Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Madrasah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa di Hulu Selangor... Seramai 16 orang telah meninggal dunia dan 9 yang lain terselamat dalam kejadian yang telah menimpa mereka.. Aku dan suami telah menonton dalam televisyen baru-baru ini dan kami sama-sama mengalirkan airmata kerana melihat jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang lahad dan suasana pilu dapat dirasakan walaupun kejadian itu telah seminggu berlalu... Aku tidak terkejut dengan kejadian itu kerana tidak silap aku pada 2 tahun lepas, di tempat yang sama ada kejadian tanah runtuh telah berlaku di situ dan melibatkan 3 atau 4 buah rumah banglo musnah sama sekali.....Aku tidak ingat sama ada mereka yang tinggal di situ meninggal dunia atau tidak, tapi yang pasti kejadian itu berlaku di tempat yang sama iaitu di Hulu Selangor... Mungkin manusia sekarang begitu rakus untuk mengaut keuntungan besar dari hasil hutan dan bila alam semulajadi bangkit untuk menggambarkan perasaan marah, ramai antara kita yang menjadi korban... Kita perlu jadikan iktibar dari semua kejadian alam dan jangan sewenang-wenangnya kita mencemarkan alam tanpa kawalan....

In:
Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
innalillah hi wainna ilahi hi rojiun....kesiannya..takut bila jadi begini
ReplyDeleteSemoga mereka ditempatkan di kalangam orang beriman.
ReplyDelete