Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal...
Blog Azi Rahman... Nama blogger ini adalah Nor Azilah Rahman tapi dalam dunia blog dia lebih dikenali sebagai Azi Rahman.. Kak Azi nie berasal dan menetap di Pulau Pinang dan dia merupakan seorang blogger separuh masa...
Sebetulnya saya dah lupa bila kami mula menjadi sahabat blogger tapi apa yang pasti kami kenal melalui segmen dan giveaway.. Walaupun kak Azi sibuk dengan kerjaya tetap, tapi dia selalu pastikan blognya sentiasa aktif.. Hampir setiap hari dia akan mengemaskini blog dia dengan pelbagai kisah samada kisah peribadi, resipi ataupun review...
Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah : -
Tanda-Tanda Depresi Yang Anda Tidak Sedari ;
Tak Rugi Berbudi Pada Tanah ;
10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh ;
Sarapan Roti Bakar Telur Sardin Cheezy ;
dan banyak lagi entri yang menarik...
Kepada Kak Azi, terima kasih kerana menjadi rakan blogger saya, walaupun kita jarang drop down komen.. hihi apapun saya memang menjadi silent reader akak sebabnya blog akak memang ada dalam bloglist saya.. Saya doakan agar akak sekeluarga dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT dan apa yang akak doakan Insha Allah akan dimakbulkan.. Saya doakan agar akak akan terus sukses dalam apa jua bidang yang akak ceburi dan dalam dalam dunia blogging.. Teruskan usaha akak untuk terus memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca akak, Insha Allah mudah-mudahan ianya akan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya..
Jom kita singgah dan jengah ke blog Azi Rahman dan salam kenal pada semua..
Tahniah Azi
ReplyDeleteNanti Rabia terjah blog beliau
ReplyDelete