Assalamualaikum wbt..
Dah lama saya tak buat review kan.. hihihi maaflah, kerja hakiki dan kerja khidmat masyarakat tak membenarkan saya untuk update jurnal nie.. Okey.. Kali nie saya nak review satu produk makanan yang memang sedap sangat, sebabnya saya dah banyak kali order makanan nie..
Ayam bakar...
Nampak sedap kan.. Sebenarnya hari tue saya saja jea godek-godek makanan kat 'Marketplace' dalam facebook, nak cari makanan lain sebenarnya tapi tetiba nampak pulak ayam bakar nie dan lokasinya adalah di Sepang..
WOW... Nampak menarik jea.. So saya pun mula whatsapp dengan pembuat ayam bakar nie, bertanyakan harga ayam bakar dan ianya cukup murah sekali iaitu pada kadar RM15 seekor.. Apa lagi, saya pun orderlah untuk dua ekor ayam, hihihi.. Apa yang special pada ayam bakar nie adalah ianya dibakar dengan menggunakan kayu arang dan jika kita nak ayam bakar nie, sekurang-kurangnya 2 jam masa yang diambik untuk penghantaran.. Pembuat ayam bakar ini tinggal di Kampung Labu Lanjut, yang memang tak jauh daripada rumah saya dan mereka boleh buat penghantaran secara COD untuk area Sepang..
Ayamnya sangat lembut dan dibakar dengan menggunakan rempah ratus semulajadi.. Jadi kalau nak makan ayam dengan nasi putih panas pun memang 'ngam' sangat dan tak perlu makan dengan kuah.. Tapi macam saya pulak, saya lebih suka ratah ayam bakar dengan hirisan tomato.. Fuhhh memang sedap gilerr...!!!
Nama pembuat ayam bakar ini adalah Encik Md Jafri Bin Sulaiman, selain daripada ayam bakar beliau jugak ada menjual produk salai yang lain seperti itik salai, ikan keli salai, daging salai dan burung puyuh salai..
Nampak menyelerakan.. Jadi sesiapa yang duduk di area Sepang, kalau rasa malas nak masak (macam saya nie, hihihi) dan teringin nak makan ayam salai bakar yang dah siap dibakar, cuma hidang dan makan jea, bolehlah hubungi Encik Jafri..
Ouhh.. Harga makanan salai yang diberi oleh Encik Jafri memang murah dan berpatutan..
Memang sedap ayam bakar nie, nak cuba, bolehlah call Encik Jafri dan buatlah pesanan..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
Sedapnya..area batu pahat ni tak jumpa lg itik salai, daging salai yang ada ayam golek je 😅
ReplyDeleteWahhh, sedap sangat nampak nyer. Menggugat keimanan nih.
ReplyDeleteWah.. berbaloi sangat harganya tu.. bukan ayam je ye.. daging tu sedap buat gulai lemak..
ReplyDeletekegemaran aida ni, shikin :)
ReplyDeletesib baik tgh mlm. if tgh hari, ada yg start kereta, gi beli sekor ha ha ha ha...
ada gak jual area rumah aida ni. cuma jarang membeli. tak terabis kami anak beranak sekor ayam :)
lama tak nyinggah sini :)
maaf ye.
tak pernah cuba yang salai2 macam ni. menarik jugak..
ReplyDeletetengok keli tuuu yang tergoda sangat =D
wah boleh try foodhunt lah kat sepang nanti
ReplyDeleteuishhh sedapnyaaa
ReplyDeleteWah, sedapnya... Cuti ni boleh la terjah...
ReplyDeleteSedapnya... terliur kita.
ReplyDeleteWah.. Wah... Macam sedap je ayam tu.. Terliur plak jadinya... Hehee
ReplyDeleteuish lapar balik bila singgah enry ni
ReplyDeleteRupa macam ayam panggang. Berangan makan dengan sos perang atau sos lada hitam mesti sedap.
ReplyDeleteuish nampak sedaplah...kalau dekt bole pergi
ReplyDelete