Selesai sudah program yang pertama

Wednesday, March 19, 2025


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya selesai untuk program anjuran perpustakaan... Oh ya, awak masih ingat pada cerita saya yang nie..?


Program ini telah dijalankan dengan begitu lancar pada 26hb sehingga 27hb Februari 2025.. Tujuan program ini adalah  merupakan satu inisiatif yang menggalakkan budaya membaca di kalangan kakitangan jabatan. Melalui program ini, kakitangan diberi peluang untuk meminjam buku-buku yang dibawa oleh kami dari meja ke meja, sekali gus memberi peluang untuk berkongsi ilmu dan memperluaskan bahan bacaan di tempat kerja. 

Dengan cara ini, para kakitangan bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah, malah dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.

Program ini kami buat dekat bangunan utama Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, bermula daripada aras 6, iaitu di Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat. Kami meluangkan masa di satu-satu bahagian dalam masa 30 minit setiap sesi.. 

Selesai dengan sesi Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, kami telah turun ke aras 5 yang menempatkan Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Ketua Pengarah, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Selesai sesi tue, kami turun pula pada aras 4 yang menempatkan Bahagian Latihan dan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, kemudian turun ke aras 3 yang menempatkan Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan Dan Logistik serta Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan.  Akhir sekali untuk sesi pagi, kami turun ke aras 2 yang menempatkan Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan serta Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan. 




Kami teruskan program nie pada sesi petang iaitu pada jam 2.30 petang di aras 1 yang menempatkan Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Cawangan Pengurusan Kewangan, Bahagian Pengurusan.

Pada hari esoknya iaitu pada 27hb, kami membuat sesi perkhidmatan nie di lokasi Engine Bay, Balai Bomba Dan Penyelamat Presint 7, WP Putrajaya. Di bangunan itu, kami cuma membuat laungan saja di bahagian-bahagian di sana kerana dekat situ takde lif, jadi agak sukar untuk kami menolak troli buku.. Oh ya, dekat bangunan balai tue, mereka berkongsi tempat dengan Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya serta Bahagian Udara..


Alhamdulillah, ramai juga staf baru yang menjadi ahli serta meminjam buku yang kami bawak.. Buku-buku yang kami bawak adalah genre buku berkaitan masakan, keagamaan dan novel.. 

Ok kan.. Lega rasanya bila dah habis program... 

#PerkhidmatanMejaKeMeja #BacaBersamaBomba #IlmuUntukSemua #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia #MembacaMembinaMinda #PusatSumberBomba #BudayaMembaca #PerpustakaanNegaraMalaysia #KakitanganBomba #BacaUntukKecekapanecekapan #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

3 comments

  1. Bestnya... buku dtg sendiri, nak tak nak je nk membacanya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...satu inisiatif yang bagus..kadang2 ada je staff yang tak tahu ada library...

    ReplyDelete
  3. Baguuuus program begini ❤️❤️❤️❤️ jemput bola konsepnya ya kak. Seandainya di kantor dulu ada kegiatan membaca begini, saya pasti semangat nak pinjam. Membaca buat saya memang rutinitas harian. Jadi selalu saya lakukan tiap hari membaca 3jam per hari.

    Semoga dengan aktifitas ini, bisa membangkitkan minat membaca di kalangan staff dan menaikkan level literasi kita

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧