Assalamualaikum... Yehaaaaa....Esok kita akan bermula puasa....Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada hubby, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan semua umat Islam di seluruh dunia... Semoga kita mendapat keberkatan dari bulan yang mulia ini... Hari ini cuaca agak cerah dan segar bagaikan gembira menyambut kedatangan Ramadhan... Aku dapat membasuh semua pakaian aku dan hubby dan bermula pada malam ini kami akan makan sahur untuk puasa pada esoknya...Dalam fikiran aku terputar banyak benda yang perlu difikirkan...Oh ya! Ummie telah menelefon aku sebentar tadi dan ummie berkata yang abah sudah setuju untuk membuat majlis perkahwinan kedua-dua adik aku...Nampaknya aku perlu mengurangkan waktu cuti raya aku dan aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar...Hubby pun sudah mengambil cuti raya dan dia harap yang permohonan dia akan dapat cuti...Esok aku akan bangun pada pukul 4 pagi untuk memasak makanan sahur...Aku berasa amat seronok sekali kerana bulan Ramadhan telah tiba akhirnya dan yang seronok adalah ini adalah tahun kedua aku beraya di rumah baru..hehehe...Esok genap satu tahun dan lima bulan aku tinggal di rumah baru dan rumah sendiri tanpa membayar sewa..Aku cuma membayar hutang rumah dengan kerajaan selama 25 tahun...Walaupun aku berhutang tetapi sekurang-kurangnya rumah itu adalah milik aku...Aku bersyukur dengan kurniaan Allah... Oh ya! Tanggal 12hb Ogos ini adalah hari kelahiran aku dan tanggal 25hb Ogos ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku...Wah! Tahun ini kesemua tarikh penting ini berlaku di dalam bulan yang mulia...hehehe itu tidak menjadi soal..apa yang penting, kamu semua doa akan kesejahteraan kami berdua dan berkat kami akan mendapat zuriat yang akan diamanahkan kepada kami kelak...Di sini aku ingin berkongsi sebahagian hadis Rasulullah SAW tentang puasa...Sama-samalah kita menghayatinya... Aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia...
Hadis-Hadis Sahih Rasulullah SAW
1. Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.
( Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)
2. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
( Hadis Riwayat Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi )
3. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
( Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)
4. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (Hadis Riwayat Tirmidzi)
5. Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’
( Hadis Riwayat Bukhari)
6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’
( Hadis Riwayat Muslim)
7. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’
( Hadis Riwayat Bukhari)
8. Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)
9. Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: ‘Puasa dan Al Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.’ ( Hadis Riwayat Ahmad)
10. Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya :-
1) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2) Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3) Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4) Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5) Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’
( Hadis Riwayat Ahmad )
11. Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’
( Hadis Riwayat Ahmad)
12. Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.
( Hadis Riwayat Ahmad )
13. Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’
( Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud dan Tirmidzi )
14. Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’
( Hadis Riwayat Al Baihaqi )
15. Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)
Assalamualaikum..
Cuaca hari ini hujan dan mendung sepanjang hari dan aku tidak dapat membasuh pakaian lantaran cuaca yang sejuk ini... Hari ini berlaku sesuatu yang lucu pada diri aku... Pada waktu pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi aku terkejut dari tidur kerana aku terdengar bunyi azan daripada handset hubby.. Aku menyangka yang aku terlewat bangun dan mungkin itu adalah azan Zohor, lantas aku bergegas bangun dan mandi... Selesai mandi, aku terserempak dengan hubby yang kehairanan..Dia bertanya kenapa aku seperti kelam kabut dan aku pun menceritakan hal sebenar... Kemudian hubby tergelak besar bila aku melihat semula jam dan rupa-rupanya jam pada handset hubby yang salah...Aduh...Penat saja aku mandi seperti kerbau mandi...Hari ini menu masakan aku adalah ayam masak kicap, sayur goreng dan nasi putih... Oh ya! hari ini juga aku membuat salad buah iaitu ubi kentang coleslaw... Salad ini terdiri daripada ubi kentang yang direbus, buah strawberi, buah jambu batu, buah tomato ceri dan mayonis sayuran... Hari ini hubby telah membeli cat warna ungu untuk dibuat wallpaper, dia membuat bunga yang besar kemudian dicat dengan warna ungu dan background warna adalah warna biru langit...Aku lihat yang warna ungu memang sesuai dengan warna biru langit dan aku suka kombinasi dengan warna tersebut.... Esok adalah hari penentu samada hari Isnin atau Selasa ini kita akan menyambut bulan Ramadhan... So, inilah gambar tentang menu masakan aku... Coleslaw ini aku cipta sendiri dan rasanya memang sedap bagi sesiapa yang sukakan ubi kentang salad ini... hehehe
Cuaca hari ini hujan dan mendung sepanjang hari dan aku tidak dapat membasuh pakaian lantaran cuaca yang sejuk ini... Hari ini berlaku sesuatu yang lucu pada diri aku... Pada waktu pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi aku terkejut dari tidur kerana aku terdengar bunyi azan daripada handset hubby.. Aku menyangka yang aku terlewat bangun dan mungkin itu adalah azan Zohor, lantas aku bergegas bangun dan mandi... Selesai mandi, aku terserempak dengan hubby yang kehairanan..Dia bertanya kenapa aku seperti kelam kabut dan aku pun menceritakan hal sebenar... Kemudian hubby tergelak besar bila aku melihat semula jam dan rupa-rupanya jam pada handset hubby yang salah...Aduh...Penat saja aku mandi seperti kerbau mandi...Hari ini menu masakan aku adalah ayam masak kicap, sayur goreng dan nasi putih... Oh ya! hari ini juga aku membuat salad buah iaitu ubi kentang coleslaw... Salad ini terdiri daripada ubi kentang yang direbus, buah strawberi, buah jambu batu, buah tomato ceri dan mayonis sayuran... Hari ini hubby telah membeli cat warna ungu untuk dibuat wallpaper, dia membuat bunga yang besar kemudian dicat dengan warna ungu dan background warna adalah warna biru langit...Aku lihat yang warna ungu memang sesuai dengan warna biru langit dan aku suka kombinasi dengan warna tersebut.... Esok adalah hari penentu samada hari Isnin atau Selasa ini kita akan menyambut bulan Ramadhan... So, inilah gambar tentang menu masakan aku... Coleslaw ini aku cipta sendiri dan rasanya memang sedap bagi sesiapa yang sukakan ubi kentang salad ini... hehehe
Hari ini adalah hari terakhir aku dan boss pergi membeli makanan McDonald... Dan pada hari Isnin ini (Insya Allah) kita akan menyambut bulan Ramadhan... Hari ini Kak Ayu turut ikut serta untuk membeli makanan McDonald untuk diberi kepada anak-anak dia... Tadi aku singgah ke pasaraya Giant untuk mencari dan membeli ikan salmon tetapi malangnya ikan salmon tiada dalam senarai untuk hari ini... Nampaknya kempunan lagi aku untuk membuat sup ikan salmon... Tetapi aku harap minggu depan aku akan dapat makan sup ikan salmon dan hubby tentu gembira kalau aku masak sup ikan salmon...Semasa aku memilih ubi kentang, tiba-tiba ada dua orang pekerja pasaraya bergaduh, aku tidak pasti apa sebabnya.... Apa yang aku dengar adalah seorang pekerja Melayu marahkan pekerja Bangladesh kerana menolak kepala dia... Mula-mula berlaku tolak menolak secara slow tetapi kemudian menjadi besar dan nasib baik ada pekerja lain yang meleraikan pergaduhan itu... Aku pula pura-pura memilih limau purut dan dalam masa yang sama mata aku melirik ke arah pergaduhan itu... Kemudian, aku singgah ke kedai komputer untuk mencari speaker yang lebih kecil dan comel untuk disimpan di office aku...Ini kerana speaker yang sedia ada mungkin telah rosak dan aku tidak dapat mendengar setiap butiran lagu...Tetapi harga speaker di kedai itu terlalu mahal dan aku tidak dapat meminta diskaun untuk speaker tersebut...Setelah itu, semasa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, aku singgah sebentar di Kota Warisan untuk mencari speaker yang murah.. Dan akhirnya aku ketemu juga speaker yang aku idamkan..Selain speaker, aku juga membeli penyambung USB untuk hubby... Tentu hubby gembira bila aku dapat mencari penyambung USB untuk dia...
Tik..Tok...Tik...Tok... Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam dan aku berasa tidak mengantuk lagi... Hari Khamis bersamaan malam Jumaat dan esok adalah hari Jumaat, penghulu segala hari... Tadi aku pergi ke pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur lantaran minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak... Hmm... Sekejap saja masa berlalu dan tidak sedetik pun masa menunggu kita... Hari ini adalah hari aku mula bekerja kembali dan aku berasa amat rindu pada pekerjaan aku ini... Dalam fikiran aku sudah mula bekerja tentang masakan apa yang perlu aku buat untuk buat sahur...Dan fikiran aku mula bekerja untuk melakukan ibadah semasa di bulan Ramadhan ini... Orang kata bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan dan di kesempatan ini aku mahu melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin supaya aku, hubby, keluarga kami, sahabat handai, saudara mara dan seluruh umat Islam akan mendapat keredhaan dari Allah... Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah SAW, semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat...
Bersabda Rasulullah s.a.w: “Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pintu pun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)“.
(Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra)
…..
Abu Hurairah ra menyatakan: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)
…..
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
…..
Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
…..
Daripada Abu Hurairah ra telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah ra: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda s.a.w bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam)“.
(Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
…..
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah ra berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya“.
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Assalamualaikum... Hari ini adalah hari terakhir kami di Cameron Highlands tapi apa boleh buat... Insya Allah jika ada rezeki yang lebih kami akan datang ke sini lagi untuk bercuti... Aku dan hubby sempat singgah di Kea Farm untuk kali terakhir untuk membeli sayur-sayuran untuk dibawa balik ke rumah... Hubby cakap yang kami tidak payah ke pasar tani untuk membeli sayur memandangkan di situ harga sayur agak murah jika dibandingkan dengan harga sayur di Sepang.... Hubby membeli sayur sebanyak RM20 untuk 10 bungkus pelbagai jenis sayur...Kami bertolak dari Cameron Highlands pada pukul 10.30 pagi dan kami sampai ke rumah pada pukul 2.30 petang...Al-Hamdulillah semuanya selamat sampai dan esok aku akan memulakan tugas aku semula..Aku perlu mengumpul cuti bagi membuat persiapan perkahwinan kedua-dua adik kesayangan pada hujung tahun ini... Malam ini aku akan membasuh pakaian kerana esok hubby masih lagi dalam mood cuti dan dia perlu menyidai baju pada esok hari kerana aku tahu yang dia akan terlupa untuk membasuh pakaian yang banyak setelah kami pulang bercuti....Tadi hubby memasak cempedak goreng dan jagung rebus untuk hidangan malam kami kerana kami tidak berasa lapar untuk menikmati nasi.... Hubby kata dia terlalu kenyang lantaran sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia menghidu bau cempedak dan jagung... hehehe....
Berat rasa di hati untuk meninggalkan Cameron Highlands... Selamat tinggal Cameron, Insya Allah kita akan bersua lagi..... |
Assalamualaikum... Udara pagi ini sungguh segar dan nyaman, cuaca pun nampak elok dan tenang sahaja.... Kami mulakan acara pada pagi ini dengan bersarapan pagi nasi lemak ayam berempah... Ini kerana kedai makanan Melayu amat kurang jika dibandingkan dengan kedai makanan Cina dan India... Jadi aku dan hubby terpaksa menjamu selera di gerai makanan yang kami bersarapan semalam dan menu pun sama seperti semalam... Selesai makan, kami pergi ke pasar Kea Farm untuk membeli jagung mutiara dengan kuantiti yang banyak, separuh daripadanya adalah rakan-rakan office aku memesannya dan separuh lagi kami punya sebab mahu diagihkan kepada jiran tetangga.... Kemudian, aku ternampak tomato ceri yang sedap dan aku bertanyakan harga bagi sekotak buah tomato ceri... Penjual itu berkata dia tidak jual sekotak tetapi sebaliknya dia menjual buah tomato ceri dengan harga RM10 sebanyak 3 kotak...Terbeliak biji mata aku dan aku terus membelinya...Kemudian aku terpandang satu buah ini yang dinamakan buah jambu epal... Penjual itu mempelawa untuk aku merasa buah tersebut, dan rasanya seperti jambu batu pun ada, rasa epal pun ada...Penjual itu berkata harga jambu epal ini dua bungkus RM10 dan aku bertanya kepada hubby sama ada mahu beli atau tidak... hubby bersetuju untuk membelinya dan satu lagi aku beli buah, iaitu buah strawberi dengan harga RM25 sebanyak 3 kotak...Penat berjalan, kami singgah ke gerai makanan untuk membeli ubi manis rebus... Hubby berkata dia agak berasa kenyang untuk makan tengahari dan dia mengajak aku untuk ke taman di Tanah Rata.....Kami pulang ke rumah penginapan pada pukul 7.00 malam dan pada pukul 9.00 malam kami keluar untuk menikmati makanan tengahari kami a.k.a. makan malam kami di restoran berhampiran dengan rumah penginapan.....
Aku beli souvenir penutup telinga...hehehe ada gaya ke tidak?!! Hubby kata aku macam rapper.... |
Dekat pintu masuk taman bunga di Tanah Rata.... |
Apakah benda itu? |
Termenung jauh isteri abang ini.... |
Jagung mutiara pesanan rakan-rakan office... |
Sarapan pagi kami.... |
Sekali lagi aku membeli strawberi... RM25 untuk 3 kotak.... |
Terliur aku melihat tomato ceri yang comel dan cute ini... Sedap dimakan begitu sahaja.... |
" Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Wan Rifah Nadzirah Binti Razali, Allah selamatkan kamu...."
Kak Nur hendak mengucapkan " Selamat Hari Lahir " khas untuk adik perempuan Kak Nur yang comel ini...Semoga Azie dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati, dilindungi dan diberkati Allah selalu.. Semoga Azie dimurahkan rezeki dan semoga apa yang Azie hajatkan akan dimakbulkan oleh Allah SWT hendaknya... Amin.....
Assalamualaikum... Suasana pagi di Cameron Highlands sememangnya sejuk menggeletar sampai ke tulang sehingga menyebabkan aku terpaksa mandi air panas sekali lagi bagi mengurangkan rasa sejuk di badan aku...Hubby pun begitu juga sehingga dia terpaksa memakai baju sejuk...Acara pada pagi kami adalah pergi ke gerai makanan untuk sarapan pagi... Dan menu pada pagi ini adalah nasi lemak ayam berempah...Kemudian kami ke taman rama-rama untuk melihat pelbagai jenis rama-rama yang terdapat di Cameron Highlands...Lepas tengok rama-rama kami ke ladang teh Cameron Valley dan kami membeli pelbagai jenis teh berperisa untuk dibawa balik ke Sepang...hehehe memang seronok sekali sehingga kami tidak sedar petang menjelma...Kemudian kami bergerak ke Tanah Rata untuk menikmati makan malam dan aku tertarik dengan menu minuman yang terdapat di gerai makanan..Air jus strawberi... yumm...yumm...Aku pun mencuba jus tersebut dan rasanya wowwww.... memang sedap dan hubby berebut dengan aku untuk minum jus strawberi sebab dia cuma pesan teh ais saja.....Kemudian kami pulang ke rumah penginapan kerana penat sudah menguasai badan kami dan suasana malam di Cameron Highlands amat sejuk sekali...Tentu kamu semua hairan kenapa aku boleh mengemaskini blog aku ini kan... sebenarnya aku dapat wi-fi percuma di sini dan sebab itulah aku dapat mengemaskini blog dan gambar untuk tatapan kamu semua... hehehe itulah bagusnya...Okay, ini adalah gambar untuk tatapan hari ini.... Enjoy it !
Sedang menikmati air jus strawberi... |
Berhampiran dengan taman strawberi... |
Bunga ini ada ditanam di rumah aku tetapi tidak sebesar ini..huhuhu jealous betul.. |
Posing dengan bunga yang cantik... |
Aduh, cepatlah ambil gambar cik abang oiii...Sudah lenguh duduk begini.... |
Bunga ini pertama kali aku melihat...memang besar dan cantik... |
Alamak!! Ini air terjun buatan ke atau air longkang??? hehehe |
Ambil gambar bersama dengan rama-rama comel di samping dengan bunga tahi ayam....hehehehe |
Di dalam Taman Rama-Rama...Bayar RM5 seorang... |
Ini adalah sarapan pagi kami..Nasi lemak ayam berempah... Hmm.. Sedap !!! |
Jus strawberi yang pertama kali aku mencuba.... memang TERBAIK !!! |
Posing sementara menunggu hubby isi minyak kereta.... |
Ini dekat tempat duduk ladang teh Cameron Valley.... |
Wajah kesayangan hamba.... |
Baik-baik Sayang...Nanti jatuh nanti... |
Penatlah berjalan-jalan...Rehat sebentar bersama Kit Kat.... |
Alamak ! Kenapa rama-rama ini memandang pada aku?!! |
hehehe tengok...Sayang pun boleh jadi kawan pada rama-rama ini... Bukan abang seorang saja tau.... |
Bunga raya yang memang besar yang pernah aku lihat seumur hidup aku.... |
Di hadapan ladang teh Cameron Valley.... |
Jauh perjalanan luas pemandangan.... |
Pintu gerbang ladang teh Cameron Valley..... |
Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di Cameron Highlands... Yahooo... Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah permudahkan perjalanan kami...Al-Hamdulillah...Aku berasa amat seronok sekali kerana dapat bercuti dengan hubby tercinta kerana inilah kali pertama kami berdua pergi ke Cameron Highlands...Kami bernasib baik kerana tidak sesat dengan adanya bantuan GPS handset milik aku dan kami sememangnya tidak sesat...Kami melalui jalan Lebuhraya Elite kemudian diikuti dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan kami masuk ikut tol Simpang Pulai kerana menurut rakan-rakanku yang pernah pergi ke Cameron Highlands, jalan di Simpang Pulai adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jalan Tapah dan GPS aku pun menunjukkan arah jalan yang sama iaitu Simpang Pulai...Pemandangan di Cameron Highlands sememangnya cantik dan aku amat berbangga kerana tinggal di bumi Malaysia....Kami sampai di rumah peranginan persekutuan pada pukul 1.55 petang dan kami mula check in masuk ke suite room pada pukul 2.00 petang.... Kami kemudiannya masuk ke dalam suite room dan ternyata ianya sungguh besar sekali dan boleh memuatkan sebuah keluarga tinggal di suite room ini... Aku dan hubby berehat seketika sebelum kami keluar semula untuk menikmati udara Cameron Highlands di waktu petang... Kami bertolak dari rumah peranginan persekutuan pada pukul 4.30 petang dan kami pergi ke Kea Farm yang jaraknya kira-kira 2 kilometer dari rumah penginapan kami... Kelihatan ramai orang yang membeli barangan di sana kerana Kea Farm ini diibaratkan seperti pasar sayur dan buah-buahan... Kami tertarik dengan suasana begini dan hubby telah membeli jagung mutiara bakar dan rebus 4 tongkol....Kata orang jagung mutiara ini amat manis sekali dan kami pun mencuba untuk merasa jagung mutiara yang manis itu... Ternyata ianya amat manis sekali dan aku amat gembira dan seronok...Kemudian kami membeli satu kotak buah strawberi yang amat terkenal di Cameron Highlands...Kami kemudian bergerak ke gerai makan untuk menikmati makan malam dan setelah itu kami pun pulang ke rumah penginapan kami pada pukul 7.20 malam... Suasana di Cameron Highlands amat sejuk sekali dan aku tidak sesekali untuk mandi menggunakan air sejuk sebaliknya aku mandi menggunakan air panas...Esok kami akan keluar lagi berjalan-jalan di Cameron Highlands dan di dalam fikiran aku memang banyak tempat yang perlu kami lawati semasa berada di Cameron Highlands...Okay, inilah gambar-gambar semasa aku berada di Cameron Highlands...
Inilah Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands khas untuk kakitangan kerajaan..Memang murah !! Rugi tau kalau tidak pergi ke sini... |
Inilah jagung mutiara yang aku sebutkan..Bezanya dengan jagung biasa adalah isinya...Tengok..Ada warna putih seperti mutiara kan.... |
Suasana di Kea Farm... Memang ramai orang yang berkunjung di sini... |
Inilah pasar di Kea Farm... Macam-macam ada... |
Bilik penginapan aku..Macam mana? Besar bilik ini kan... |
Pemandangan yang cantik... |
Hai kawan-kawan..Jangan jealous yea....hehehe |
Buah strawberi yang aku beli...RM10 untuk satu kotak.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons