Review : Invincible Youth (2009)

Saturday, September 03, 2011

Assalamualaikum, 
Hari ini trip mencuci pakaian untuk kali keempat telah berlangsung pada pagi tadi dan selesai sudah segala tugas mencuci pakaian untuk 2 minggu ini... hehehe tetapi aku masih perlu melipat segala pakaian kami dan hubby dengan nada bergurau berkata adakah aku ingin membuka kedai bundle?? hehehehe esok adalah hari terakhir kami akan bercuti dan pada hari Isnin ini bermulanya kerja aku... Rasa malas pula hendak bekerja tetapi dalam masa yang sama semangat untuk bekerja itu masih ada dalam hati aku ini.... Ummie aku akan datang ke Sepang pada 16 September ini yang merupakan hari cuti umum kerana Hari Penubuhan Malaysia... hehehe sebab itu aku berasa seronok sangat kerana mood raya masih lagi berjalan dan aku telah minta ummie untuk membuat nasi dagang di rumah aku... hehehe maklum sahaja, aku tidak berkesempatan untuk merasa nasi dagang di Terengganu dan kali ini aku dapat merasa nasi dagang hasil air tangan ummie... 

Invincible Youth (2009)

hehehe oh ya... tengahari tadi ada cerita best di Astro KBS World, rancangan ini sememangnya best dan aku suka menonton rancangan ini... Nama rancangan ini adalah Invincible Youth, sebuah rancangan hiburan yang menghimpunkan 7 orang artis wanita lain kumpulan yang dikenali sebagai G7 yang terdiri daripada Narsha (Brown Eyed Girls), Han Sunhwa (Secret), Hyuna (4minute), Hyomin (T-ara), Sunny dan Kwon Yuri (Girl's Generation) dan Goo Hara (Kara) untuk melihat sejauh mana mereka dapat hidup dengan suasana kampung dan sebagai orang biasa.... Kemudian datang pula  Jooyeon (After School), Victoria (f(x)’s) dan Kim Sori untuk menggantikan tempat Sunny, Kwon Yuri dan Hyuna kerana pertindihan jadual mereka sebagai artis.... Kumpulan ini diketuai oleh Noh Juhyeon yang bertindak sebagai ketua, ditemani 2 orang pembantu iaitu Kim Shinyeong dan Kim Taewoo... Tetapi tempat Kim Taewoo digantikan dengan Song Euni kerana Kim Taewoo mengalami kecederaan dan pembedahan.... Rancangan ini mengajar mereka bagaimana untuk menjadi petani dan pelbagai gelagat yang melucukan dapat dilihat...

1 comment

  1. Seronok dapat makan nasi dagang emak sendiri. Lagi seronok raya sambung di Sepang pula.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧