Cuaca hari ini agak mendung dan petang tadi berlaku ribu petir yang kuat. Hari ini hari keempat kita berpuasa dan Al-Hamdulillah aku masih dapat bertahan lagi untuk melakukan ibadat puasa... Badan aku sedikit letih kerana melakukan kerja-kerja office seharian... Apakah menu pada hari ini? Hehehe tepat pada masanya... Hari ini aku tidak membeli sebarang makanan kerana aku telah memasak di rumah, rasa muak pula kalau hari-hari beli makanan sahaja... Sebenarnya petang tadi aku teringin hendak makan sardin dan aku teringat yang aku ada membeli dua tin sardin baru-baru ini... Nampaknya hubby telah pulang dari office bila aku sampai di rumah dan kerja dia hari-hari membuat wallpaper di dinding... Kemudian aku bukakan pintu belakang untuk melihat kucing-kucing samada makanan mereka sudah habis dimakan atau tidak... Lepas itu, aku masuk semula ke dapur untuk memulakan tugas memasak... Menu masakan aku pada hari ini adalah sardin pedas, paceri nanas dan sayur goreng... Kemudian, sementara kuah sardin aku masak di atas dapur, aku memasak air buah kokka untuk diminum selepas Isyak nanti... Masih lagikah pada buah kokka yang pernah aku ceritakan sebelum ini? Kemudian, aku membuat air teh oren yang dibeli semasa kami pergi honeymoon di Cameron Highlands baru-baru ini... Lepas solat Maghrib, kami mahu ke masjid untuk melakukan solat terawih tetapi malang tidak berbau, hujan turun dengan begitu lebatnya dan ianya menyukarkan perjalanan kami ke masjid... Jadi hari ini kami tidak pergi ke masjid untuk melakukan solat terawih... Hmmm... Tiba-tiba aku terfikir untuk membuat salad ubi kentang untuk dimakan semasa bersahur nanti, then aku pun mula mengupas kulit ubi kentang, kemudian merebusnya... Sementara itu, aku mula memotong buah strawberi, buah tomato ceri dan hirisan jagung...Setelah ubi kentang itu masak, aku masukkan ubi kentang ke dalam bekas bersama-sama dengan buah strawberi, buah tomato ceri dan jagung yang telah aku hiris...Then aku letakkan mayonis sayuran ke dalam semua bahan-bahan tadi dan aku gaul rata....Jeng..jeng...jeng... sudah siap resipi aku...hehehe sebenarnya aku memang suka makan ubi kentang rebus digaul dengan mayonis...Sedap!
Ada lagi buah strawberi?
ReplyDeleteDapat agak salad itu rasa masin, masam dan manis.