Diari harian

Wednesday, May 25, 2011


Assalamualaikum,
Hurmmm...Semalam adalah merupakan hari gaji dan aku telah menyempurnakan tugas aku untuk membayar semua bil-bil yang telah dibahagi-bahagikan antara aku dan suami...Manakala suami aku pula ditugaskan untuk membayar bil elektrik, bil air, membeli keperluan dapur dan sebagainya bagi keperluan hidup kami berdua...Tadi, sedang aku membelek majalah,aku terpandang sebuah iklan untuk menguruskan berat badan tanpa perlu berdiet melampau....Jadi aku pun mengambil keputusan untuk melayari laman web tentang produk tersebut... Nama produk itu adalah Litchin dan dutanya adalah penyanyi Aisyah, kemudian baru aku teringat yang aku pernah melihat Aisyah di televisyen mengenai produk yang dia promosikan dan ianya ternyata berkesan...Lantas aku pun mencari stokis yang berhampiran dengan tempat tinggal aku tetapi malang sekali aku tidak jumpa tetapi aku terjumpa stokis yang berdekatan dengan tempat kerja aku... Aku pun capai telefon dan mula sms dengan stokis terbabit...Nama stokis itu adalah kakak Rohani yang tinggal di Presint 8, Putrajaya....Hurmm agak dekat sahaja dengan tempat kerja aku sekarang ini dan kakak Rohani akan datang untuk membawa produk itu kepada aku dan aku berasa amat teruja sekali... Sekurang-kurangnya aku dapat menurunkan berat badan aku selain dari bersenam a.k.a. menari...Hampir setiap malam aku akan menari mengikut rentak yang telah ditetapkan, macam senamrobik juga tetapi aku lebih suka kepada jenis tarian dan ternyata ianya sesuai untuk aku... manakala suami aku pula hanya sesuai membuat senaman pernafasan sahaja dan bukan pada tarian kerana perut suami aku cepat kejang sekiranya dia menari.. Mungkin sebab aku selalu menari pada masa dulu membuatkan aku tidak berasa penat jika dibandingkan dengan suami aku yang tidak pernah menari walau sekalipun dalam hidup dia....

Ini adalah Produk Litchin...

2 comments

  1. saya pon suka menari.,senamaerobik..tu lgi seronok

    ReplyDelete
  2. Senamrobik tidak rasa macam kita bersenam.
    Kalau saya suka jalan keliling atau hiking.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧