Diari harian

Monday, August 08, 2011


Assalamualaikum,
Hari Isnin adalah hari permulaan baru untuk bekerja dan minggu ini adalah minggu kedua kita berpuasa... Ini bermakna kita telah berpuasa selama 8 hari, Al-Hamdulillah.... Kelmarin ummie telefon dan mengatakan results exam adik perempuan aku akan keluar dalam minggu ini dan mungkin dia akan beli tiket kapal terbang sekali untuk pulang ke Malaysia... Mungkin juga dia akan berpuasa di rumah aku, tapi aku tidak kisah akan semua itu... Aku mengalu-alukan kedatangan dia dan ummie pun mahu datang ke rumah selepas hari raya nanti untuk membeli belah barangan pengantin... Pengantin? Aku? bukanlah, tetapi adik lelaki kedua aku dan adik perempuan keempat aku yang mahu kahwin....hehehe aku pula hari-hari menjadi pengantin sebab itu aku selalu pakai inai di jari... Bila inai di jari hampir pudar saja, aku akan letak inai yang baru semula di jari sampaikan hubby menggeleng kepala dan bertanya kepada aku,  "apa yang best pakai inai ini?" Keadaan cuaca? hari ini cuaca begitu cerah dan baik sekali dan pagi tadi aku menjemur pakaian aku dan hubby di halaman depan rumah untuk mengeringkan pakaian itu, oleh sebab dua hari lepas hujan turun dengan lebatnya di sini... Biasanya kami bertolak untuk pergi kerja pada pukul 6.30 pagi, so aku menjemur pakaian dalam pukul 6.15 pagi... nasib baik halaman depan rumah aku ini berpagar dan beratap... Kalau hujan sekalipun, pakaian aku tidak akan basah dan kemungkinan tempias itu mungkin ada.... Tapi tidak kisah semua itu, yang paling penting aku dapat mengering pakaian kerja hubby... Makanan untuk berbuka puasa pula aku beli di bazaar Ramadhan di Kosmopleks Salak Tinggi dan nasib baik aku pergi awal kerana selepas balik kerja, aku terus singgah ke bazaar Ramadhan dan orang pun tidak terlalu padat sangat... Menu pilihan aku adalah nasi kerabu, telur masin, ikan keli dan ikan merah bakar serta daging bakar... Air minuman pilihan aku adalah air buah naga yang berwarna merah, memang sedap...Manakala kuih muih pilihan aku adalah karipap dan pulut panggang...



1 comment

  1. Rajin Shikin pakai inai.
    Saya tidak rajin sekarang. Masa budak-budak suka pakai.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧