Pada hari yang mulia ini, bertarikh 17 Ramadhan 1432H, aku ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Pejam celik kita sudah pun memasuki separuh daripada bulan Ramadhan Al-Mubarak dan tidak lama lagi malam Lailatul Qadar akan menjelma.... Hari ini cuaca pun begitu baik sekali dan seperti biasa rutin harian aku ke tempat kerja... Hubby tidak bekerja hari ini kerana cuti umum sempena Nuzul Al-Quran.... Hanya beberapa negeri sahaja yang menyambutnya dan yang pelik, sepatutnya hari kebesaran Islam perlu diberi cuti agar senang jemaah hendak melakukan ibadat dengan sempurna... hmmm... Cerita pasal office pula, aku terasa kini office dilanda mood hari raya walhal tinggal 2 minggu saja lagi kita hendak menyambut Syawal.... Wahhh... Seronok betul hatiku ini sebab kali ini kami tidak balik berdua, malah bertiga... Adik perempuan aku akan sampai ke Malaysia pada hari Khamis minggu depan, dia bertolak dari Mesir pada hari Rabu.... Terasa sedikit kemeriahan raya tahun ini... Adik perempuan aku yang seorang lagi bagaikan tidak sabar untuk menyambut kepulangan kami... Tema tahun ini, aku dan hubby memilih pakaian berwarna kuning keemasan... hehehe.. Tahun lepas tema kami adalah hijau dan tema tahun ini adalah warna kuning keemasan... Teringat pula aku semasa mula-mula berkahwin dulu... Masa akad nikah, kami memakai pakaian berwarna kuning krim dan pada masa bersanding keesokkannya, kami memilih tema hijau.... Bulan ini juga adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4... Sudah 4 tahun kami melayari bahtera perkahwinan, gurau senda dan bergaduh adalah adat dalam perkahwinan... Apa yang paling penting dalam perkahwinan adalah, saling bantu membantu, mempercayai pasangan, banyakkan baca Ayatul Kursi, Surah Yassin, Al-Fatihah, 4 Qul, tidak cemburu buta pada pasangan, banyakkan gurau senda dalam perkahwinan kita, memberi layanan yang terbaik untuk pasangan dan sentiasa mengambil berat pada pasangan tidak kira sama ada masalah office, masalah kewangan dan sebagainya....Jikalau pasangan kita sedang marah, janganlah kita menjawab segala kemarahan dia, biarkan dia menghamburkan segala kemarahan dia pada kita, apa yang perlu buat hanyalah diam, bak kata pepatah, api yang sedang marak, jangan dicurah dengan minyak... Semakin banyak minyak dicurah, semakin marak api.... hehehe aku rasa seperti doktor pakar kaunseling pula...sebenarnya itulah petua yang aku amalkan selama ini untuk kekalkan perkahwinan...
salam nuzul al- quran
ReplyDeleteAlhamdulillah mesti tidak sabar jumpa adik yang hendak balik dari Mesir.
ReplyDelete