Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kenyang rasanya pekena McDonald dengan sahabatku yang juga merupakan bos tempat keja aku...memang best makan McDonald pada setiap hari Jumaat...ramai yang bertanya, tak muak ke makan McDonald pada tiap-tiap minggu?Aku tak tahu lah pandangan orang lain, tapi bagi aku selagi tekak ini tak muak selagi itulah aku akan makan.....Dan hari ini ada berita yang menggembirakan aku, ummie dan adik-adik mengesahkan yang mereka akan datang ke Sepang pada minggu depan...waaaaa seronoknya,dapat berkumpul dengan adik beradik dan ummie tapi cuma Naim aje yang tak datang...Kata ummie, Naim tak dapat cuti so tak dapatlah dia datang...Ummie kata dia nak bawak mak sekali,okey jugak tue...Mak yang aku maksudkan nie adalah nenek sedara aku yang aku bahasakan dirinya mak sebab aku dijaga oleh beliau daripada baby lagi... waahhhh tak sabar rasanya nak bertemu dengan mereka.....
Kalau makanan kegemaran tiada muka. Lagipun sekarang McD selalu keluar menu baru jadi seronok hendak cuba.
ReplyDeleteNenek yang jaga Shikin rupanya.