Diari harian

Saturday, July 16, 2011


Assalamualaikum,
Cuaca hari ini tidak mengizinkan aku untuk membasuh pakaian dan hari ini juga aku dan hubby pergi ke Seremban untuk membeli monitor komputer...Kami mengambil masa 45 minit perjalanan dari rumah ke Seremban melalui jalan lama....Setelah sampai, kami mencari-cari kedai komputer dan akhirnya kami terjumpa sebuah kedai komputer berhampiran dengan Seremban Terminal One....Hubby membeli sebuah monitor komputer berjenama Samsung dan aku pula membeli cartridge printer yang sememangnya sudah lama aku ingin beli... Setelah itu, kami singgah ke pasaraya Giant untuk membeli sedikit barang basah,oleh kerana hubby penat sangat, aku pun masuk ke dalam Giant seorang diri...Aku ingat hendak beli ikan salmon tetapi malangnya tidak ada ikan salmon pada hari itu,yang ada cuma ikan merah... Aku pun mengambil keputusan untuk membeli ikan merah bersama-sama dengan seekor ayam dan kacang buncis....Sampai di rumah, aku terus pergi ke dapur untuk memasak nasi dan lauk pada hari ini adalah kacang buncis goreng bersama-sama dengan sup ikan merah...Pada mulanya aku ingat hendak buat ikan merah masak lemak kuning tetapi bila fikir balik aku dan hubby lebih gemarkan sup ikan merah berbanding dengan ikan merah masak lemak kuning... Bila sudah siap masak, aku mengajak hubby makan tengahari walaupun pada masa itu jam menunjukkan pukul 3 petang....Masakan tidak,kami balik dari pasaraya Giant pukul 1.15 tengahari dan tergopoh gapah aku dibuatnya untuk memasak manakala hubby pula sibuk memasang monitor komputer dia...ishh..ishh....Setelah kami makan, aku pun mula memasang catridge printer dan akhirnya aku berjaya memasang(walhal memang senang saja untuk memasang) hehehe...




1 comment

  1. Lambat makan tengahari. Nasib baik tidak masuk angin.
    Alhamdulillah dipermudahkan segala-galanya.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧