Diari harian

Tuesday, September 13, 2011


Assalamualaikum, 
Sudah 2 hari aku mengambil MC kerana sakit gigi dan migrain... huhuhu kasihan pada boss aku kerana bekerja seorang diri... Insya Allah aku akan sihat pada esok hari dan aku harap tidak ada apa-apa berlaku lagi... 2 hari aku duduk di rumah membuatkan aku bosan kerana tiada kerja yang aku perlu lakukan... hehehe sebenarnya kerja itu ada tetapi aku tiada mood sebenarnya untuk melakukan kerja...Aku tidak ada selera untuk makan lantaran gusi aku masih membengkak dan menyebabkan pipi aku menjadi lebih tembam.... Masa rumah terbuka ibu saudara aku hari Ahad baru-baru ini, aku tidak banyak makan kerana tidak dapat membuka luas mulut aku akibat gusi membengkak...Hari ini aku terpaksa memakan roti sahaja lantaran aku tidak boleh makan nasi....Sakit yang amat dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya gusi aku ini... Nasib baik ada hubby yang penyayang, dia yang membuat air penawar untuk aku agar aku mendapat kelegaaan akibat sakit gusi... huhuhu... Jadi hari ini aku tidak ada banyak cerita untuk kamu semua...Insya Allah, esok aku akan bercerita tentang kemeriahan kenduri kahwin jiran aku dan majlis rumah terbuka ibu saudara aku....

1 comment

  1. Memang azab sakit gigi atau gusi.
    Makan pun makan benda yang lembut-lembut.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧