10 asas untuk hias apartmen kecil

Monday, April 22, 2019



Assalamualaikum wbt..
Bila kita membeli apartmen dengan keluasan yang terhad, kena ada usaha yang berterusan untuk menjadikan suasana apartmen lebih teratur, kemas dan sedap dipandang. Dengan hiasan dalaman dan susunan perabot yang betul, pasti ruang rumah kita akan menjadi cantik.. Saya nak berkongsi dengan awak tips 10 asas untuk hias apartmen.. 

1) Jadikan balkoni sebagai ruang tamu kedua. Jangan mensia-siakan ruang ini kerana ia sangat berharga. Tak perlu kerusi meja, hamparkan saja tikar atau ambal dan kusyen yang selesa.

2) Elakkan membeli aksesori kecil yang banyak. Pilih material yang besar tapi dalam kuantiti minimun. Jadi segala perkakas ini akan nampak jelas dilihat dan menguatkan lagi konsep tata hias kita.

3) Selain daripada warna harmoni, awak boleh mencuba beberapa warna lain dalam kelompok yang sama agar ruang tak nampak seperti membosankan dan kecil. Kejutan warna-warna seperti ini dapat merangsang semangat kita. 

4) Pastikan ada sofa dua tempat duduk, sofa satu tempat duduk dan bangku panjang  sebagai set perabot ruang tamu kita. Jangan takut membuat suai padan antara tiga perabot ini. Elakkan juga memilih penyandar kerusi yang agak tinggi dan diletakkan di tengah ruang. Ia menghalang pandangan dan menjadikan sesebuah ruang nampak terhad.

5) Meja kaca atau kerusi telus pandang  boleh digunakan agar ruang yang kecil dapat dilihat secara keseluruhannya.

6) Selain daripada pemidang, fabrik juga membantu untuk membahagikan ruang mengikut aktiviti. Ia murah, ringan serta nampak tak sesak.

7) Elakkan memilih langsir yang mempunyai swag dan rekaan berlebihan. Ruang kecil perlu nampak ringkas dan jendela perlu membenarkan cahaya masuk secukupnya ke dalam apartmen. Pilih saja rekaan fabrik telus pandang atau polos  dan jika mahu memilih tema klasik, pilih saja langsir berpelmet ringkas, itu dah memadai.

8) Elakkan memilih konsep klasik rococo yang mempamerkan corak berlebihan, perabot dempak dan berwarna gelap. Ini hanya menjadikan ruang apartmen nampak lucu kerana konsep sebegini hanya sesuai untuk kediaman agam dan banglo besar.

9) Jika mahukan aksesori yang banyak, pilih aksesori dinding yang boleh digantung dan menjadikan ruang apartmen tampil nampak unik dan mempunyai karakter.

10) Jika menetap di apartmen studio, cuba dapatkan perabot dwi fungsi seperti contoh sofa bed yang sangat praktikal untuk berkongsi ruang untuk dua aktiviti. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



3 comments

  1. Tips yang sangat bermanfaat. Memang semua benda nak letak dalam rumah, pastu makin nampak kecik plak rumah tu kan kalau tak susun dengan betul.

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus ni.. Hidup minimalis.

    ReplyDelete
  3. menarik ni boleh dijadikan panduan

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧