Tanda-tanda Katarak

Thursday, February 21, 2019

Tanda-tanda Katarak

Assalamualaikum wbt..
Katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut berbanding lensa mata sihat yang jernih. Lensa mata yang keruh akan mengganggu laluan kemasukan cahaya untuk sampai ke retina seterusnya mengakibatkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang atau silau. Katarak nie selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa. Katarak nie berlaku adalah disebabkan penuaan, penggunaan ubat-ubatan kortikosteroid secara berpanjangan, diabetes, trauma akibat kemalangan, miopia iaitu rabun jauh yang tinggi, dan disebabkan penyakit mata lain. Jika seseorang mengalami tanda seperti berikut, berkemungkinan mereka mengalami katarak ;


  • Objek di hadapan kelihatan kabur, warna terang nampak seperti pudar, penglihatan ada waktu malam turut terjejas ;
  • Silau atau gambaran lingkaran cahaya (halo) di sekeliling cahaya terang ;
  • Mata sensitif terhadap cahaya terlalu terang ;
  • Cermin mata yang dipakai tak lagi memberi kesan yang diinginkan ;
  • Penglihatan berganda pada sebelah malam ;
  • Kesukaran melakukan rutin harian berikutan dengan penglihatan kabur walaupun memakai cermin mata ;

Pesakit mata akan didiaognis dengan menilai sejarah perubatan, tanda-tanda sakit , melakukan pemeriksaan mata dan seterusnya akan menjalan beberapa ujian seperti ujian ketajaman penglihatan (visual acuity) yang menggunakan carta mata atau alat melihat, pemeriksaan lampu celah (slit lamp) membenarkan doktor mata melihat struktur bahagian hadapan mata iaitu kornea, iris, lesa dan ruang antara iris dan kornea di bawah alat pembesaran bagi mengesan sebarang keabnormalan, Pemeriksaan retina di mana doktor mata meletakkan titisan air ke dalam mata bagi membuka keluasan atau mengembangkan pupil (bukaan kecil buat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke retina) bagi memeriksa bahagian belakang mata (retina). Dengan menggunakan lampu celah atau alat khas iaitu opthalmoscope, doktor mata boleh memeriksa kanta mata bagi melihat tanda-tanda katarak. 

Rawatan paling berkesan untuk menyembuhkan katarak adalah  melalui pembedahan katarak. Prosedur ini adalah selamat untuk dilakukan dan jarang berlaku kesan sampingan. Salah satu inovasi terkini dalam pembedahan katarak adalah prosedur tanpa pisau (non blade) yang dikenali sebagai Pembedahan Femtosecond Laser Catarac (FLACS). Ini adalah prosedur yang semakin berkembang dan langkah seterusnya dalam pembedahan katarak , menawarkan keselamatan lebih baik buat pesakit.  Ia turut memberikan keputusan yang dipercayai. Jika pesakit katarak tak menjalani pembedahan, risiko akan dihadapi adalah seperti katarak menjadi terlalu matang, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi selepas pembedahan, dekompensasi atau gagal fungi kornea, berkemungkinan akan membawa penyakit galucoma atau penyakit mata lain dan kebutaan.

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



4 comments

  1. Bagi yang mengalami masalah katarak..harus segera mendapatkan rawatan..sebelum ianya merosakkan saraf mata.Kak PC tau pun sebab adik sepupu yang baritahu.

    ReplyDelete
  2. Kena amik tau semua tanda2 ni. Rawatan awal InsyaAllah boleh selamatkan mata kita.

    ReplyDelete
  3. Rawatan awal lebih baik dari keadaan bertambah buruk.

    ReplyDelete
  4. Arwah ibu Sha pernah jadi Katarak nie.. buat rawatan leser.. Sakit katanya.. berair je mata..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧