Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : CikCappuccinoLatte (CCL)

Tuesday, September 11, 2018

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt.. Hihi patutnya nota jurnal nie dikeluarkan semalam tapi baru hari ini berkesempatan nak publish, sori sangat² sebab lambat kerana minggu nie jadual saya agak padat sikit.. 

Okey, kali ini siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita berkenalan dengan sahabat pilihan saya kali ini.. 

www.shikinrazali.com


Blog CCL..  CikCappuccinoLatte (CCL) atau nama di dalam IC adalah Nur Liyana Rohaizi yang berasal daripada bandar Kangar, Perlis Indera Kayangan.. Berumur 25 tahun yang bekerja di bahagian receptionist sebuah hotel di Kangar jugak dan merupakan anak sulung daripada 3 beradik.. CCL mula mengarang dalam blog sejak tahun 2012 lagi, jadi kiranya otai jugaklah..

Saya mula mengenali CCL dalam pelbagai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. CCL jugak penah menduduki carta dalam jurnal saya sebagai salah sorang top commentator, sangat supportive dengan rakan blogger yang lain, rajin tinggalkan komen dan selalu jugak menyertai pelbagai segmen dan giveaway.. Blog CCL nie banyak bercerita tentang dirinya, pelbagai resipi dan tips dan pelbagai review.. Kenapa blog dia diberi nama kopi..? Sebabnya CCL nie memang seorang penggemar kopi, kerana sebelum ini nama blog CCL adalah http://cyanxkamo.blogspot.com sebelum ditukarkan nama sekarang nie, iaitu CikCappuccinoLatte.. 




www.shikinrazali.comKepada CCL, akak nak ucapkan terima kasih banyak² kerana sudi menjadi rakan blogger akak walaupun kita belum ada rezeki untuk berjumpa.. Terima kasih jugak akak ucapkan kerana awak selalu tinggalkan nota yang positif dalam jurnal akak walaupun akak hanya menjadi silent reader dalam blog awak.. Akak memang suka baca blog awak kerana ada pelbagai info dan review yang awak karangkan yang mungkin akak baru tahu tentang sesuatu perkara.. Akak doakan satu hari nanti kita akan berjumpa dan semoga awak terus maju jaya dalam dunia blogging.. Teruskan menulis kerana dengan berkongsi ilmu dengan orang, Insha Allah pahala akan berlipat kali ganda.. Akak doakan jugak agar kehidupan awak sekeluarga akan dirahmati dan diberkati oleh Allah, semoga awak mendapat jodoh yang terbaik dalam hidup awak.. Aamiin.. 

www.shikinrazali.com


Okey, jom kita singgah serta jengah ke blog CCL dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

13 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧