Assalamualaikum wbt,
Sekarang nie sukan SUKMA sedang berlangsung tapi awak tau ada ada satu lagi sukan dunia yang Malaysia sertai, iaitu Kejohanan Sukan Bomba Dunia 2018 yang diadakan di Chungju, Korea.. Sukan ini telah berlangsung pada 10 hingga 17 September yang lalu dan kontinjen negara telah meraih 11 pingat emas, 3 perak dan 3 gangsa sekaligus mengatasi sasaran awal iaitu 5 emas..
Apa yang membanggakan rakyat Malaysia adalah kesemua peserta kontinjen adalah terdiri daripada anggota dan pegawai JBPM sendiri dan tahun nie adalah tahun yang paling cemerlang sejak negara kita menyertai kejohanan dwitahunan ini pada tahun 2004 yang lalu... Malaysia menyertai lima acara yang dipertandingkan iaitu acara badminton, tenpin boling, bina badan, golf dan dart dengan diwakili 31 orang pegawai dan anggota dan kalau awak nak tahu negara kita menduduki tempat ketiga di belakang Hong Kong dan Korea Selatan..
Acara yang memenangi pingat emas adalah :
Badminton ( 4 pingat emas)
Bina Badan (2 pingat emas)
Tenpin Boling (2 pingat emas)
Dart (3 pingat emas)
Gambar yang diambil ini adalah sumber daripada Bahagian Pengurusan Korporat, JBPM..
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet dan sapa kata bomba tak pandai bersukan..? hihihi .. Walaupun tugas anggota bomba kini agak mencabar tapi penglibatan dalam arena sukan takkan dilupakan..
Go... Fighting.. Bomba..!!!
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia
wah hebat2 depa ni...hehehe tahniah!
ReplyDeletetahniah untuk kesemua abg2 bomba yang terlibat.. 😉
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteray here | imperfectly perfect
adik bomba, i love you!
ReplyDeleteterbaiklah. tahniah!
ReplyDeleteTahniah! Pasukan bomba memang mantop. Penyelamatkan :-)
ReplyDeletewah hebatnya kontinjen negara kita. tahniah
ReplyDeleteWah.. terbaiklah bomba Malaysia.. Tahniah..
ReplyDeletewahhh saya tak pernah tahu ada sukan untuk bomba. Tahniah kontinjen negara!
ReplyDelete