Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Bonda Zahra

Tuesday, October 08, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie jom kita kenal dengan rakan saya yang seterusnya...

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Bonda Zahra

Blog Bonda Zahra... Nama di sebalik nama blog ini adalah Syuhaina Atikah, mempunyai seorang cahayamata dan menetap di Taiping, seorang wanita yang berkerjaya tapi dalam masa yang sama menjadi blogger separuh masa..

Sama seperti rakan yang lain, kami saling kenal dalam dunia blog ini melalui segmen dan giveaway anjuran rakan-rakan.. Dalam blog Syuhaina nie, banyak diceritakan mengenai kisah kehidupan dia, tapi ada jugak dia buat pelbagai review dan berkongsi resipi.. Apa yang menariknya adalah setiap resipi yang dia ceritakan, dia mesti akan menambah nama anak dia Zahra.. Walaupun kini dia jarang untuk mengemaskini entri blog dia disebabkan jadual kerja yang padat, tapi dia akan pastikan blog nya itu hidup.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Puding Kentang
Petua Demam Campak ;
Melawat TeddyVille Museum Penang
Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa ;

dan banyak lagi kisah yang menarik dalam blog beliau..


Kepada Syuhaina, terima kasih saya ucapkan kerana awak masih lagi menjadi rakan blogger saya.. Walaupun saya jarang nak drop down komen dalam blog awak tapi saya memang jadi silent reader pada blog awak.. Ini kerana blog awak memang ada dalam bloglist saya.. Saya doakan agar awak sekeluarga diberkati Allah SWT dan semoga awak berjaya di dunia dan di akhirat.. Semoga apa yang awak doakan Insha Allah akan dimakbulkan...




Jom kita singgah dan jengah ke blog Bonda Zahra dan salam perkenalan pada semua... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧