Assalamualaikum wbt..
Biasanya individu yang normal dan sihat lazimnya akan membuang air besar sekurang-kurangnya satu hingga dua kali sehari.. Tapi camne pulak jika seseorang tue membuang air besar kurang daripada jumlah itu? Biarpun rutin pembuangan najis yang normal adalah satu hingga dua kali setiap hari, kita perlu tau bahawa takde apa-apa yang perlu dikhuatirkan jika mengalami situasi tak berupaya untuk membuang air besar setiap hari. Secara umumnya masa yang diperlukan untuk makanan yang dimakan setiap hari melalui sistem penghadaman dan seterusnya menjadi najis adalah sekitar 12 hingga 24 jam. Oeh yang demikian, jika proses ini mengambil masa melebihi 72 jam, ia dianggap sebagai perlahan (slow transit). Perkongsian tentang panduan untuk elak daripada sembelit mungkin akan membantu kita semua..
Jaga diet - banyakkan pengambilan makanan yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang sememangnya kaya dengan kandungan serat.
Minum air secukupnya - banyakkan minum air iaitu melebihi dua liter sehari. Cara paling mudah adalah ikut petunjuk yang diberikan oleh tubuh. Minum apabila berasa dahaga selain daripada melihat kepekatan warna air kencing awak. Jika warna kuningnya terlalu pekat, maka minum lebih banyak air.
Ubah gaya hidup - bagi pada yang kurang gemar bersenam, ada baiknya pertimbangkan semula. Ada baiknya kita bersenam secara teratur. Di sebalik mengurangkan tekanan yang dialami, senaman juga berupaya untuk meningkatkan tahap metabolisme. Apabila hal ini terjadi, proses perstalsis menjadi pantas lalu memudahkan kita untuk membuang najis.
Wujudkan tandas selesa - jangan biasakan diri dengan mengamalkan menahan diri daripada pembuangan air besar kerana berkemungkinan tandas yang tak selesa digunakan. Oleh itu, awak perlu pastikan persekitaran tandas adalah bersih, berbau segar, tiada gangguan dan lain-lain.
Hanya atas nasihat doktor - penggunaan ubat laksatif cuma boleh digunakan setelah mendapat pemeriksaan dan pandangan daripada doktor. Jangan sesekali menggunakan apa-apa jenis ubat laksatif tanpa preskripsi doktor bagi mengelakkan dos berlebihan. Sama juga halnya dengan kita mengambil ubat-ubatan tertentu yang boleh memberi kesan sampingan sembelit, jadi dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dulu.
Pelembut najis - jika masalah sembelit yang dialami berlanjutan, awak dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan doktor. Biasanya doktor akan membekalkan sejenis ubat yang dapat membantu kita melembutkan najis lalu memudahkan untuk membuang air besar. Dalam keadaan tertentu ubat perangsang pembuangan najis akan diberikan seperti dulcolax dan senokot atau cecair osmotik (enema, fleet mahupun fortrans).
great sharing
ReplyDeleteterima kasih sharing nice info
ReplyDeleteGood tips Shikin 👍👍
ReplyDeleteInfo menarik. Terima kasih perkongsian ini.
ReplyDeletePanduan yang sangat berguna. Hampir setiap orang ada masalah ni :)
ReplyDeleteNice!! Gud sharing
ReplyDeletejarang kena sembelit. Kalau ceri beri tu biasa la. Huhuhu…
ReplyDeleteP.S. Blog Shikin tersenarai di blog list abam kie.
good info :)
ReplyDeleteTip yg baik.ni shikin tq ya
ReplyDeleteUbah gaya hidup.. ;)
ReplyDeleteBagus oerkongsian Shikin nie.. Akak amalkan makan Pruen dan sawi bunga untuk melancarkan sisrem pembuangan.. Bersenam je tak berapa nak rajin..
ReplyDeleteSusah hati kalau sembelit ni
ReplyDelete