Diari harian

Wednesday, June 01, 2011


Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Mei dan esok adalah hari permulaan bagi bulan Jun... Aku masih ada hutang 2 hari lagi untuk puasa ganti dan aku fikir hari Jumaat ini aku hendak puasa ganti kerana aku dapat tahu dari kalendar hari Jumaat ini dan 1 Rejab dan ianya amat bagus sekali untuk puasa... Banyak pahala kita dapat sekiranya kita dapat puasa 1 Rejab ini....Lepas Rejab, Syaaban akan menyusul dan kemudian Ramadhan...Wahhh... Sudah tidak berapa lama lagi hendak puasa.... Aku berasa amat seronok sangat pada tahun ini...Manakan tidaknya, tahun ini adalah tahun kedua aku beraya di rumah baru... hehehehe aku berasa seronok sangat tetapi aku akan lebih seronok lagi kalau ada anak-anak...Insya Allah, aku yakin yang Allah akan makbulkan doa aku dan suami... Kami akan sama-sama berusaha demi mendapatkan anak...

2 comments

  1. moga dikurniakan anak yang soleh solehah..aminn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada rumah sendiri. Tidak perlu fikir lagi. Rumah pun strategic dekat Putrajaya

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧