Assalamualaikum wbt..
Rasanya kebanyak daripada kita dah tau tentang program dropship kan.. Ianya salah satu cara kita nak buat bisnes tanpa menggunakan modal terutama orang yang tak ada asas urus niaga secara online. Dengan cara menyertai program dropship nie secara tak langsung kita akan dapat belajar dan berlatih dalam urus niaga secara online. Semoga dengan panduan asas tentang apa itu dropship ini akan dapat membantu awak untuk memulakan bisnes tanpa modal...
- Program menjana pendapatan secara online iaitu mempromosi produk melalui laman web, facebook, blogshop dan shopping cart.
- Pembekal produk biasanya menawarkan dropship iaitu mencari agen pemasaran untuk mempromosi, menjual dan mendapat komisen hasil daripada jualan.
- Agen jualan atau agen dropship boleh memilih sama ada menyertai program drospship berbayar atau percuma.
- Bagi pihak agen dropship dikenali juga sebagai rakan niaga, hanya akan mempromosi produk yang dibekalkan pembekal. Apabila ada jualan, agen hanya membuat bayaran teurs kepada pembekal dan memberi maklumat pelanggan.
- Pembekal akan menerima bayaran dan membuat penghantaran produk dan memaklumkan semula kepada agen dropship tentang status penghantaran.
- Agen dropship adalah pengantara antara pelanggan dan pembekal.
- Manakala pembekal hanya fokus kepada agen dropship, urusan stok produk, menyediakan bahan periklanan dan juga status produk yang dihantar atau juga perkara berbangkit.
- Sebagai agen dropship, usahawan yang masih baru boleh memilih senarai pembekal berdasarkan satu jenis produk. Dan boleh fokus kepada pembekal yang aktif dan memberikan bahagian komisen yang besar.
- Contohnya usahawan sudah membina satu laman jualan berkaitan tudung labuh. Jadi boleh menggunakan kata carian menjejak pembekal tudung labuh yang menyediakan program dropship. Usahawan memperoleh 20 senarai, buat senarai pendek lima pembekal dan mula sertai program tersebut. Sehinggalah mendapat kesesuaian dan keserasian pembekal mana yang paling aktif dan mula berurusan.
- Cara ini sangat praktikal tanpa perlu mengeluarkan produk tapi fokus kepada aktiviti pemasaran atas talian. Tak perlu mengeluarkan kos yang besar dan juga tak perlu menguruskan stok.
- Agen dropship hanya perlu fokus kepada mencari senarai produk yang mempunyai nilai komisen yang besar dan juga fokus membina pelanggan berdasarkan fokus produk contoh tudung labuh.
- Sebagai agen dropship, suri boleh membuat matlamat jualan contohnya 5 jualan sehari. Katakanlah 1 tudung mendapat keuntungan bersih RM20, maka matlamat jualan harian adalah 5 helai jadi akan mendapat RM100 pendapatan bersih.
- Fokus sasaran jualan ini sangat penting untuk mendapat ukuran yang jelas dengan aktiviti kerja harian iaitu mempromosi, memasarkan dan berjaya mencapai matlamat jualan.
- Matlamat seterusnya sehinggalah mampu mengambil stok bagi tudung labuh yang mempunyai rekod 'jualan laris' dan mampu mengambil stok.
- Apabila dah pandai mengumpul modal dan mempunyai stok sendiri, fasa seterusnya boleh pula membina pasukan jualan atau menawarkan program dropship pula.
Semoga ianya bermanfaat pada kita semua..
*Sumber daripada : Penulis buku 'Jana RM Dari Rumah'
Saya tengah plan nak buat dropship produk yang saya makan buat review aritu..macam best pulak :D
ReplyDeleteDulu Rabia pernah jadi dropship by demifa Dan shaklee
ReplyDeleteGood sharing kak shikin 😍
ReplyDeleteGood sharing dan menarik buat mereka yang nak buat.
ReplyDeleteBagus perkongsian Shikin nie..
ReplyDeleteGreat blog. All posts have something to learn. Your work is very good and i appreciate you and hopping for some more informative posts..buy drop shipping business
ReplyDelete