" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI MERDEKA "... Hari ini adalah hari kemerdekaan bagi negara Malaysia yang ke 54 tahun... Kiranya merdeka raya tahun ini... Selama 54 tahun negara kita telah merdeka dan aku berasa amat bangga menjadi anak Malaysia...Ini adalah tentang Malaysia...
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.[1]
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit
Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan
senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan
kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan
terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan
kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum
komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya
berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling
bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar
pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung
Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi
memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh
komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut
terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan
ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong
disampaikan.Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong,
mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua
kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti
oleh pasukan polis dari Muar.
Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang
bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk
memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan
yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan
menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit
Kepong dengan Alamo,
di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans)
berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Mereka yang terselamat : -
Anggota Polis
Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Mereka yang gugur dalam pertempuran Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal 7168 Jidin Omar
Konstabel 9136 Hassan Osman
Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
Konstabel 8600 Jaafar Hassan
Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
Konstabel Marin 68 Awang Ali
Konstabel Marin 181 Basiron Adam
Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad Polis Bantuan
Ins. Kudarina Naknok
AP 2130 Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP 1925 Ali Akop
AP 2127 Othman Yahya Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN ".... Aku berasa gembira sekali dapat mencium tangan hubby, memohon maaf dengan hubby dan ummie...Manakala adik-adik aku semua dapat memohon maaf dengan kami yang lebih dewasa, dan aku memberi duit raya kepada ummie dan adik-adik.... Kami secara kebetulan memakai pakaian yang sama kecuali ummie... Aku, hubby dan adik lelaki ketiga memakai pakaian berwarna kuning... manakala 2 orang adik perempuan dan adik lelaki kedua aku memakai pakaian berwarna ungu... Hanya pakaian ummie sahaja berlainan tetapi tudung ummie berwarna kuning... Ala, kira warna kuning juga... Ummie sempat menggoreng ketupat untuk dimakan bersama-sama dengan sambal daging manakala aku pula sedang menggosok pakaian kami semua... Sudah menjadi lumrah di pagi raya ini, kami akan bersalam-salaman memohon maaf dan pada hari yang bahagia ini, kami akan melakukan solat sunat hari raya di masjid berdekatan dengan rumah... Begitu ramai orang telah datang untuk menunaikan solat sunat hari raya dan aku sempat berjumpa dengan beberapa kenalan rapat aku dengan bertanya khabar.... Hari ini kami beraya di kebanyakan rumah saudara sebelah ummie dan rumah yang pertama kami singgah adalah rumah bapa saudara aku di Bukit Bayas... Emak saudara telah membuat rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri lantaran pada hari raya ketiga, anak lelaki sulung emak saudara aku iaitu sepupu aku akan bertunang.... Banyak betul masakan dimasak oleh emak saudara aku ini, antaranya nasi minyak, rojak buah, ketupat, nasi himpit, satey goreng, tapai dan pelbagai jenis kuih muih.... kami tidak makan begitu banyak kerana kami perlu singgah ke banyak rumah lagi nanti...Aku sempat meminta telur masin untuk di bawa balik ke Sepang kerana bapa saudara aku telah memelihara begitu banyak itik bahagian belakang rumah dia... ishh...ishhh... Tetapi sudah menjadi rezeki aku untuk menikmati telur masin kepunyaan bapa saudara sampai satu botol telur masin aku dapat... Terima kasih wahai bapa saudaraku !!!
Telur masin pemberian bapa saudara... |
Yeaaaa...yeaaa.....Esok hari raya..Seronoknya rasa di hati... Pengumuman telah diumumkan sebentar tadi di tv... Bunyi meriam dan bunga api semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan kami menandakan tamatnya Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal menjelma pada hari esok.... Seronok betul rasanya hari ini, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua rakan-rakan.. Berhati-hati ketika memandu dan hargailah nyawa anda... Hari ini aku bersama-sama dengan hubby dan adik-adik berbuka puasa dengan abah di Kampung Losong... Tetapi dua orang adik aku tidak pergi kerana ingin menemani ummie berbuka puasa... Hari ini juga merupakan hari ke 29 dan hari terakhir kita berpuasa.... Abah aku membuat laksa sebagai hidangan berbuka puasa dan ini sungguh menyelerakan...Aku sudah lama tidak berjumpa dengan laksa asli Terengganu dan aku tidak pernah membuat laksa sepanjang aku tinggal di Sepang.. Bukannya apa, harga ikan di Sepang agak terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga ikan di Terengganu... Nanti... Satu hari nanti aku akan membuat laksa untuk hidangan hubby... Kami singgah di rumah abah selama 3 jam dan kami menunaikan solat maghrib dan solat isya' secara berjemaah... Memang syahdu betul di malam raya ini... Dentuman bunga api dan meriam semakin menjadi-jadi dan aku sering berasa terperanjat kerana dentuman meriam yang begitu kuat sekali... Esok kena bangun awal kerana aku perlu menggosok pakaian kami.... Okey, aku mahu masuk tidur dahulu... Jumpa lagi...
Assalamualaikum,
Hari ini tercapai juga hasrat aku untuk menunaikan solat terawih di kampung halaman dan aku berasa amat gembira sekali kerana lusa dijangka kita akan beraya... Hari ini tercatat sejarah kerana pada tahun ini masjid di kampung aku mengadakan solat tasbih selepas menunaikan solat terawih, memang syahdu pada masa itu... Lampu digelapkan dan kami bersama dengan orang kampung menunaikan solat tasbih... Hubby pula kurang sihat pada hari ini dan dia tidak sempat untuk menunaikan solat terawih pada malam ini lantaran selepas berbuka puasa tadi, dia sempat menelan 2 biji panadol untuk melegakan demam...Kami pulang ke rumah pada pukul 11.30 malam dan kami amat gembira kerana melakukan ibadat puasa, menunaikan solat terawih dan solat tasbih... Hari ini merupakan hari ke 28 kita berpuasa dan hari ini juga solat terawih pada malam ini juga akan berakhir... Sedih pula rasa di hati kerana bulan Ramadhan akan berakhir dan aku harap kita akan berjumpa lagi Bulan Ramadhan di tahun hadapan Insya Allah.... Petang tadi kami mengemas dan menghias rumah tetapi berlaku kejadian malang terjadi... Akuarium ikan adik lelaki aku telah pecah sewaktu dia ingin membersih akuarium tersebut... huhuhu kasihan pada ikan-ikan itu kerana terpaksa duduk di dalam kolam di luar rumah tetapi nasib baik ada kolam ikan di luar rumah.... Kalau tidak, kami tidak tahu di mana hendak letakkan ikan-ikan ini semua... Alamak ! Sudah pukul 2.00 pagi rupanya, patutlah aku berasa mengantuk sangat... Okey, selamat malam rakan-rakan semua....
Al-Hamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di kampung kelahiran aku, Kuala Terengganu... Kami bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi tadi dan kami sampai di kampung halaman pada pukul 3.30 petang... Pagi tadi berlaku kejadian yang agak menyedihkan iaitu kucing aku bernama Panjang telah tersepit di kotak perkakasan hubby... Gerak hati aku untuk melihat kucing aku telah menyelamat kucing dari terseksa... Aku pun tidak pasti bagaimana kucing aku boleh tersepit di bahagian kotak itu, adik perempuan aku bercerita yang dia memang terdengar seakan bunyi kucing menangis dan bunyi kucing bergaduh...Nasib baik aku tidak menelefon pihak bomba untuk menyelamatkan kucing aku... huhuhu... Kesian pada Panjang kerana telah terperangkap selama 5 jam di celah kotak perkakasan hubby sampai Panjang menangis bercampur dengan air kencing dia... Kata hubby dia jatuh terlentang dengan kepalanya di bawah dan kakinya di atas... huhuhu... Setelah itu Panjang telah dapat diselamatkan dan aku keberatan untuk meninggalkan kucing aku... Tetapi hendak buat macam mana, aku perlu pulang ke kampung untuk menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.... Pada hari ini, kami sempat membuka puasa di rumah kesayangan aku.... Setelah itu ummie memberitahu aku dan hubby tidak perlu pergi solat terawih kerana ummie nampak kami kepenatan setelah seharian membawa kereta walhal aku tidak memandu bergantian dengan hubby semasa pulang ke kampung... hehehehe sepatutnya kami bergilir memandu kenderaan tetapi hubby kata dia boleh memandu sampai ke Terengganu jadi aku tidak menjadi sukarelawan untuk memandu... Kami berhenti rehat di beberapa perhentian R&R bagi menghilangkan rasa keletihan dan ada sekali hubby berhenti untuk melelapkan mata sekejap di perhentian R&R... Pengalaman semasa balik kampung? Jalanraya tidak begitu sesak melainkan jalan menuju ke Tol Gombak dan Tol Karak... Selain itu, jalanraya untuk menghala ke Pahang dan Terengganu tidak begitu sesak... Jalan menghala ke Gua Musang agak sesak kerana itulah satu-satunya jalan menuju ke Kelantan... Kami melalui jalan ke Jabor dan tidak menghala ke jalan pantai kerana melalui jalan Jabor amat dekat dengan kampung aku jika dibandingkan dengan jalan pantai.... Akhirnya sampai juga ke kampung halaman aku.... WELCOME HOME!!!
Hari ini aku mengambil half-day bekerja kerana aku ingin pulang ke rumah untuk membersihkan rumah dan mengemas rumah lantaran pada hari esok kami akan memulakan perjalanan balik ke Terengganu.... Tadi aku dan adik perempuan aku telah pergi keluar ke pasaraya Giant dan kami ingin mencuci rambut di salon kecantikan... Tetapi malangnya kami tidak dapat mencuci rambut kerana kebanyakkan salon tidak dibuka... Tengahari tadi hujan turun dengan lebat menyebabkan jalan menjadi sesak dan aku tidak dapat memandu kereta dengan sempurna... Mata aku ini tidak mengantuk lantaran terlalu berdebar untuk balik ke kampung pada esok hari... Aku sudah tidak sabar untuk bertemu dengan ummie dan adik-adik aku yang lain lantaran sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung... Tadi aku siap mengemas rumah dan hubby pula sudah memasukkan sebahagian barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung... Yang sebenarnya barang-barang adik perempuan aku yang paling banyak dimuatkan di dalam kereta... hehehe... Apapun aku sudah mengantuk dan aku perlu tidur awal kerana aku perlu menyiapkan makanan sahur pada esok hari... Jumpa lagi yea!!!
Fuh... Penat betul hari ini... Adik perempuan aku sudah selamat sampai di lapangan terbang KLIA pada pukul 10.30 pagi tadi dan macam biasa hubby akan menjemput dia dahulu sebelum aku... Ini kerana hubby aku kerja dekat lapangan terbang KLIA sebagai juruteknik mekanikal.... Aku bertolak dari office pada pukul 10.45 pagi dan sampai di lapangan terbang KLIA pada pukul 11.10 pagi... Aku berasa seronok bila dapat berjumpa dengan adik perempuan aku itu dan tentu banyak cerita yang kami hendak kongsi bersama.... Kebetulan pada hari ini cuaca agak cerah dan pagi tadi aku sempat membasuh pakaian aku dan hubby dan aku menjemur pakaian kami di beranda depan rumah.... aku harap pakaian kami akan kering sepenuhnya sebab pada esok hari aku hendak mencuci pakaian kerja kami pula....Esok aku fikir mahu kerja separuh hari sahaja, sebab hendak packing barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung pada lusa... Persiapan kuih? Aku fikir mahu beli sebahagian kuih raya di Terengganu nanti kerana harga kuih tersebut adalah lebih kurang sama sahaja... Bulan Ramadhan sekarang sudah masuk hari ke 25 dan semakin hari semakin cepat masa berlalu... Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan akan tiba bulan Syawal.... Aku harap kita akan dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan, Insya Allah... Aku tidak sabar untuk menantikan Bulan Syawal kerana tahun ini aku akan meraikan bulan yang mulia ini bersama-sama dengan keluarga tersayang... Memang best bila dapat bersama-sama dengan mereka semua... Esok adalah hari terakhir aku bekerja dan kemudian aku akan bercuti selama seminggu... Aku fikir aku mahu bekerja selama setengah hari sahaja esok kerana aku perlu packing barang-barang.... Suasana di office sekarang ini riuh rendah kerana tadi ada seorang rakan aku menjual daging rusa dan aku salah seorang pembeli... aku beli daging rusa sebanyak 1kg dan aku mahu memberi separuh daging rusa ini kepada ummie di kampung... hehehe mesti ummie terperanjat dengan kejutan-kejutan yang bakal aku buat... hehehehe tunggu kepulangan anak ummie ini.... Lagu-lagu raya semakin rancak dipasang di radio dan di dalam office ini, begitu meriah....
Cantik ke tidak kad raya aku ini... hehehe... |
Assalamualaikum,
Hari ke-24 kita berpuasa dan bulan Syawal semakin tiba... Malam ini adik perempuan aku akan bertolak dari Mesir untuk balik ke Malaysia dan dijangka akan tiba di tanahair pada pukul 9.30 pagi esok... Tapi itu cuma jangkaan sahaja kerana mungkin flight adik perempuan aku itu tangguh atas sebab-sebab tertentu.... Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan adik perempuan kesayangan, mungkin sebab lama tidak berjumpa dan sebab itu kerinduan menggamit di hati aku ini... nasib baik rumah aku terletak berhampiran dengan lapangan terbang KLIA dan aku gembira dengan rumah aku ini... Bak kata orang, rumah aku syurga aku.... hehehe... Sekarang ini aku sedang menunggu mesin basuh untuk membasuh pakaian aku dan hubby sebab hari Sabtu ini kami akan bertolak balik kampung... Jadi aku perlu membasuh semua pakaian kami sebelum hari Sabtu... Tapi tadi aku tidak membasuh semua pakaian dan aku cuma membasuh pakaian harian sahaja....Cuma baju untuk pergi kerja sahaja aku tidak membasuh... Aku fikir malam esok aku akan membasuh semua pakaian sebab adik perempuan aku berada di rumah... Oh ya! Esok adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang keempat dan aku bertuah kerana memiliki rumahtangga yang bahagia.... Aku harap agar perkahwinan kami akan diberkati oleh Allah SWT dan akan berkekalan hingga hujung nyawa.... Malam yang indah ini membuatkan hati aku terasa damai sekali dan aku gembira dengan kehidupan aku.. Ya Allah, terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan pada aku... Aku cuma hamba yang begitu kerdil sekali dan ampunkan dosa-dosa aku, ampunkan dosa-dosa suami aku, ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ampunkan dosa-dosa sanak saudara kami dan ampunkan dosa-dosa Muslimin dan Muslimat sekalian... Terima kasih Ya Allah kerana memberikan rezeki yang halal buat kami, memberi udara yang cukup segar dan aman..... Amin...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin...
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sudah 23 hari kita berpuasa dan aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ini.... Tinggal 2 hari saja lagi kami akan menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4... Syukur Al-Hamdulillah kerana rumahtangga yang kami bina ini masih kukuh dan utuh lagi dan Insya Allah akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.... Lagi 2 hari juga adik perempuan aku akan pulang ke tanahair setelah berjaya ke menara gading.... Dan tinggal 3 hari lagi untuk kami pulang ke kampung untuk beraya di sana... Wahhh seronok rasanya bila dapat berkumpul dengan keluarga... Al-Hamdulillah kereta aku sudah siap diperbaiki dan esok aku akan menaiki kereta semula untuk ke tempat kerja... Hmmm... Nasib baik kereta itu tidak banyak ada kerosakan dan hubby pun telah membuat servis alignment tayar petang tadi... Tetapi selepas raya ini hubby perlu membuat servis sekali lagi untuk membaiki gearbox... Jadi hari ini aku tidak memasak lantaran selepas hubby mengambil aku di stesen ERL Salak Tinggi, hubby mengajak aku pergi ke KLIA untuk ke tempat kerjanya... Sebelum itu, kami sempat membeli juadah untuk berbuka puasa iaitu nasi tomato, bihun sup,puding gula hangus, popia dan air cendol.... Tapi aku tidak ada selera hendak makan nasi, aku cuma menjamah sedikit kuih popia dan puding gula hangus.... hehehe mungkin ada kesan sampingan kerana aku memakai bengkung untuk turunkan berat badan dan tadi aku timbang...Berat aku sudah menurun sebanyak 2kg dan aku harap aku dapat turunkan lagi berat badan aku... Petang tadi semasa aku hendak balik naik tren ERL aku dapati ramai juga kakitangan kerajaan yang balik menggunakan ERL....Selalunya kalau bulan biasa, tidak ramai menggunakannya kerana masing-masing balik pukul 5 petang tetapi disebabkan bulan puasa, ramai yang mengambil waktu bekerja WP1 iaitu bermula kerja dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.... Aku memang dari awal tahun hingga sekarang aku mengambil waktu bekerja WP1 sebab senang sedikit balik waktu itu... Jalan pun tidak sesak dan aku sempat menyiapkan juadah petang untuk hubby... Dia pula balik kerja pada pukul 5 petang tetapi di bulan puasa ini, dia akan pulang pada pukul 4 petang....Kiranya awal satu jam dari masa biasa.... Apa-apa pun mata aku sudah mengantuk dan aku perlu masuk tidur sebab aku perlu bangun awal iaitu pada pukul 4 pagi untuk menyiapkan hidangan sahur....
Mood hari raya sudah datang... Kini cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Bulan Syawal dan seperti mana orang lain, aku juga sudah tidak sabar untuk meraikan bulan yang mulia ini.... Tetapi malang tidak berbau kerana pada hari ini kereta aku mengalami kerosakan iaitu bearing tayar sudah berbunyi... Hubby membawa kereta itu ke bengkel dan pada hari ini aku menaiki tren ERL untuk ke tempat kerja... Setelah itu, aku akan berjalan kaki lebih kurang 12 minit untuk sampai ke tempat kerja.... Pagi tadi, kami bergerak dari rumah pada pukul 6.15 pagi dan tren ERL datang tepat pada pukul 6.30 pagi... Aku sampai di office lebih kurang pukul 6.45 pagi dan aku satu-satunya orang pertama yang sampai di office... Cuaca? Nasib aku tidak begitu baik kerana waktu tengahari hujan turun dengan lebatnya serta kilat dan guruh dan membuatkan aku resah sebab aku tidak mempunyai payung. Macam mana aku mahu balik sebab aku perlu kejar jadual tren ERL... hehehe.... Tapi nasib aku baik sebab hujan telah pun reda dan aku tidak tergesa-gesa untuk pulang ke rumah sebab aku tahu jadual tren ERL akan bergerak pada pukul berapa.... Hari ini aku sempat memasak di rumah.. Menu masakan aku pada hari ini adalah, nasi putih, sardin pedas, kobis masak lemak dan salad ubi kentang... hehehe sebenarnya daripada minggu lepas lagi aku mahu buat salad ubi kentang tapi tidak berkesempatan... Jadi hari ini aku pun membuat salad ubi kentang, aku masukkan tomato ceri, buah jambu batu, nanas di samping ubi kentang rebus yang digaul bersama-sama dengan mayonis sayuran....Memang best... hehehe... Malam ini aku perlu tidur awal kerana hubby beritahu yang aku perlu naik tren ERL lagi untuk esok kerana dia mahu menghantar kereta yang masih lagi rosak... Kali ini disc brake pula yang berbunyi dan hubby perlu membuat servis kereta memandangkan hari Sabtu ini kami akan pulang ke kampung Terengganu... Hubby cakap kami perlu bergerak dari rumah pada pukul 5.30 pagi kerana dia perlu tumbprint terlebih dahulu sebelum menghantar aku ke stesen tren ERL....
Al-Hamdulillah, cuaca pada hari ini agak cerah dan aku dapat menjemur semua pakaian aku dan hubby... Aku terpaksa membasuh semula pakaian kami kerana ianya agak berbau dan akhirnya pakaian aku dapat dikeringkan... Al-Hamdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana dapat memberikan aku nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah ini... Hari ini genap 21 hari kita berpuasa dan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal dan hari kemerdekaan negara kita... Tanggal 31 Ogos 2011 ini, genap 54 tahun kita merdeka dan aku berasa amat berbangga menjadi sebahagian anak Malaysia... Aku berharap janganlah di antara kita yang sanggup mengadai maruah Malaysia semata-mata kepentingan diri sendiri... Nenek moyang kita telah bersusah payah untuk menjadikan negara kita ini bebas dari penjajah dan adakah kita sanggup untuk melupakan segala pengorbanan mereka dahulu?! Aku tidak sanggup untuk kehilangan banyak nyawa sekali lagi di kancah peperangan dan aku harap ianya tidak akan terjadi lagi... Di zaman sekarang ini sememangnya manusia suka saling berbunuh-bunuhan antara sesama sendiri dan aku tidak tahu ke mana perginya ke semua sifat perikemanusiaan mereka... Apakah mereka tidak takut pada dosa atau mungkin mereka terlupa yang dunia ini hanya pinjaman semata-mata... Memang betul ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Allah tetapi kita TIDAK ADA HAK untuk mengambil nyawa sendiri atau orang lain... Agaknya mereka tidak fikir yang mereka akan menghadap Allah, mungkin mereka fikir yang mereka tidak akan diadili dengan seadil-adilnya... Apa yang pasti hari Kiamat pasti akan tiba cuma kita tidak tahu bila ianya akan berlaku... Hanya Allah SWT sahaja yang tahu tentang hari Kiamat... Bila difikirkan, terasa diri ini begitu kerdil sekali dan aku berasa tidak banyak ibadat yang aku lakukan... Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosa aku, ampunkan dosa suami aku, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapa kami, ampunkan dosa-dosa kaum keluarga kami dan ampunkan dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia... Janganlah Engkau menyeksa kami dengan seksaan api neraka dan jauhkanlah kami dari seksaan api neraka Ya Allah... Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...
Hujan telah turun dengan begitu lebat dan aku tidak dapat menjemur pakaian aku... Aku membasuh semua pakaian aku dan hubby selepas bersahur pagi tadi dan tepat pada pukul 7.30 pagi, hujan mulai turun... Macam mana aku mahu menjemur pakaian?hmmm... Hari ini aku terlepas untuk menonton cerita kartun Sailormoon oleh kerana hujan turun dengan lebat telah menyebabkan aku terbabas waktu tidur... Sebenarnya aku terlelap sementara menunggu mesin basuh... Kemudian pada waktu tengahari, hubby mengajak aku pergi ke pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur seharian kami... Masa kami sampai di pasaraya Giant, aku melihat ramai orang untuk membeli keperluan raya... Ada yang membeli baju raya, kuih raya dan barang-barang untuk membuat kuih raya.... Pelbagai ragam dan gelagat yang dapat dilihat.. Yessss... Akhirnya aku berjaya membeli ikan salmon kesukaan aku dan hubby... Pada mulanya hubby ternampak seperti kelibat kepingan ikan salmon dan aku dapat membeli 4 potong ikan salmon yang besar... Kemudian kami pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang dan aku mula memasak untuk juadah berbuka puasa....Aku memasak nasi putih, menggoreng ayam dan membuat lauk sayur masak lemak kuning... Aku memasak banyak kerana semua lauk yang ada boleh disimpan untuk dibuat sahur nanti... Persiapan raya? hehehe sebenarnya persiapan semua sudah tersedia, cuma tahun ini aku tidak membeli banyak kuih raya kerana aku takut ianya tidak termakan kelak... Aku cuma akan membeli sedikit sahaja kuih raya untuk rumah aku nanti...
Hari Jumaat, penghulu segala hari... Wahh, sudah 19 hari kita berpuasa dan Al-Hamdulillah aku masih dikurniakan nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah ini... Minggu depan adik perempuan aku akan balik ke Malaysia dan pada hari raya nanti tentu meriah sekali di rumah aku kelak... Aku sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman dan aku berasa rindu pada semua orang... Tunggu sahaja kepulangan kami... Biasanya pada hari Jumaat, aku dan bos akan pergi ke Alamanda tetapi bila tiba bulan puasa, kami tidak ke mana-mana... Tetapi hari ini tercatat dalam sejarah kerana aku dan boss pergi ke Alamanda untuk mengambil kuih raya...hehehe... Sekali bos aku pula tercium bau McDonalds dan apa lagi dia pun pergi membeli McDonalds untuk dimakan semasa buka puasa... aku pula tidak membelinya kerana aku tahu yang hubby pun mahukan McDonalds juga dan aku mengambil keputusan untuk tidak membeli McDonalds...Menu aku pada hari ini adalah aku membeli nasi ambeng kesukaan hubby dan aku pula macam biasa, nasi kerabu... Kalau beli lauk harganya terlalu mahal dan tidak tergamak aku untuk membeli lauk yang begitu mahal... Bayangkan harga seketul ayam goreng berharga RM2.50... Gila!! Adalah lebih baik aku membeli ayam seekor dan goreng di rumah... Sebab itu aku suka membeli nasi kerabu dari membeli lauk...
Assalamualaikum,
Bagus betul cuaca hari Khamis yang indah ini dan kini kita sudah memasuki hari ke-18 di Bulan Ramadhan Al-Mubarak... Hari ini juga terukir sejarah dalam hidup aku di mana library aku telah dipilih untuk membuat shooting drama Tamil dari negara India... Terasa glamour sekejap bila mereka buat shooting drama dekat sini, drama dari luar negara pula itu... Nasib baik mereka tidak buat adegan menari di dalam library ini, kalau tidak sudah tentu library ini akan menjadi tunggang langgang... hehehe walau apapun, library ini akan terkenal di seluruh India tidak lama lagi kerana mereka akan menayangkan gambaran library jabatan di negara India.... Kiranya aku dan boss secara tidak langsung menjadi duta kecil Malaysia.... Menu berbuka puasa pada hari ini adalah nasi kerabu, ayam masak merah, karipap, kuih gula melaka, popiah sayur dan air lobak susu.... hehehe tapi aku terasa kenyang pula dan aku fikir aku akan makan nasi kerabu pada waktu sahur nanti kerana mata aku ini terasa mengantuk sangat dan aku rasa aku mahu tidur awal pada malam ini... Petang tadi ummie ada buat missed call pada handset aku tetapi aku tidak menjawab lantaran aku membuat silent mode pada handset aku...hehe sorry ummie....aku ingat hendak bercerita panjang dengan kamu semua tetapi apakan daya, mata aku ini sudah tertahan lagi menongkat dan aku perlu ke bilik tidur untuk beradu...
Alamak !!! Pakaian untuk esok aku belum gosok lagi.... Hmmmm esok saja aku akan gosok pakaian aku itu dan pakaian hubby juga jangan lupa... okey geng, aku hendak tidur dulu.... Esok-esok aku cerita lagi.... Mengantuk sangat...
Pada hari yang mulia ini, bertarikh 17 Ramadhan 1432H, aku ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Pejam celik kita sudah pun memasuki separuh daripada bulan Ramadhan Al-Mubarak dan tidak lama lagi malam Lailatul Qadar akan menjelma.... Hari ini cuaca pun begitu baik sekali dan seperti biasa rutin harian aku ke tempat kerja... Hubby tidak bekerja hari ini kerana cuti umum sempena Nuzul Al-Quran.... Hanya beberapa negeri sahaja yang menyambutnya dan yang pelik, sepatutnya hari kebesaran Islam perlu diberi cuti agar senang jemaah hendak melakukan ibadat dengan sempurna... hmmm... Cerita pasal office pula, aku terasa kini office dilanda mood hari raya walhal tinggal 2 minggu saja lagi kita hendak menyambut Syawal.... Wahhh... Seronok betul hatiku ini sebab kali ini kami tidak balik berdua, malah bertiga... Adik perempuan aku akan sampai ke Malaysia pada hari Khamis minggu depan, dia bertolak dari Mesir pada hari Rabu.... Terasa sedikit kemeriahan raya tahun ini... Adik perempuan aku yang seorang lagi bagaikan tidak sabar untuk menyambut kepulangan kami... Tema tahun ini, aku dan hubby memilih pakaian berwarna kuning keemasan... hehehe.. Tahun lepas tema kami adalah hijau dan tema tahun ini adalah warna kuning keemasan... Teringat pula aku semasa mula-mula berkahwin dulu... Masa akad nikah, kami memakai pakaian berwarna kuning krim dan pada masa bersanding keesokkannya, kami memilih tema hijau.... Bulan ini juga adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4... Sudah 4 tahun kami melayari bahtera perkahwinan, gurau senda dan bergaduh adalah adat dalam perkahwinan... Apa yang paling penting dalam perkahwinan adalah, saling bantu membantu, mempercayai pasangan, banyakkan baca Ayatul Kursi, Surah Yassin, Al-Fatihah, 4 Qul, tidak cemburu buta pada pasangan, banyakkan gurau senda dalam perkahwinan kita, memberi layanan yang terbaik untuk pasangan dan sentiasa mengambil berat pada pasangan tidak kira sama ada masalah office, masalah kewangan dan sebagainya....Jikalau pasangan kita sedang marah, janganlah kita menjawab segala kemarahan dia, biarkan dia menghamburkan segala kemarahan dia pada kita, apa yang perlu buat hanyalah diam, bak kata pepatah, api yang sedang marak, jangan dicurah dengan minyak... Semakin banyak minyak dicurah, semakin marak api.... hehehe aku rasa seperti doktor pakar kaunseling pula...sebenarnya itulah petua yang aku amalkan selama ini untuk kekalkan perkahwinan...
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini aku dapat kembali bertugas seperti biasa walaupun kadang kala sakit itu datang hanya sekejap... Tapi Al-Hamdulillah aku masih dapat bertahan hingga waktu balik dari kerja... Hari ini merupakan hari ke 16 kita berpuasa dan esok merupakan Hari Nuzul Al-Quran... hubby cakap yang Selangor akan cuti umum esok walhal aku pula kena bekerja... huhu... Tapi tidak mengapa... Aku masih ada banyak lagi cuti rehat dan aku akan apply cuti rehat bila diperlukan nanti... Oh ya! Sebut pasal cuti rehat, aku sudah pun mengisi online HRMIS mengenai cuti hari raya aku dan ramai juga kakitangan di office aku sudah mengisi online HRMIS dan juga borang cuti... Maklumlah, cuti raya kali ini agak meriah sedikit.... Bila hari raya sudah dekat, aku teringat di zaman sekolah aku, apa khabar agaknya rakan-rakan kelas aku dahulu? Adakah mereka semua sudah berjaya dalam hidup mereka? Aku harap yang semua rakan-rakan perjuangan aku akan berjaya dalam kehidupan.... Teringat semasa kami sama-sama belajar di dalam kelas yang terkenal dengan membuat bising.... Kadang-kadang aku geli hati bila teringat gelagat kami semasa cikgu mengajar di dalam kelas... Jikalau kelas Prinsip Akaun, masing-masing akan diam dan tidak bercakap sepatah pun kerana cikgu kelas Prinsip Akaun terkenal dengan sifat garang beliau...Jikalau kelas Agama Islam pula, masing-masing lebih suka membuat hal sendiri dan membuat bising hingga Ustazah yang mengajar kami merajuk dan terus masuk ke dalam bilik guru... Kami panik seketika pada masa itu dan ini memaksa aku dan ketua kelas pergi memujuk dan kami meminta maaf pada Ustazah berkenaan supaya beliau masuk semula ke dalam kelas dan mengajar kami semua.... Jikalau kelas Sains pula, sekiranya kerja sekolah kami tidak lengkap, cikgu yang mengajar akan membaling buku kerja kami keluar dari makmal dan kami mengutip kembali buku tersebut tanpa ada rasa dendam di dalam hati.... Jikalau kelas Matematik pula kami akan berasa seronok kerana cikgu yang mengajar akan membantu kami meyelesaikan masalah matematik kami... Jikalau kelas Pendidikan Seni pula, kami akan beratur dan berjalan beriringan untuk ke kelas Pendidikan Seni yang terletak antara 2 blok bangunan sekolah kami... Kawasan itu agak sunyi dan ianya amat sesuai untuk dijadikan aspirasi bagi yang pandai melukis.... Kelas Ekonomi Asas pula, cikgu kami suka mengumpul markah terendah kami setiap bulan... Dan sekiranya kami mendapat markah terendah sebanyak 3 kali berturut-turut, kami akan berjalan keliling blok bangunan sekolah sambil digantung leher kami mengatakan " SAYA GAGAL DALAM KELAS EKONOMI ASAS".....Kelas Bahasa Inggeris kami pula, aku dikelilingi dengan rakan-rakan lelaki untuk bertanyakan tentang Bahasa Inggeris memandangkan cuma aku dan seorang lagi rakan aku yang faham makna bahasa Inggeris... Kadang-Kadang aku dan rakan akan bersaing sesama sendiri untuk melihat markah siapa yang paling tinggi....hehehe... Kelas Bahasa Melayu yang paling konsisten dengan kami kerana kami semua memberi tumpuan pada kelas itu.... Semua itu adalah pengajaran buat kami dan tengok sekarang ini... Ramai di antara kami telah berjaya dalam hidup dan berbahagia dengan kehidupan kami..... Kami tidak pernah ada rasa dendam kepada guru-guru yang banyak membimbing kami untuk berjaya walaupun pelbagai hukuman yang pernah kami kena... Zaman sekarang ini, bukan pelajar yang takut pada cikgu, sebaliknya cikgu pula takut pada pelajar... Dulu aku pun pernah kena rotan jika aku bersalah atau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi tetapi tiada sekelumit kuman pun rasa dendam pada cikgu aku... Malah aku AMAT BERTERIMA KASIH kepada cikgu yang mengajar aku tentang kehidupan dan kini aku telah berjaya mendapat kerja yang begitu bagus sekali.... Aku rasa amat bersyukur sekali dengan nikmat Allah berikan pada aku....
Aku ingin mohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menulis blog ini lama-lama kerana aku mengalami senggugut yang amat ketara sekali.... Pagi tadi aku pergi ke klinik untuk mengambil ubat dan Al-Hamdulillah sakit senggugut aku nampaknya berkurangan dan aku diberi cuti sakit lantaran kesakitan yang amat sangat yang perlu aku tanggung... Hari ini hubby membeli makanan untuk berbuka puasa dan bersahur nanti... kasihan aku melihat hubby yang kepenatan bekerja, maklumlah di bulan puasa ini memang banyak dugaan dan cabaran yang perlu dia tempuhi.... Tetapi tidak mengapa abang sayang... Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Asalkan hati kita ikhlas untuk beramal dan bekerja.... Ini ada sedikit renungan untuk aku kongsi bersama- sama dengan kamu semua... Hayatilah dan renung-renungkan....
TIPS MENCARI SAHABAT SEJATI
1) Boleh Berkongsi Apa Sahaja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?
Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil. Dia sering bertanyakan khabar tentang diri kamu. Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’
2) Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu! Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia. Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri kamu sahaja!
3) Profesional
Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.
4) Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu! Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
5) Happy Go Lucky
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentiasa berada di dalam keadaan ceria.
Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?
Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan. Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!
Hindari teman anda jika :
Teman yang Menjatuhkan kamu
Gemar mencari kesalahan orang lain
Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja
Dia tidak memiliki ramai kawan!
Teman yang memiliki pengaruh negatif
Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!
Teman yang mempergunakan kamu
Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.
Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita “Jangan Main Belakang”! )
Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.
Teman yang suka meniru kamu!
Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.
" Selemah-lemah manusia ialah orang yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari "
( Saidina Ali)
Hari ini merupakan hari pertama aku datang period dan seperti biasa aku akan mengalami senggugut yang amat kuat dan aku harap esok aku akan dapat bekerja semula.... Mood aku pun tidak berapa baik dan aku sempat berpuasa selama setengah hari sahaja lantaran period datang pada bulan ini... Jadi, aku cuma akan membuat ringkasan sahaja untuk hari ini kerana perut aku semakin memulas-mulas kesakitan... Mujur juga aku sempat menelan panadol untuk mengurangkan kesakitan perut aku... tetapi apapun aku akan memberi sepatah dua kata mengenai sesuatu..... Ini adalah untuk renungan kita bersama....
Priceless Gift
Friendship is a priceless gift
that cannot be bought or sold,
But it's value is far greater than a mountain made of gold.
For gold is cold and lifeless, it can neither see nor hear
And in the time of trouble it is powerless to cheer
It has no ears to listen nor heart to understand,
It cannot bring you comfort or reach out a helping hand
So when you ask God for a gift
Be thankful if He sends
Not diamonds, pearls, or riches
But the love of real true friends
THE PERFECT FRIEND
Today I found a friend
who knew everything I felt.
She knew my weakness
and the problems I've been dealt.
She understood my wonders
and listened to my dreams,
She listened to how I felt about life and love
and knew what it all means.
Not once did she interrupt me
or tell me I was wrong
She understood what I was going through
and promised she'd stay long.
I reached out to this friend,
to show her that I care
to pull her close and let her know
how much I need her there.
I went to hold her hand
to pull her a bit nearer
and I realized this perfect friend I found
was nothing but a mirror.
Assalamualaikum,
Bagus betul cuaca hari ini.... Aku dapat mencuci segala pakaian aku dan hubby dan ianya kering dengan begitu sempurna sekali... Hubby pula dari pagi hingga tengahari telah menukar minyak hitam kereta dan memeriksa keadaan kereta kami lantaran 2 minggu lagi kami akan berangkat pulang ke Terengganu untuk berhari raya....Hari ini aku telah pergi ke pasaraya Giant untuk membeli sedikit keperluan dapur seperti ayam, roti dan keperluan lain... Aku ingat ikan salmon ada dijual pada hari ini tetapi malangnya ikan salmon yang aku idamkan itu tiada di pasaran... Hmmm.. Kempunan lagi nampaknya untuk membuat sup ikan salmon... Hari ke 13 kita berpuasa dan aku berasa bagaikan sekejap sahaja kita berpuasa.. Sekarang ini sudah berkumandang di corong-corong radio tentang lagu raya dan aku berasa pelik dengan industri media sekarang ini... Sepatutnya mereka meletakkan lagu-lagu berunsur dakwah dan Islamik, tetapi sebaliknya mereka mula memutarkan lagu-lagu raya sedangkan hari raya lambat lagi untuk berkunjung....
Hari Jumaat... Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke 29 tahun... Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang kepada aku selama 29 tahun untuk bernafas di bumi Nya.... hehe orang pertama yang mengucapkan wish kepada aku adalah hubby tercinta...Kemudian, diikuti dengan ummie dan adik-adik aku... Bila aku membuka laman web Facebook dan Twitter, aku dapati banyak ucapan yang diucapkan daripada rakan-rakan... Terima kasih semua kerana memberi ucapan kepada aku... Semoga Allah merahmati kita semua dan memberkati kehidupan kita semua... Tanggal 12/08/1982 aku dilahirkan... Dan tarikh lahir aku berlawanan dengan tarikh lahir abah, iaitu 08/12/1949.... Tengok.... Tarikhnya terbalik bukan?! Susah hendak jumpa dengan tarikh yang terbalik dan sama dengan ibu atau ayah kita... Hari lahir aku juga merupakan hari ke 12 kita berpuasa dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.... Adik perempuan aku akan balik dari Mesir tidak berapa lama lagi dan dia sudah pun menamatkan pengajian dia di Universiti Al-Azhar, Mesir.... Cuaca pada pagi dan petang tadi agak cerah dan aku berharap agar cuaca akan baik pada esok hari kerana rutin mingguan aku akan bermula... Tapi sekarang ini kedengaran bunyi guruh dan petir sambar menyambar diikuti dengan hujan lebat... Aku terasa dingin sekali dan aku teringat di zaman kecil aku iaitu suka bermandi air hujan... Kalau orang lain, sudah tentu akan menghidap demam tetapi aku sebaliknya... Lagi lebat hujan turun, lagi seronok...
Assalamualaikum,
Sejuk betul suasana di dalam office aku... Hingga kebas rasa pada tangan dan kaki, memaksa aku keluar sebentar untuk memanaskan badan aku....Udara yang segar dan matahari menyinar membuatkan aku berasa selesa sekejap... Petang tadi ummie aku telefon dan kami saling bertanya khabar... Aku meminta ummie masak nasi dagang pada hari raya nanti tapi ummie kata yang dia tidak boleh buat nasi dagang memandangkan pada hari raya kami akan bertandang ke rumah sanak saudara... kemudian ummie memberitahu yang dia sudah beli beras pulut hitam untuk dimasak bubur dan aku sememangnya gemarkan bubur pulut hitam amat gembira mendengarnya... Ini membuatkan aku teringat yang bubur pulut hitam yang dimasak di tempat lain tidak sama rasa dengan ummie masak... hehehe... Cuaca pula amat baik dan di kesempatan itu,aku kerap duduk di luar untuk memanaskan badan aku kerana kesejukan... Hari ini sudah masuk hari ke 11 kita berpuasa dan semakin menghampiri malam Lailatul Qadar... Mungkin malam esok aku dan hubby akan ke masjid untuk menunaikan solat terawih... Hari ini sudah hampir 2 minggu aku minum air buah kokka dan aku perasan yang stamina badan aku semakin kuat.... hehehe mungkin betul, atau mungkin juga tidak betul... Oh ya! menu buka puasa pada hari ini adalah nasi kerabu bersama-sama dengan daging bakar dan ayam masak merah.. Manakala air minuman yang aku beli adalah air 3 rasa...Entah...aku pun tidak tahu bagaimana rasanya..Sama-samalah kita tunggu yea... Pagi tadi kami bersahur nasi putih dan ikan masak kicap... hehehe pagi-pagi yang serba indah ini memang sesuai makan nasi putih dengan ikan masak kicap...Memang berselera betul... Hari Khamis membawa rahmat walaupun pada hakikatnya kesemua hari membawa rahmat...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons