Keputusan darah aku amat melegakan perasaan aku dan hubby.....Apapun doktor berkata pada kami untuk jangka masa 3 bulan ini,aku akan dibekalkan ubat acid folic dan ubat kesuburan iaitu "clomiphene"....Kemudian sekiranya aku masih tidak mengandung dalam jangka masa itu,rawatan IUI akan dijalankan.....Untuk sementara aku akan makan ubat yang disyorkan oleh doktor dan aku perlu turunkan berat badan sebanyak 4 kilogram... Insya Allah aku akan cuba buat apa yang disyorkan oleh doktor....Cuaca hari ini sungguh baik segala dan mungkin ramalan cuaca benar, mungkin juga ramalan cuaca akan menjadi salah.....hari ini juga aku sepatutnya pergi ke kursus "Basic Communication In Japanese" di INTAN Bukit Kiara tetapi memandangkan aku ada appointment dengan doktor pada hari ini, aku terpaksa menangguhkan kursus ini ke bulan depan....Bulan Julai ini aku bercadang dengan hubby aku untuk pergi bercuti ke Cameron Highland....Betapa seronoknya kami tetapi ianya akan lebih menyeronokkan sekiranya kami ditemani oleh anak-anak yang comel....Tetapi aku redha dan tidak akan berputus asa untuk mendapatkan zuriat kerana aku YAKIN dengan pertolongan dari Allah....Dan aku tawakkal dengan ujian yang Allah berikan pada aku.....
Hargai masa berdua. Nanti tiada kesempatan apabila sudah ada anak.
ReplyDeleteSemoga Shikin akan dikurniakan anak suatu hari nanti. Insya Allah.
moga dikurniakan ank yg soleh dan solehah
ReplyDelete