Al-Hamdulillah... kenyang rasa perut aku ini...terima kasih Ya Allah kerana Kau memberikan aku peluang untuk bernafas di bumi Mu ini....Hari ini macam biasa aku akan ke Alamanda tetapi tujuan aku berlainan daripada biasa...ini adalah kerana aku pergi ke kedai buku MPH untuk mencari buku sekiranya menarik minat aku...Aku mencari dan terus mencari...Akhirnya aku terjumpa 3 buah buku yang menarik minat aku....2 daripada buku itu adalah novel thriller dan satu lagi adalah buku agama....Pada mulanya aku pergi dengan sahabat aku iaitu kakak Aleya yang cuma mahu tumpang kereta sahaja kerana dia mahu berjumpa dengan hubby dia...Sampai di Alamanda, kami terus berpisah dan aku meneruskan niat untuk mencari buku....Yang sebenarnya aku ingin mencari komik Sailormoon tetapi aku menjangka komik itu tiada di situ....Sudah puas aku melayari internet untuk mencari kedai buku yang menjual komik tersebut kerana aku sudah memikirkan untuk mengumpul semula komik komik kesukaan aku....Walau macam mana pun, aku akan tetap mencari biar sampai letih mata aku....Hari mulai mendung dan kedengaran bunyi guruh berlaku di Putrajaya dan di rumah....Sejak beberapa hari ini, hujan mulai turun pada setiap waktu petang.... Mungkin angin monsun dari Filipina masih berlaku lagi di sana... Tapi nasib baik hujan tidak turun pada waktu pagi kerana pada waktu itu aku membasuh baju.... Hurmm aku ingat mahu ke pasar pagi pada hari Ahad ini kerana mahu memberi ubi kentang.....Semalam aku beli ubi kentang di kedai mini harganya terlalu mahal sampai terkejut aku dibuatnya....Bayangkan harga ubi kentang kalau di pasar pagi RM1.80/kg jauh lebih murah dari kedai mini yang harga RM3.00/kg.... Terkesima aku sekejap tapi hanya sekali itu sahaja aku akan beli di kedai itu...... Oh ya! Ini adalah muka depan buku-buku yang aku beli tadi....
Jumpa juga Shikin buku Yakjuj dan Makjuj.
ReplyDeleteSaya masih belum berkesempatan untuk baca novel Ramlee Awang Murshid. Tidak tergerak lagi.
seronoknya pergi kedai buku..lama sudah tk pergii
ReplyDelete