Assalamualaikum wbt...
Minggu nie jom kita kenal dengan sahabat blogger saya kali nie..
Blog Etuza... Salah sorang lagi blogger lelaki yang menjadi rakan blogger saya.. Merupakan seorang guru, sama macam Abam Kie dan dalam masa yang sama beliau menjadi blogger separuh masa..
Sebenarnya saya dah lupa bagaimana persahabatan dunia blog kami terjali tapi apa yang pasti, encik Etuza nie memang dah lama menjadi rakan blogger saya dan blog dia pun memang dalam berada dalam bloglist saya.. Apa yang menarik dalam blog Etuza nie adalah sebagaimana guru yang memberi ilmu kepada anak muridnya untuk menjadi anak nusa yang berjaya dan berjasa pada negara, macam tuelah dalam blognya, penuh dengan informasi yang begitu bermanfaat.. Walaupun sekarang nie encik Etuza jarang mengemaskini blognya, mungkin kerjaya sebagai guru amat mencabar dan tak mengizinkan dia untuk mengemaskini blog setiap hari, tapi dia akan memastikan blognya terus hidup dalam memberi ilmu kepada semua orang yang singgah ke blognya..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumahtangga ;
Doa Menjauhkan Terhindar Dari Angin Ahmar Dan Penyakit Kronik ;
Adab Menumpang Di Homestay ;
Ping Test (Cara Mengetahui Kelajuan Line Internet Anda) ;
dan banyak lagi entri yang menarik..

Jom kita singgah dan jengah ke blog Etuza dan salam perkenalan pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Maaf kerana saya tak dapat nak update jurnal nie seperti kebiasaan tapi Insha Allah saya akan cuba untuk kekalkan momentum penulisan ini..
Apapun TAHNIAH saya ucapkan kepada 10 orang sahabat yang yang selalu tinggalkan nota dalam jurnal saya dan mereka adalah ..
Saya nak ucapkan SELAMAT KEMBALI kepada Cik Ash, Farhana Jafri, Nurulatika Yunus dan Mamapp kerana telah kembali semula ke carta bulanan saya.. Pada bulan nie, ada 3 orang yang bertuah untuk menerima saguhati daripada saya dan mereka adalah...
TAHNIAH kepada yang tersenarai.. mohon untuk yang tersenarai tue whatsapp kepada saya (019-9884032) dan bagi details seperti nama, alamat dan no telefon untuk urusan penghantaran hadiah... Dan seperti biasa, 10 orang Top Commentator nie akan duduk dalam carta bloglist saya sehingga 30 September 2019..
TAHNIAH SEKALI LAGI!!
Assalamualaikum wbt,
Okey, minggu nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal..
Blog Mrs Wawa Ashihara... Berasal daripada Johor Bahru dan berumur dalam lingkungan 20-an, merupakan blogger sepenuh masa dan freelance makeup..
Sama macam dengan yang lain, persahabatan kami bermula dengan penyertaan segmen dan giveaway.. Sesuai dengan kerjaya dia sebagai freelance makeup, blog Wawa penuh dengan warna warni dengan pelbagai tips kecantikan dan review.. Lagi satu, saya suka sangat tengok header blog Wawa, memang sesuai sangat dirinya.. Hihihi
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Mee Bandung Muar Original Sedap Di Mee Bandung Fuad (Kamisah) Parit Bulat Muar ;
Doa Barang Hilang Supaya Ditemui Semula ;
Tips To Become A Good Landlord ;
Servis Photographer, Design & Printing Murah Di Johor ;
dan pelbagai lagi entri yang menarik..

Jom kita singgah dan jengah ke blog Mrs Wawa Ashihara dan salam perkenalan pada semua...
Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal...
Blog Azi Rahman... Nama blogger ini adalah Nor Azilah Rahman tapi dalam dunia blog dia lebih dikenali sebagai Azi Rahman.. Kak Azi nie berasal dan menetap di Pulau Pinang dan dia merupakan seorang blogger separuh masa...
Sebetulnya saya dah lupa bila kami mula menjadi sahabat blogger tapi apa yang pasti kami kenal melalui segmen dan giveaway.. Walaupun kak Azi sibuk dengan kerjaya tetap, tapi dia selalu pastikan blognya sentiasa aktif.. Hampir setiap hari dia akan mengemaskini blog dia dengan pelbagai kisah samada kisah peribadi, resipi ataupun review...
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah : -
Tanda-Tanda Depresi Yang Anda Tidak Sedari ;
Tak Rugi Berbudi Pada Tanah ;
10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh ;
Sarapan Roti Bakar Telur Sardin Cheezy ;
dan banyak lagi entri yang menarik...

Jom kita singgah dan jengah ke blog Azi Rahman dan salam kenal pada semua..
Assalamualaikum wbt..
Lama betul rasanya saya tak bertaip cerita dalam jurnal nie.. Kalau ikutkan banyak jugak saya nak berkongsi cerita dengan awak, tapi ada banyak faktor yang menyebabkan jurnal nie terbengkalai..
Sebab yang paling tinggi kenapa saya menghilang sekejap adalah semangat untuk menaip telah hilang, dek kerana masalah peribadi menimpa saya.. Yes, again the deppression was coming into my life again.. Bila duduk temenung sorang-sorang, airmata mula mengalir tanpa disedari, kerana ada sesuatu dalam hati nie menjadi gundah gulana.. Orang kata, masalah yang menimpa akan mematangkan kita..
Semoga ianya akan berlalu, Insha Allah dan saya akan cuba untuk bersemangat kembali.. Terima kasih pada awak kerana bertanyakan tentang keadaan diri saya.. Insha Allah saya akan okey..
Assalamualaikum wbt,
Jom join GA daripada rakan saya yang baru nie..
Hanya klik pada banner dan ikutilah syarat-syaratnya..
Best of luck...
Jom join GA daripada rakan saya yang baru nie..
Hanya klik pada banner dan ikutilah syarat-syaratnya..
Best of luck...
Assalamualaikum wbt..
Bulan nie siapa yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat blogger saya...
Blog Eyqa Hasnan... Berasal daripada Dungun, merupakan seorang graduan dalam bidang Information Communication And Technology, berumur dalam lingkungan 20-an dan merupakan seorang ahli Blogger Kelab Ben Ashaari..
Rasanya saya dengan Eyqa nie dah lama menjadi rakan blogger tapi tak ingat tahun, hihi maklumlah dah tua-tua nie mana nak ingat sangat tapi apa yang pasti, persahabatan ini terjalin dengan penyertaan kami dalam segmen dan giveaway anjuran rakan-rakan blogger.. Walaupun Eyqa jarang update blog dia tapi dia akan pastikan setiap bulan sekurang-kurangnya 1 entri akan di publish..
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-
Parut Jerawat Makin Pudar Dengan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil ;
Miscellaneous Costs To Factor In When Buying A House In Year 2019 ;
Empat Cara Menjemput Jodoh ;
Resipi Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk ;
dan pelbagai lagi entri yang menarik..

Jom kita singgah dan jengah ke blog Eyqa Hasnan dan salam perkenalan pada semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons