Assalamualaikum wbt..
Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, pesanan orang tua-tua untuk kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama sekali bila tengah marah.. Antara petanda kita sedang marah adalah kadar degupan jantung meningkat, wajah terasa panas dan rahang menjadi tegang.. Bila dah marah, macam-macam cara yang kita sendiri tak sedar akan lakukan seperti memukul meja, menendang pintu dan dengan teknologi terkini adalah menghantar icon angry dalam media sosial dengan cara menyindir bahkan boleh menyebabkan ketegangan sesama rakan. Kali nie saya nak berkongsi dengan awak camne nak kawal emosi marah tue supaya ketegangan antara manusia dapat dileraikan..
- Antara cara mengelola kemarahan kita adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul iaitu ketika kita berasa marah, jangan dituruti kata hati atau bersifat defensif terhadap pemicu kemarahan ;
- Islam juga menekankan supaya kita mengambil wuduk dan bersolat untuk meredakan kemarahan ;
- Cubalah untuk berdiam diri dan menarik nafas secara perlahan-lahan kerana dengan cara ini akan menenangkan diri kita dan fikiran kita selain masalah tersebut dapat kita fikirkan penyelesaiannya ;
- Dengan bertanya kepada diri sendiri mengenai apa yang berlaku juga merupakan cara terbaik untuk menangani marah iaitu kita mungkin menyedari di mana silapnya dengan apa yang telah berlaku, selain menyedarkan diri kita ;
- Selain itu, cuba untuk membayangkan tempat-tempat yang cukup indah dan tenang kerana dengan cara ini akan memberikan suatu terapi yang cukup menenangkan ;
- Bayangkan jika kita yang berada di posisi yang telah membuatkan kita marah, yang mana dengan cara ini, kita mungkin tak terlalu marah dan melupakan saja apa yang telah berlaku ;
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita..
thank for sharing this tip
ReplyDeletegood tips shikin.. tq join GA mama
ReplyDeletekalau tengah marah memang bayangkan tengah belasah orang tu je sampai tenang.
ReplyDeleteKalo marah, apapun tabueh jln.. huhu
ReplyDeleteni CT perlu kawal ni hehe kuat benar marah. tapi makin berusia ni makin pandai la control hehe.. tak elok untuk diri sndiri juga marah2 ni..
ReplyDeleteSelagi boleh sabar.. akan tetap bersabar tapi adakala terlepas juga..
ReplyDeletesusah nak sabar ni..tpi boleh cuba
ReplyDeletekadang2 bila marah..rasa nak hambur je semua tanpa berfikir atau bertenang..sush gk
ReplyDelete