Awak tau ke nama haiwan ini..?

Tuesday, February 26, 2019

Assalamualaikum wbt..
Pada 24hb yang lalu, ada sorang rakan daripada fanpage facebook Gabungan Anak Terengganu, telah berkongsi satu gambar yang menarik dan memang dah lama saya cari gambar haiwan ini.. Awak tau tak nama haiwan ini..?



Sekali imbas macam tebuan bukan, tapi ianya bukan tebuan.. Kalau orang Kuala Terengganu, kami panggil haiwan ini sebagai 'tunyit'.. Sesetengah rakan saya panggil haiwan ini sebagai riang-riang atau reriang.. 

Kalau awak nak tau, haiwan nie langsung takde sengat dan memang dia agak jinak sangat, sama jugak macam awak tangkap belalang.. Masa kecik-kecik dulu, tunyit nie memang banyak hinggap di dahan-dahan dan batang pokok.. Kami tangkap tunyit dan ikat tali benang pada kaki tunyit nie, lepas tue kami lepaskan untuk dia terbang tapi tak jauh la dia terbang, sebab kakinya terikat pada tali benang, macam kita main layang-layang tue.. Tapi kami taklah terlalu kejam, dah puas bermain, ikatan tali benang pada kaki tunyit kami akan leraikan dan kemudian tunyit pun bebas terbang ke angkasa.. Awak nak tau lagi, masa nak main tunyit nie, kami cari tunyit jantan berbanding tunyit betina sebab tunyit jantan suka terbang berbanding tunyit betina yang hanya suka duduk-duduk tanpa terbang.. hihihi

Sekarang rasanya saya dah tak nampak lagi tunyit nie hinggap di mana-mana dahan pokok, mungkin dah pupus.. Tapi bila rakan facebook tunjuk gambar nie, ini bermakna tunyit masih wujud lagi, cuma rasanya taklah banyak berbanding dulu.. 

Mana yang tau haiwan nie, kat tempat awak panggil apa..? 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



10 comments

  1. Bila balik kampung selalu nampak kat pokok bunga..tapi tak tahu namanya apa.

    ReplyDelete
  2. Kali pertama melihatnya secara dekat begini..

    ReplyDelete
  3. selalu bukan warna hijau ker?

    ReplyDelete
  4. Serious mama x penah jumpa yg mcm ni

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok lagi sebelum ni, kira first time tengok la ni 😌😌😌

    ReplyDelete
  6. Masa kanak2 dulu 70an mmg byk jumpa ia duk kat btg daun nibong...buat main cam yg diceritakan. .Ikat benang

    ReplyDelete
  7. tak pernah tengok,tapi pernah dengr nama reriang tu..

    ReplyDelete
  8. Hari ni baru tahu nama nya..tqvm

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧