Diari harian

Friday, July 15, 2011

Cuaca hari ini mendung dan hujan hanya sesekali...Aku memang gemar pada cuaca mendung, sejuk sedikit...Hari ini Al-Hamdulillah perut aku tidak begitu sakit cuma rasa lapar yang berpanjangan sahaja,tapi itu tidak menjadi soal....Aku akan sentiasa cuba untuk menjaga kesihatan demi percutian aku nanti...Minggu depan aku akan bercuti ke Cameron Highland bersama-sama dengan hubby tercinta... Kiranya itu adalah honeymoon kami yang pertama seumpamanya... Tadi aku beli makanan dekat Kota Warisan,ada satu kedai makanan yang sememangnya masakan mereka memang sedap, hubby pun suka dengan masakan mereka... Aku beli mee lagna, air nescafe ais dan epal susu....Memang best....Lepas makan aku menjenguk kucing-kucing aku yang mungkin kelaparan atau mungkin kesunyian sebab sudah beberapa hari aku tidak bermain-main dengan mereka...2 ekor daripada kucing aku mengalami kaki bengkak mungkin disebabkan seliuh atau mungkin ada budak-budak bermain dengan mereka sampai terseliuh....Hari ini aku mengemaskini blog perpustakaan dengan membuat semula borang keahlian perpustakaan dan download di dalam blog...Kiranya kamu semua mahu tengok blog perpustakaan kami layari laman web yang tertera di bawah :


http://perpustakaanjbpm.blogspot.com











1 comment

  1. Air sampai dua.
    Akhirnya masa dinanti untuk berbulan madu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧