie yang paling mudah tapi susah nak ucapkan, betul..? Bila pasangan kita dah bantu kita walaupun sekecil mana  bantuannya, ucapkanlah terima kasih padanya sebab bila kita ucap terima kasih, pasangan kita akan terasa dirinya dihargai dan membuatkan pasangan kita lebih semangat untuk membantu.. Untuk menambahkan lagi rasa dihargai, sulami ucapan terima kasih dengan ciuman kasih sayang, dahlah kita dah hargai dirinya, malah disayangi pulak, bukan ke manisnya perkawinan ini, betul..? Contohnya seperti saya sendiri, setiap kali hubby saya membantu memasak jika saya sibuk dengan kerja-kerja rumah ataupun jika saya tak sihat, saya pasti akan ucap terima kasih padanya, dan ucapan terima kasih sekali saya akan ucapkan bila menjamah masakannya.. Riak muka seperti bersahaja tapi hatinya mungkin berbunga bahagia kerana dipuji dan diberi penghargaan, sapa tau kan..

Panggilan manja - Memanggil pasangan dengan panggilan manja sebenarnya merupakan salah satu cara untuk menghargai pasangan, contohnya untuk si isteri boleh dipanggil 'sayang' dan untuk si suami boleh dipanggil 'abang'.. Panggilan ini membuatkan kita rasa dihormati dan disayangi.. Janganlah kita panggil atau menggelar pasangan kita dengan panggilan negatif apatah lagi kita panggil dengan panggilan negatif tue di khalayak ramai.. 

Hargai apabila hamil - Isteri yang sedang hamil selalunya mengharapkan pasangan memahami kehendak dirinya contohnya apabila si isteri mengidam sesuatu, hargailah isteri kita dengan berusaha untuk memenuhi kehendak isteri tapi berpada-pada.. Maksud berpada-pada nie adalah tengok pada apa yang isteri idamkan, kalau yang bercanggah dengan agama, nasihatilah isteri dengan sebaik mungkin agar tak terguris hatinya..

Pemberian - Satu lagi cara untuk menghargai pasangan adalah dengan memberikan hadiah pada pasangan, tak kisahlah camne bentuk hadiahnya ataupun harga hadiah tue.. Sebab bila kita bagi hadiah walaupun murah tapi ianya akan memberi impak yang besar pada pasangan kita dan menghargai semua pemberian kita.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

8 comments

  1. Betul sangat perkongsian Shikin nie..

    ReplyDelete
  2. betui betui. hug and kiss pun salah satu pemberian hadiah kan kan hehehehe (tapi tu untuk pasangan sudah berkahwin la) :D

    ReplyDelete
  3. Kalau biasa buat tak akan rasa awkward kann Shikin, malah akan rasa kurang bila tak buat begitu.. Nice sharing..

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. betul.. sangat penting untuk nyatakan setiap hari penghargaan pada pasangan kan kak shikin ^^

    ReplyDelete
  6. magic words memang kena selalu ucapkan, nampak kecil tapi bermakna pada yang dapat tu

    ReplyDelete
  7. lagi lama kawin, lagi perlu mcm2 penghargaan.
    jgn da lama, jadik makin pudar :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧