Assalamualaikum,
Hari ini Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan satu majlis penyerahan Pingat Jasa Bomba kepada semua kakitangan bomba samada uniform atau sokongan... Majlis ini agak meriah dengan kehadiran stesen televisyen RTM dan mungkin akan disiarkan pada waktu malam nanti... Hari ini aku bawa laptop ke office kerana aku ingin menyambung kerja-kerja aku yang agak lama aku tinggalkan... Aku sudah bosan untuk membaca buku novel-novel sampai aku muak melihat novel-novel yang terdapat di perpustakaan aku ini... Oh ya !! Bulan Jun ini adalah bulan kelahiran boss aku dan ummie aku.... Hurrm... Aku hendak bagi hadiah apa pada mereka?!! Kalian ada cadangan?!! Aduh... Pening aku memikirkan pasal hadiah ini... Aku dapat tahu yang sahabat aku Ainon akan bertukar ke Sabah, balik kampung... Nampaknya kurang lagi bilangan kakitangan pentadbiran di cawangan pentadbiran aku... Apa hendak buat, itu sudah rezeki dia untuk balik kampung, setidak-tidaknya dia dapat menjaga kedua ibu dan ayah dia di sana tanpa risau.... kalau dia tinggal di sini, susah juga untuk balik ke sana, hendak fikir tiket penerbangan lagi, tambang bot lagi, tambang itu, tambang ini, belanja itu, belanja ini.... Hmm...
Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Madrasah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa di Hulu Selangor... Seramai 16 orang telah meninggal dunia dan 9 yang lain terselamat dalam kejadian yang telah menimpa mereka.. Aku dan suami telah menonton dalam televisyen baru-baru ini dan kami sama-sama mengalirkan airmata kerana melihat jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang lahad dan suasana pilu dapat dirasakan walaupun kejadian itu telah seminggu berlalu... Aku tidak terkejut dengan kejadian itu kerana tidak silap aku pada 2 tahun lepas, di tempat yang sama ada kejadian tanah runtuh telah berlaku di situ dan melibatkan 3 atau 4 buah rumah banglo musnah sama sekali.....Aku tidak ingat sama ada mereka yang tinggal di situ meninggal dunia atau tidak, tapi yang pasti kejadian itu berlaku di tempat yang sama iaitu di Hulu Selangor... Mungkin manusia sekarang begitu rakus untuk mengaut keuntungan besar dari hasil hutan dan bila alam semulajadi bangkit untuk menggambarkan perasaan marah, ramai antara kita yang menjadi korban... Kita perlu jadikan iktibar dari semua kejadian alam dan jangan sewenang-wenangnya kita mencemarkan alam tanpa kawalan....
Assalamualaikum,
Hurmmm...Semalam adalah merupakan hari gaji dan aku telah menyempurnakan tugas aku untuk membayar semua bil-bil yang telah dibahagi-bahagikan antara aku dan suami...Manakala suami aku pula ditugaskan untuk membayar bil elektrik, bil air, membeli keperluan dapur dan sebagainya bagi keperluan hidup kami berdua...Tadi, sedang aku membelek majalah,aku terpandang sebuah iklan untuk menguruskan berat badan tanpa perlu berdiet melampau....Jadi aku pun mengambil keputusan untuk melayari laman web tentang produk tersebut... Nama produk itu adalah Litchin dan dutanya adalah penyanyi Aisyah, kemudian baru aku teringat yang aku pernah melihat Aisyah di televisyen mengenai produk yang dia promosikan dan ianya ternyata berkesan...Lantas aku pun mencari stokis yang berhampiran dengan tempat tinggal aku tetapi malang sekali aku tidak jumpa tetapi aku terjumpa stokis yang berdekatan dengan tempat kerja aku... Aku pun capai telefon dan mula sms dengan stokis terbabit...Nama stokis itu adalah kakak Rohani yang tinggal di Presint 8, Putrajaya....Hurmm agak dekat sahaja dengan tempat kerja aku sekarang ini dan kakak Rohani akan datang untuk membawa produk itu kepada aku dan aku berasa amat teruja sekali... Sekurang-kurangnya aku dapat menurunkan berat badan aku selain dari bersenam a.k.a. menari...Hampir setiap malam aku akan menari mengikut rentak yang telah ditetapkan, macam senamrobik juga tetapi aku lebih suka kepada jenis tarian dan ternyata ianya sesuai untuk aku... manakala suami aku pula hanya sesuai membuat senaman pernafasan sahaja dan bukan pada tarian kerana perut suami aku cepat kejang sekiranya dia menari.. Mungkin sebab aku selalu menari pada masa dulu membuatkan aku tidak berasa penat jika dibandingkan dengan suami aku yang tidak pernah menari walau sekalipun dalam hidup dia....
Ini adalah Produk Litchin... |
Assalamualaikum...
hurmmm...esok gaji akan keluar dan aku sudah mula berkira-kira untuk membayar bil-bil yang biasa aku bayar setiap bulan...Bil astro, bil celcom, bil internet broadband dan bil Indah Water Konsotium.... Tadi aku sempat layari laman web Alaf 21 dan aku tertarik pada beberapa buah buku karya Awang Ramlee Murshid lantas aku membuat pesanan online dan esok aku akan membuat pembayaran melalui internet.... hehehe aku ini sudah menjadi seperti sahabat aku kakak Ayu kerana membeli novel tetapi aku lebih berminat pada novel thriller berbanding novel percintaan...Walaupun pada mungkin pandangan orang lain novel thriller memerlukan pemikiran yang mendalam tetapi bila jalan cerita tersebut membuatkan kita terfikir apa yang akan terjadi seterusnya membuatkan kita membuat andaian kita sendiri mengikut imaginasi kita masing-masing...Hari ini juga hari terakhir aku akan menulis blog kerana internet broadband aku sudah slow untuk menulis blog membuatkan aku menjadi malas untuk menulis blog ini...hehehe maafkan aku kawan-kawan sekalian kerana mungkin dua atau tiga hari lagi kita akan berjumpa lagi Insya Allah dan aku akan cuba untuk membuat report pada kamu semua tentang dunia aku...hehehe jumpa lagi...
Kejap sahaja hari ini sudah masuk pertengahan bulan Mei.... hanya tinggal 2 bulan lagi kita akan memasuki fasa bulan Ramadhan iaitu bulan yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia.... Bulan yang paling mulia di sisi Allah,bulan yang mudah mendapat pahala dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah... Dan yang paling seronok adalah tahun ini merupakan giliran aku untuk beraya di Terengganu....Alangkah seronok rasa di hati, dapat beraya bersama-sama keluarga yang tersayang serta suami yang tercinta....Tapi apa yang lebih menggembirakan aku adalah aku dan suami akan bercuti ke Cameron Highlands tidak lama lagi... Alangkah seronok rasa di hati ini, dapat berdua-duaan dengan suami aku di dalam kedinginan bukit Cameron Highlands, dapat memetik buah strawberri dan buah anggur.....Abang, sayang sudah tidak sabar untuk ke sana kerana ini adalah pertama kali sayang ke Cameron Highlands...Alangkah bahagianya sayang di sisi abang.. terima kasih kerana menjaga sayang di sisi abang...
Assalamualaikum,
Hari ini macam biasa aku akan membuat kerja-kerja rumah seperti mana suri rumah yang lain.... Tetapi hari ini cuaca nampak macam tidak begitu baik kerana hari ini agak mendung dan aku berharap agar hujan tidak akan turun sementara baju-baju aku dan hubby sempat kering... Aku fikir hari Isnin ini aku mahu mula semula puasa ganti dan aku berharap agar minggu depan puasa aku akan berganti sepenuhnya....Oh ya!!! Minggu depan ada acara yang gilang gemilang akan berlaku di Putrajaya, iaitu Hari Belia di mana sejuta belia akan berkumpul di sana...Ramai artis terkenal akan datang dan ini termasuk kumpulan popular Korea yang menjadi kegemaran aku iaitu Super Junior M.... Opppsss!! Ini Super Junior M dan bukannya Super Junior... Kalau rakan-rakan mahu tahu, Super Junior memang banyak nama selain mereka berpecah mengikut kumpulan dan paduan suara masing-masing....Contohnya Super Junior yang dianggotai seramai 13 orang (asal) mempunyai paduan suara yang pelbagai dan membawa genre yang pelbagai... Super Junior M pula dianggotai seramai 8 orang dan lebih membawa genre R & B dan pop.... Manakala Super Junior KRY pula dianggotai 3 orang membawa genre R & B...
Al-Hamdulillah... kenyang rasa perut aku ini...terima kasih Ya Allah kerana Kau memberikan aku peluang untuk bernafas di bumi Mu ini....Hari ini macam biasa aku akan ke Alamanda tetapi tujuan aku berlainan daripada biasa...ini adalah kerana aku pergi ke kedai buku MPH untuk mencari buku sekiranya menarik minat aku...Aku mencari dan terus mencari...Akhirnya aku terjumpa 3 buah buku yang menarik minat aku....2 daripada buku itu adalah novel thriller dan satu lagi adalah buku agama....Pada mulanya aku pergi dengan sahabat aku iaitu kakak Aleya yang cuma mahu tumpang kereta sahaja kerana dia mahu berjumpa dengan hubby dia...Sampai di Alamanda, kami terus berpisah dan aku meneruskan niat untuk mencari buku....Yang sebenarnya aku ingin mencari komik Sailormoon tetapi aku menjangka komik itu tiada di situ....Sudah puas aku melayari internet untuk mencari kedai buku yang menjual komik tersebut kerana aku sudah memikirkan untuk mengumpul semula komik komik kesukaan aku....Walau macam mana pun, aku akan tetap mencari biar sampai letih mata aku....Hari mulai mendung dan kedengaran bunyi guruh berlaku di Putrajaya dan di rumah....Sejak beberapa hari ini, hujan mulai turun pada setiap waktu petang.... Mungkin angin monsun dari Filipina masih berlaku lagi di sana... Tapi nasib baik hujan tidak turun pada waktu pagi kerana pada waktu itu aku membasuh baju.... Hurmm aku ingat mahu ke pasar pagi pada hari Ahad ini kerana mahu memberi ubi kentang.....Semalam aku beli ubi kentang di kedai mini harganya terlalu mahal sampai terkejut aku dibuatnya....Bayangkan harga ubi kentang kalau di pasar pagi RM1.80/kg jauh lebih murah dari kedai mini yang harga RM3.00/kg.... Terkesima aku sekejap tapi hanya sekali itu sahaja aku akan beli di kedai itu...... Oh ya! Ini adalah muka depan buku-buku yang aku beli tadi....
Hurmmm...Bila komputer aku ini hendak siap diperbaiki? Letih rasanya menunggu.. Hendak buat kerja katalog buku server masih tidak elok lagi....Hendak susun buku di rak, semuanya sudah tersusun.... Hendak baca surat khabar,aku rasa sudah habis semua surat khabar aku baca... Akhir sekali, aku buat kerja yang membabitkan senarai Malaysia Standard... Itu lagi berfaedah buat aku sementara boss aku tiada di office....Bila aku tiba di rumah, aku terus bergegas ke dapur untuk menyiapkan makanan malam hubby....kasihan aku tengok hubby bila dia balik dari kerja, mesti dia penat.... Hari ini menu masakan aku adalah ikan kembung masak kicap,hubby memang suka makan dengan lauk itu....Aku pula makan ubi kentang rebus disalut dengan mayonis....hmmm sedap....Aku memang sudah biasa buat kentang rebus dengan mayonis,kalau tekak orang lain aku tidak pasti, tapi apa yang pasti aku memang suka dengan kegemaran aku itu.....Esok office aku akan meriah kerana esok adalah Hari Anggota Bomba Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya, anjuran Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya... Banyak acara menarik akan diadakan antaranya pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak, pameran bomba dan sebagainya....Esok juga boss aku akan pulang dari Cameron Highlands.... Tapi mungkin aku tidak sempat menemui boss aku itu dan apa yang pasti aku tidak akan sempat pergi ke Alamanda Putrajaya bersama boss....
Hari ini boss aku pergi ke Cameron Highland kerana menghadiri mesyuarat pengurusan jabatan peringkat negeri...Hmmm so aku keseorangan dan pada hari ini juga office menjadi sunyi sepi seolah-olah tiada sesiapa yang bekerja...Dan pada hari ini juga aku menerima berita buruk mengenai sahabat aku yang telah meninggal dunia semalam akibat kemalangan jalan raya sewaktu beliau hendak pulang ke Putrajaya dari Jerantut....Al-Fatihah untuk beliau....Kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan dan kita perlu sentiasa mengingati Allah SWT...Hurmmm, sunyi betul office ini dan aku terasa masa berjalan begitu lambat sekali..... Penantian ini memang menyakitkan..... Bila komputer aku akan siap dibaiki? sudah lama rasanya aku tidak membuat kerja dan kepenatan kerja tidak lagi aku alami...
Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI WESAK kepada semua rakan-rakan yang beragama Buddha...Hari ini aku mulakan operasi membasuh baju, mengemas rumah dan tanam pokok-pokok bunga....Pagi tadi aku pergi ke kedai nursery untuk membeli pokok bunga....Antaranya pokok lavender... hehehehe entah mengapa aku berminat sekali dengan pokok lavender ini...mungkin kerana warnanya yang menarik perhatian...Dan bila ditanam makin terserlah kecantikan warna lavender....Nanti aku upload gambar taman indah aku....
Assalamualaikum
Aku berasa amat malas hari ini....Office kini sunyi kerana ramai yang bercuti disebabkan esok merupakan cuti umum....Oh ya! Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI WESAK kepada rakan-rakan yang beragama Buddha.....Budaya malas makin menjadi-jadi oleh kerana komputer aku masih rosak dan aku tidak tahu apa mahu dibuat seterusnya.....Hmmm....Sunyi betul rasanya suasana di office ini. rasa macam hendak beraya sahaja......Alamak, aku belum habis lagi ganti puasa, aku akan berpuasa lusa sahaja....Hari ini merupakan Hari Guru,so aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh Malaysia dan khusus buat cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu....Jasa cikgu akan saya kenang sampai akhir hayat saya dan terima kasih cikgu kerana membimbing dan mendidik saya untuk menjadi manusia yang berguna....
Aku minta maaf kerana semalam aku tidak dapat mengemaskini blog aku.... Semalam ibu mertua aku datang ke rumah untuk mengubati sakit anak saudara aku, Ayu....Kami pergi jemput mereka di Ulu Bendul, Kuala Pilah dan aku menjadi driver kereta aku manakala hubby aku pula menjadi driver kereta ayah mertua.....Kami terus pergi ke Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Bangi dan kami terpaksa pulang ke rumah semula kerana terlalu ramai pengunjung.....Bila tiba di rumah, aku terus bergegas untuk basuh baju dan aku berdoa semoga hari ini tidak hujan.....Kami pergi semula ke Bangi pada pukul 3 petang dan bila kami sampai,kebetulan pula nama Ayu dipanggil....Setelah selesai, kami pun bertolak pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang dan kami singgah sebentar ke pasaraya Giant di Nilai kerana mahu beli produk Jus Tok Guru.....Pagi tadi aku sempat pergi ke pasar pagi di Pekan Salak Lama untuk beli barang-barang keperluan harian kami..Ibu mertua aku pun ikut sama dan katanya dia mahu beli bunga orkid....hehehe aku sudah dapat meneka kerana setiap kali mereka datang ke Sepang, ibu mertua pasti mahu beli pokok bunga di sini.....
Oh tidak! Komputer aku sudah rosak....Semalam aku telefon pada technician ICT dan aku memberitahu tentang masalah komputer aku....Lalu dia pun mengambil hardisk yang rosak dan akan membaiki hardisk dengan secepat mungkin.. tetapi sekarang ini adakah komputer aku sudah dibaiki atau belum? Tidak mengapa,aku akan tunggu.....Semalam ummie telefon dan ummie bertanya kenapa aku sudah lama tidak menelefon ummie....Hurmmm, memang aku sudah lama tidak menghubungi ummie,bukan apa, aku terlupa untuk bertanya berita ummie dan adik beradik aku....Kemudian kami bercakap mengenai ummie hendak pencen dalam jangka masa 2 tahun lagi dan kata ummie pada akhir tahun ini ummie mahu datang ke rumah aku....Ini adalah kerana adik perempuan aku,Azie hendak pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian dia di Mesir.....Aku doakan kejayaan adik perempuan aku ini.....Semoga adik perempuan aku ini akan menamatkan pengajian dengan kejayaan cemerlang....
Assalamualaikum,
Aduh....Komputer aku di office rosak pula....Macam mana hendak buat kerja??? Komputer ini pula adalah merupakan server bagi kerja aku untuk perpustakaan....Macam mana hendak buat??? Haa... Telefon unit ICT dan minta mereka cuba membaikinya,kalau tidak, nahas....So mulai pada hari ini dan entah bila hendak siap, aku akan duduk diam-diam sahaja....Buku-buku yang ada di troli pun semuanya sudah aku susunkan.....Apa lagi yang harus aku buat yea.....
Assalamualaikum,
Cuaca hari ini sugguh baik sekali dan aku berasa amat selesa sekali, tapi aku sebenarnya lebih selesa jika cuaca menjadi mendung....Tapi apapun yang berlaku, kehidupan harus diteruskan dan aku berharap agar kehidupan aku dan semua umat Islam di dunia ini akan mendapat keredhaan dan dilindungi Allah SWT.... Aku bangga menjadi warganegara MALAYSIA......Seperti lagu seterusnya....
Ronnie,Ernie,Lim Kok Wing Choir - 1Malaysia
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita Satu Malaysia
Keputusan darah aku amat melegakan perasaan aku dan hubby.....Apapun doktor berkata pada kami untuk jangka masa 3 bulan ini,aku akan dibekalkan ubat acid folic dan ubat kesuburan iaitu "clomiphene"....Kemudian sekiranya aku masih tidak mengandung dalam jangka masa itu,rawatan IUI akan dijalankan.....Untuk sementara aku akan makan ubat yang disyorkan oleh doktor dan aku perlu turunkan berat badan sebanyak 4 kilogram... Insya Allah aku akan cuba buat apa yang disyorkan oleh doktor....Cuaca hari ini sungguh baik segala dan mungkin ramalan cuaca benar, mungkin juga ramalan cuaca akan menjadi salah.....hari ini juga aku sepatutnya pergi ke kursus "Basic Communication In Japanese" di INTAN Bukit Kiara tetapi memandangkan aku ada appointment dengan doktor pada hari ini, aku terpaksa menangguhkan kursus ini ke bulan depan....Bulan Julai ini aku bercadang dengan hubby aku untuk pergi bercuti ke Cameron Highland....Betapa seronoknya kami tetapi ianya akan lebih menyeronokkan sekiranya kami ditemani oleh anak-anak yang comel....Tetapi aku redha dan tidak akan berputus asa untuk mendapatkan zuriat kerana aku YAKIN dengan pertolongan dari Allah....Dan aku tawakkal dengan ujian yang Allah berikan pada aku.....
Assalamualaikum,
Hari Isnin merupakan hari pertama untuk bekerja dan seperti biasa aku akan ke pejabat untuk menjalankan tugas aku sebagai pembantu perpustakaan. Tetapi hari ini aku keseorangan kerana boss aku bercuti kecemasan kerana anak bongsu dia demam.....Sekarang ini musim panas sedang berlangsung dan dijangka mungkin akan berterusan hingga bulan Julai nanti....Bagus juga matahari akan keluar untuk beberapa bulan tetapi kasihan pada pokok-pokok kerana ianya akan layu sekiranya tidak disiram....Esok aku akan ke Hospital Seremban dan berkemungkinan aku akan dapat cuti sakit....Apapun yang akan berlaku, kita tunggu sahaja mengenai keputusan darah yang ambil baru-baru ini....
Masa berlalu dengan begitu pantas sekali dan tidak sesaat pun ianya akan terhenti....Kadang kala aku teringat akan kisah lalu, tetapi hanya sekadar di ingatan sahaja....Dari zaman kecil hingga aku berkahwin,segala kenangan pahit dan manis dapat aku rasai....Aku bersyukur kerana masih bernyawa di bumi Allah ini....Aku bersyukur kerana dapat menyedut udara segar setiap pagi....Aku bersyukur kerana jantung aku masih berdegup seperti biasa....Aku bersyukur di atas segala-galanya....Terima Kasih Ya Allah!! Minggu depan aku akan ke Hospital Seremban untuk membuat medical check-up, Klinik O&G.....Ya Allah, Kau perkenankan doa hamba-Mu yang kerdil ini, permudahkan segala urusan semasa aku berada di hospital....Apapun yang akan berlaku, aku akan redha dengan segala ujian....Amin......Hari ini aku ingin mendendangkan lagu dari Britney Spear, Born To Make You Happy...
BORN TO MAKE YOU HAPPY by BRITNEY SPEARS
BORN TO MAKE YOU HAPPY by BRITNEY SPEARS
Oh, my love
Oh, yeah
Oh, yeah
Oh, yeah
Oh, yeah
I'm sitting here alone up in my room
And think about the times that we've been through
Oh, my love
I'm looking at a picture in my hand
Trying my best to understand
I really wanna know what we did wrong
With a love that felt so strong
And think about the times that we've been through
Oh, my love
I'm looking at a picture in my hand
Trying my best to understand
I really wanna know what we did wrong
With a love that felt so strong
If only you were here tonight
I know that we could make it right
I know that we could make it right
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
I know I've been a fool since you've been gone
I better give it up and then carry on
Oh, my love
'Cause living in a dream of you and me
Is not the way my life should be
I don't wanna cry a tear for you
So forgive me if I do
I better give it up and then carry on
Oh, my love
'Cause living in a dream of you and me
Is not the way my life should be
I don't wanna cry a tear for you
So forgive me if I do
If only you were here tonight
I know that we could make it right
I know that we could make it right
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
Oh, yeah
Oh, yeah
Oh, yeah
I'd do anything
I'd give you my world
I'd wait forever to be your girl
(Just call out my name) Just call out my name
(I will be there) And I will be there
Just to show you how much I care
I'd give you my world
I'd wait forever to be your girl
(Just call out my name) Just call out my name
(I will be there) And I will be there
Just to show you how much I care
Alright
I was born to make you happy
Yeah, yeah
Oh, yeah
I was born to make you happy
Yeah, yeah
Oh, yeah
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
I was born to make you happy
'Cause you're the only one within my heart
I was born to make you happy
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
I was born to make you happy
Oh yeah
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
Oh yeah
Always and forever you and me
That's the way our life should be
I don't know how to live without your love
I was born to make you happy
Assalamualaikum,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia iaitu office aku sedang rancak untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia yang akan diadakan pada hari Sabtu ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.....Aku yang bekerja sebagai pembantu perpustakaan, so aku buat kerja seperti biasa....hubby telah hampir menyiapkan bumbung rumah aku dan tidak lama lagi kereta aku tidak lagi basah kena hujan selepas ini.....Badan aku sejak kebelakangan ini panas dan aku pun tidak mengetahui puncanya......Aku pasang air-cond pun badan aku masih terasa bahang,...... hubby aku ada membelikan air minuman untuk aku, iaitu air kegemaran aku, teh bunga kekwa.....terima kasih hubby! Untuk hari ini aku hendak mempersembahkan salah satu lirik lagu kegemaran aku iaitu daripada Kiroro yang bertajuk " MIRAI E " Enjoy it!
Kiroro - Mirai E
*******************
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita
** sono yasashi wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
* repeat
** repeat
* repeat
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou
Yahoooo! Kucing aku telah melahirkan anak petang tadi, 4 ekor semuanya.....2 ekor daripadanya adalah warna hitam/putih, 1 ekor warna putih dan 1 ekor lagi warna coklat.....hehehe aku gembira sangat sebab aku telah mendapat ganti kucing aku yang hilang baru-baru ini.....Perasaan sedih masih ada lagi dalam hati aku tapi sekarang aku gembira sangat kerana kucing betina aku telah melahirkan anak kucing yang comel.... Hubby aku menjadi bidan pagi tadi dan dia juga yang mengambil kotak untuk kucing aku....terima kasih hubby!!! Cuaca pada hari ini amat cerah sekali tapi bila tiba waktu malam, bulan tidak nampak menunjukkan hari akan hujan....
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2011. Orang Ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Tahun 2011.
Tarikh : 7 Mei 2011
Bertempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 7.30 pagi
...
Pelbagai Aktiviti Menarik menanti anda sekeluarga seperti Perbarisan Jentera, Pameran, Pertandingan Melukis dan sebagainya....Datanglah beramai-ramai ..
Assalamualaikum,
Bulan Mei telah menjelma,bulan Mei juga adalah pertengahan tahun...Bulan Mei adalah sambutan Hari Ibu... Ada orang kata Hari Ibu tidak digalakkan sambut bagi umat Islam sebab ianya bercanggah dengan hukum agama? Betul atau tidak, aku pun tidak tahu....Yang pasti,kalau aku berasa hendak menyambutnya,aku akan menyambutnya,kalau tidak aku akan sambut hari kelahiran ummie pada bulan Jun nanti....Birthday ummie akan disambut dengan meriah walaupun aku tiada di situ...aku akan berpakat dengan adik-adikku bagi menyambutnya.... Apapun aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU khusus kepada ibu-ibu di seluruh dunia dan KHASNYA KEPADA UMMIE TERSAYANG.....
Bulan Mei telah menjelma,bulan Mei juga adalah pertengahan tahun...Bulan Mei adalah sambutan Hari Ibu... Ada orang kata Hari Ibu tidak digalakkan sambut bagi umat Islam sebab ianya bercanggah dengan hukum agama? Betul atau tidak, aku pun tidak tahu....Yang pasti,kalau aku berasa hendak menyambutnya,aku akan menyambutnya,kalau tidak aku akan sambut hari kelahiran ummie pada bulan Jun nanti....Birthday ummie akan disambut dengan meriah walaupun aku tiada di situ...aku akan berpakat dengan adik-adikku bagi menyambutnya.... Apapun aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU khusus kepada ibu-ibu di seluruh dunia dan KHASNYA KEPADA UMMIE TERSAYANG.....
"SELAMAT HARI PEKERJA" kepada semua warga kerja di seluruh dunia....Hari ini merupakan hari cuti umum bagi semua negara dan esok merupakan cuti gantian disebabkan cuti umum hari ini telah jatuh pada hari Ahad....So aku dapat cuti sebanyak 3 hari.....Memang best...Hari ini aku tidak berbuat apa-apa melainkan menemani suamiku membuat awning rumah....Menu masakan aku hari ini adalah nasi ayam, lauk adalah sambal sotong.... Berselera betul suamiku makan,agaknya lapar perutnya....Dan hari ini aku membasuh semua cadar di rumahku,maklumlah cuaca kebelakangan ini tidak menentu...Nasib baik cuaca pada hari ini cerah saja, so sempat cadarku kering.... Semalam aku pergi ke Pesta Buku Antarabangsa untuk membeli beberapa buah buku lagi di samping aku membawa pesanan dari abah supaya membeli buku Doraemon untuk Mirah...Memang ramai sangat pada hari itu sampai sesak jalan-jalan di KL....Aku naik ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan dan ambil LRT Putra untuk ke PWTC...Tapi bila aku mahu balik,aku dapati memang ramai orang yang menaiki LRT Putra sampai sesak nafasku melihatnya...Lalu aku pun beredar dari situ dan mengambil teksi menuju ke KL Central untuk mengambil trip ERL.....Aku balik rumah tepat pukul 4.45 petang dan letih rasanya badanku ini.... Masa aku berada di PWTC, aku menganggarkan pengunjung yang mengunjungi Pesta itu seramai 600 ribu orang, memang ramai....
Hari ini aku menempah filem-filem terbaru iaitu " HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, SENJAKALA dan DILARANG MASUK "...Tempoh masa yang diberikan adalah 48 jam...Memang best filem ini, lebih-lebih lagi filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA....Jalan ceritanya memang menakjubkan dan tidak hairanlah filem ini dapat ditayangkan di seluruh dunia.Apabila aku menonton filem ini, terasa filem ini seakan-akan diambil daripada negara Barat dan ternyata filem negara kita amat setanding dengan filem negara Barat....
Filem Senjakala |
Filem Dilarang Masuk |
Filem Hikayat Merong Mahawangsa |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons