Diari harian

Thursday, June 16, 2011

Pagi tadi aku menerima panggilan telefon daripada Sriera Development Sdn Bhd yang mengatakan bahawa cek aku berkaitan dengan aircond sudah siap dan hanya menunggu kedatangan aku sahaja untuk pergi mengambilnya.... Aku berasa amat gembira sekali dengan rezeki yang aku dapat dan aku bersyukur sangat... jadi duit itu boleh aku pergi membeli belah di Cameron Highlands nanti... Alamak, sebut pasal Cameron Highlands aku masih lagi ada hutang puasa yang belum aku laksanakan... Bila agaknya mahu habis ??? Bulan Ramadhan sudah semakin hampir dan aku tidak membuat sebarang persiapan lagi untuk menyambutnya... Apa apa pun aku harap agar aku dapat melaksanakan tugas aku dengan baik sekali... aku melayari laman web Sriera Development Sdn Bhd untuk mencari alamat dan setelah itu aku melihat pada Google Maps untuk mengetahui lokasi syarikat itu...  GPS aku ini tidak dapat mencari alamat yang sebenar dan aku cuma dapat cari bangunan yang berkaitan dengan tempat itu.. Akhirnya aku telah berjaya menjejaki bangunan yang berhampiran dengan syarikat itu, dan hari Sabtu ini aku akan pergi mengambil cek itu bersama dengan suami aku.... Nasib baik aku membeli gadget telefon yang mempunyai GPS.. Senang sikit hendak mencari tempat/lokasi yang dicari.... Hubby aku pun ada GPS juga tetapi tidak boleh digunakan sebab GPS dia perlukan internet online untuk mengakses GPS...Nasib baik aku punya GPS tidak memerlukan internet online....

2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧