Assalamualaikum wbt..
Bila usia makin meningkat, setiap orang pasti akan mengalami menyusutkan pada kulit.. Macam saya pun sendiri mengalaminya, dan saya pulak jenis yang berhati-hati dalam nak memilih barangan kosmetik sebab takut tak sesuai dengan kulit wajah saya.. Godek punya godek, saya terjumpa dengan satu produk yang berasaskan serbuk emas.. Uikk? serbuk emas..? Saya teringat pada satu filem 'Susuk' yang ada part letak emas pada wajah.. Jadi masa tue saya terfikir apakah hukum kita memakai serbuk emas.. Saya pun mulalah mencari artikel yang menceritakan tentang penggunaan serbuk emas di dalam Islam dan terjumpalah artikel ini http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2076-al-kafi-511-hukum-memakai-alat-solek-serbuk-emas
Jadi, bila dah yakin dengan penjelasan mengenai serbuk emas, saya pun belilah produk ini, iaitu serum wajah 24K Goldzan Ampoule yang berasal daripada Korea...
Mulanya saya tak berapa nak percaya sangat tentang kebaikan serum nie yang diterangkan oleh seller.. Saya pun try la pakai dan setelah dua minggu pemakaian serum ini, barulah saya percaya dengan kebaikannya..
Inilah wajah saya sebelum dan selepas pakai serum nie..
Nampak tak perubahan dari segi wajah saya nie..? Yang pastinya lingkaran bawah mata saya nie dah tak jadi panda dah.. hihihi.. Antara kebaikan serum 24K Goldzan Ampoule adalah dapat memperbaiki jaringan kulit yang rosak atau kerutan pada sekitar wajah serta membuka pancaran aura wajah menjadi tampak lebih cerah dan bersinar. Selain itu, kebaikan serum ini adalah serum ini dapat membantu dalam masalah jeragat, pori-pori menjadi kecil dan menghilangkan parut jerawat. Manakala cara pemakaian Serum 24K Goldzan Ampoule adalah titiskan saja 2-3 titis serum pada tangan atau langsung ke wajah.Kemudian sapukan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan hingga batas leher secara merata. Awak perlu elakkan pakai kosmetik selepas pakai serum ini untuk membolehkan serum ini bertindak pada kulit kita.. Jadi nak pakai serum nie adalah pada waktu malam dan itulah yang saya buat sekarang.. Harganya pun berpatutan jugak iaitu dalam sekitar RM22 sebotol yang berisi 100ml...
Bukanlah nak cantik sangat tapi kenalah jaga penampilan di sisi suami, betul tak..? Kalau wajah kusam aje, suami pun nanti lama kelamaan akan menjadi bosan, sebab memang lumrah manusia yang sukakan kecantikan.. Yang pasti hubby saya sekarang memang suka sangat hinggakan dia pun nak pakai tapi disebabkan serum nie berasaskan serbuk emas, jadi dia padamkan niat dia tue.. hihihi, katanya tak aci kalu saya sorang aje yang pakai.. hihi jeles la tue..
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang
wah first time tahu pasal serum ni
ReplyDeleteMacam nak try lah. Harganya memang berpatutan. Hehehe.
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeleteWah.. serasi nampaknya serum tu dengan shikin.. Memang nampak perubahan pada gambar tu..
ReplyDeletebetul.
ReplyDeleteutk suami jugak.
utk nampak elok dan berktrampilan :)
Saya pun baru hendak titikberatkan rupa paras. Baru sibuk hendak cari produk yang boleh hilangkan kedut muka.
ReplyDelete