Hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432H... Bulan Ramadhan yang mulia telah bermula dan pagi tadi aku dan hubby bangun bersahur untuk kali pertama bagi tahun ini... Menu masakan sahur kami adalah nasi putih, ikan goreng, sayur goreng dan telur masin, manakala minuman pula untuk hubby aku buatkan dia air kopi susu manakala aku pula lebih selesa minum air oren sunquick.. Kami mula bekerja hari ini dan kami tidak mengambil cuti lantaran rancangan kami untuk bercuti pada hujung tahun ini... Oh ya... Tengahari tadi, bungkusan yang adik perempuan aku pesan iaitu buah kokka atau nama saintifiknya Bischofia Javanica... Buah ini dikatakan dapat membantu pasangan yang sukar mendapatkan zuriat...Manakala kayu kokka pula dikatakan kayu yang Nabi Nuh AS buat bahtera.... Wallahuallam... Bila aku pulang dari kerja, aku terus bergegas ke dapur untuk mula memasak berbuka puasa nanti... Setelah aku selesai memasak nasi, aku meminta hubby untuk mengopek buah kokka ini... Hubby dapati buah kokka tersebut amat susah untuk dikopek dan dia telah menggunakan gergaji untuk mengopek buah kokka...Setelah 10 minit dia menggergaji, barulah buah koka dapat kelihatan...Tetapi, hubby kena buang sabut buah koka tersebut sebelum mendapat isinya... Isinya berwarna putih dan aku pun menumbuk isi buah kokka untuk direbus...Air rebusan itu kami akan minum bersama-sama dengan madu... Sementara aku menunggu air rebusan buah kokka,aku pun mula memasak makanan malam untuk juadah berbuka puasa....Hidangan kuih pula aku membelinya di Kota Warisan dengan 2 jenis kuih iaitu kuih popia dan kuih cara... Menu makanan juadah berbuka pula aku memasak ayam masak kicap, sup sayur campur + bihun manakala minuman pula aku buat air oren sunquick...Hari pertama puasa aku berasa amat gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi pada kami... Kami harapkan keredhaan Allah semata-mata....
Inilah buah Kokka... Indah ciptaan Allah.... |
Ini bahagian isi buah kokka setelah dapat dikopek... |
Hidangan kuih berbuka puasa..Kuih Popia.... |
Hidangan kuih berbuka puasa...Kuih Cara... |
Pertama kali tengok buah kokka. Rasa macam mana ye?
ReplyDeleteMemang teruja dan bersemangat untuk puasa hari pertama.