Diari harian

Sunday, July 10, 2011

Assalamualaikum,
Hari ini cuaca mendung sekali dan pagi tadi hujan turun dengan lebatnya....Aku tidak boleh basuh baju hari ini dan aku harap esok cuaca akan menjadi cerah dan aku boleh membasuh baju kerja aku dan hubby... Pagi tadi aku masak jemput-jemput sawi,lepas itu aku masak nasi putih dan ikan singgang...hmmm... sedap.... aku sudah lama ingin makan ikan singgang dan akhirnya aku dapat juga buat ikan singgang....Aku tidak pasti sama ada hubby akan makan atau tidak lauk itu tapi aku harap dia akan makan lauk itu...hehehe itu adalah lauk kegemaran aku masa aku kecil dahulu....Hari ini drama di channel tv tidak best dan pagi tadi kami tengok movie 'Kongsi' di Youtube....Sekarang ini aku tengok movie 'Papadom' dan hubby tengah makan nasi...Aku pula? hari ini perut aku sakit sangat dan aku tidak pasti sama ada aku kena gastrik atau angin atau perut memulas....Jadi aku tidak ada selera mahu makan nasi atau apa-apa, sebab tadi aku sudah makan jemput-jemput....



2 comments

  1. jarang ibu di rumah masak singgang..sampai tk ingt mne cne lauk singgang rasa..hahah

    ReplyDelete
  2. Letak sawi dalam jemput-jemput? Pertama kali baca.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧